NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, January 23, 2011

Tahniah Abang Chong Wei


tahniah ye Datuk . korang tau tak Datuk baru menang badminton petang tadi ? isk isk isk sedih lah ni pun tarak tau . aku pun tau . padahal aku tak minat sukan pun . yelah . twitter hari ni asyik duk update pasal badminton je . takpe takpe yang tak tahu jangan sedih sedih jangan bimbang jangan rasa rendah diri , scroll down je eh .. baca berita pasal ni .. alahai malas nak baca .. dah kalau malas nak baca macam mana nak tahu berita aiyoo amaa apaa .. sila baca orait .. 

KUALA LUMPUR: Pemain No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya mempertahankan gelaran juara Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011 buat kali ketujuh selepas menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia 21-8, 21-17 pada pusingan final di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, petang Ahad.
Rentak permainan Chong Wei sedikitpun tidak terjejas meskipun kemelut di antara bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berterusan sehingga hari ini.
Kehadiran Misbun pada setiap perlawanan ternyata menyuntik semangat pemain kelahiran Pulau Pinang itu untuk mempertahankan kejuaraan kali ketujuh di hadapan penyokong tanahair.
Chong Wei mahupun Taufik masing-masing beraksi pada kelas tersendiri tetapi nasib hanya menyebelahi pemain yang mempamerkan persembahan terbaik.
Kegembiraan jelas terpancar di wajah naib juara Sukan Olimpik 2008 itu yang meraih kemenangan keduanya tahun ini selepas Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Taiwan, dua minggu lalu.
"Saya amat gembira dengan kemenangan kali ketujuh ini. Saya berharap kejayaan kedua untuk tahun ini mampu diteruskan pada Siri Super Terbuka Korea kelak," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam Ahad.
Menurut Chong Wei, keghairahan untuk mempertahankan kejuaraan di gelanggang sendiri semakin bertiup kencang selepas menyedari dia satu-satunya sandaran negara yang meneruskan penguasaan ke final, petang Ahad.
"Selepas kekalahan rakan lain, saya berazam membantu negara memenangi kejuaraan ini.
Sorakan penyokong menyuntik semangat saya untuk beraksi cemerlang di sini," jelasnya.
Mengulas mengenai kehadiran Misbun, Chong Wei memberitahu jaguh badminton era 80-an itu memberi kata-kata perangsang kepadanya sebelum beliau melakukan sesi pemanasan badan.
"Dia tahu saya menang perlawanan ini. Sebelum sesi pemanasan badan, dia memberikan kata-kata semangat kerana tahu saya pasti tertekan untuk mempertahankan kejuaraan kali ketujuh," ujarnya.
Selepas memenangi Terbuka Malaysia, Chong Wei akan menyertai Siri Super Terbuka Korea yang menawarkan hadiah tertinggi bernilai AS$1.2 juta (RM3.6 juta) bermula 25 Januari ini.
"Saya tahu Terbuka Korea pasti menjanjikan laluan sukar bermula dari pusingan pertama sehingga ke final. Namun saya akan cuba melakukan yang terbaik. Saya tidak akan fikir mengenai lawan, sebaliknya fokus dalam setiap perlawanan," tegasnya.
Begitupun, pemain berusia 29 tahun itu turut meletakkan Kejuaraan All England dan Kejuaraan Dunia (Ogos) sebagai sasaran utama selepas ini.


1 comment:

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

harap2 kemenangan datuk chong wei berterusan...:D

meh usha blog baru nih..
http://momentkebal.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...