NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, January 17, 2011

Buat Salah Say Sorry Lah Bro ! Gila Tak Macho Lu Blah Camtu Je .



susah ke nak say sorry ? kena bayar tol ke ? kena bayar minyak ke ? kena beli gula ke ? pakai minyak masak ke untuk ucap perkataan Maaf or Sorry . tak pun kan . so ape jadah nya macam haram sangat perangai neh . dah buat salah dengan orang , mintak maaf lah . be responsible for what you have done . jangan buat dunno je . macam tak bersalah . dan lari macam tu je . it will never ever solve the problem . ko buat salah ko lari seolah olah ko tak bersalah dan mangsa pulak yang nampak bersalah . tak ke terbalik macam tu ?

dah lah buat salah . blah macam tu je . tak kata sorry pulak tu . at least mesej lah cakap mintak maaf . baru lah mangsa akan redha sket marah . sekurang kurangnya nampak lah beradab sikit . ni tidak si mangsa pulak kena cari pemangsa . sungguh tidak adil . dengar beb aku nak nasihat , biar kita tak bagus , tak da duit , tak da rupa , tapi ada budi bahasa dan adab sopan yang baik . tak gune beb ko belajar pandai tapi perangai ko macam hara jadah . serious aku cakap aku bengang gila dengan perangai orang macam neh .

aku pun kadang kadang susah nak mengaku salah aku . tapi aku rasa setakat hari ni , aku kalau ada buat salah at least aku akn send mesej say sorry . at least kan . sebab apa yang kita buat kat orang . nanti orang akan buat kat kita jugak .ko fikir lah baik baik . 



tak perlu nak beli bear mahal2 buat banner
i am sorry . bullshit, this is bullshit .


tak perlu nak menangsi air mata darah 
sampai tsunami malaysia neh .


tak perlu nak buat sepanduk bagai .

just pergi jumpa cakap " bro, aku mintak maaf eh " kan senang tu . kalau rasa malu , send mesej pun cukup . at least that person know you are sorry for what you have done . cuba ko tengok si zizan nie. buat salah terus mintak maaf . siap buat status rasmi dekat fb lagi . tak caye ? scroll down please. 


PETALING JAYA: Pengacara terkenal Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.
Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.
Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.
Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.
“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.
“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
Zizan menerusi laman web sosial Facebook miliknya memohon maaf kepada Aznil dan para peminat masing-masing kerana tidak berniat melakukan kesalahan tersebut.
Malah dia juga berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi selepas ini.
Kumpulan Bobo yang dianggotai oleh Mohd Hamizi Bin Hashim atau Gbob, 24, dan Mohd Azwan Bin Sabri atau Wan Awe, 24, diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu kedua program tersebut



1 comment:

saya afi. said...

wehu. super like this entry.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...