NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, January 1, 2011

Kenyang Perut Senang Hati .. Tapi ....

Aku jalan jalan hari nie, jumpa entri berguna dekat blog Anna. Aku dah mintak kebenaran nak share & copy entri dia. Memang bagus lah untuk aku. Kadang kadang kita tak perasan benda nie. Ni kira macam pantang larang selepas makan ah.



1) Jangan Merokok
Penyelidikan dari para ahli yang teror2 membuktikan bahawa merokok sebatang rokok setelah makan sama dengan merokok 10 batang rokok ( kemungkinan terserang kanser lebih besar ). Jadi, jangan amalkan merokok sejurus selepas makan okay. Orang kata, lepas makan, merokok memang sangat lah best. Aku taktau rasa macam mana. Tapi apa kata korang hold dulu dalam sejam. Okay kot. Berbaloi kot tunggu sejam same dengan 50% untuk dapat kanser berkurang. Kan kan ?

2) Jangan Makan Buah Buahan
Kalau lepas makan terus je makan buah boleh buat pertu anda jadi buncit dengan udara. Better amek buah lepas sejam dua anda makan. Seelok-eloknya makan buah sebelum makan makanan berat. Kan sunnah Nabi kita tu. Dapat pahala gak tu amalkan sunnah Nabi. Tak gitu ?

3)Jangan Minum Teh
Daun teh ni ada kandungan asam yang sangat tinggi. Zat ini boleh buat protein dalam makanan yang kita makan tu keras dan sukar nak cerna. Macam si Anna ni dia suka sangat minum teh. Kepada cik Anna, tolong kurang kan eh.

4) Jangan Mandi
Mandi boleh buat peningkatan aliran darah ke tangan, kaki, tubuh sehingga jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Oleh itu, ini boleh melemahkan sistem pencernaan dalam perut kita. Dan boleh menyebabkan jugak perut jadi buncit.

5) Jangan Terus Berjalan
Orang selalu cakap kan lepas makan anda jalan beberapa langkah, anda akan hidup sampai 99 tahun. Salah sama sekali eh. Bila anda berjalan lepas makan, sistem pencernaan kita ni tak leh nak serap nutrisi dari makanan yang kita amek tu. Oleh tu, relaks ah dulu. Lepas makan tu, borak borak dulu gossip dulu. Baru bangun.



6) Jangan Terus Tidur
Memang lah bila perut kenyang rasa nak tidur terus je kan. Tapi kalau tidur terus, nanti makanan kita tak cerna secara baik then akan ade jangkitan pada lambung dan usus kita.

7) Jangan Minum Air Sejuk atau Berais
Yang last nie, aku paling tak suka. Aku kalau takde ais memang takleh hidup. Rasa macam hidup tak lengkap je. Suhu sejuk akibat ais yang berkondesasi dengan air dapat membekukan makanan, terumata yang mengandung minyak ( lemak akan membeku ) dan last last lemak ini akan bertimbun dalam usus dan mengakibatkan penyempitan saluran-saluran pencernaan dan boleh buat gemuk. Tengok aku sebagai contoh orait.  Oleh itu anda semua try ah minum air ais yang biasa kita minum tu dengan air suam or panas okay.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...