pernah dengar sawan blogging ? tak pernah ? biar betul . ni penyakit terbaru ni . kalah lah penyakit SARS tu . ni lagi cepat merebak . cepat check check ada tak di antara kalian ter-mempunyai ( bahasa ape ntah aku guna ) simpton simpton seperti berikut .
1) update blog dalam masa sejam lebih dari satu post
2) copy paste semua yang ada dalam surat khabar online
3) buat post yang setakat nak bgtau hi , apa khabar
4) mengedik tak tentu pasal dalam blog
5) tiba tiba dekat semua blog , ada je nama dia dekat shoutbox
aku rasa macam aku terkena sawan ni je . tolong . lari . takde ubat eh penyakit ni . cari ben ashaari ke , redmommy ke , darkbatman ke memang tak dapat nak tolong . hanya celcom , maxis , digi , streamyx , wimax dan wifi je boleh bantu mereka yang ada masalah ini . tutup jer connection internet tu. hehe. aku rasa aku kena simptom nombor satu dan lima . hehe . adoi . lupakan penyakit neh . esok baik lah kot ( yerlah esok guna broadband memang trakda harapan lah nak update macam ni ).
apa yang aku nak cakap tadi eh ? oh mesti korang tertanya tanya kenapa aku letak blog wanita tu kat atas . eh bukan sebab dia kena sawan neh . eh bukan bukan . dia cantik ? takde lah sangat . dia gf aku ? lagi lah tak weh . dia memang lah kawan aku. aa memang dia ade crush dekat aku . aku je tolak . hehe. sambung . kalau korang perasan , latest entri bagi tips khas jimat cermat untuk belajar. oleh itu , aku nak buat checklist jap. hehe. korang pun buat lah jugak yeh.
1) buat budget
- macam biasa . aku tiap tiap sem duk catat apa yang aku beli . kadang kadang siap kepil slip resit pembelian lagi . nak lagi kelas , aku catat dalam buku kira kira akaun . at the end of the day , aku buat akaun balance ke tak balace. ade kelas tak ?
2) beli barang yang perlu sahaja
- barang yang perlu ? semua barang aku perlu . takde pun yang tak perlu . yang tak perlu , tiba tiba akan jadi perlu bila ada duit. adoi.
3) asingkan duit
- ini jugak aku buat selalu. asing kan duit dalam 3 akaun berbeza. tak sampai hujung sem semua akaun balance Zero . sebab ? ntah . aku suka bila pergi mall , terjumpa atm maybank , kuarkan duit guna maybank . kalau jumpa bank islam , guna kad bank islam . so aku memang takde lah tabung kencing masam . eh silap. kecemasan .eheheh .
4) fikir masa depan
- aku ni ngok sket . aku fikir masa depan aku sebagai seorang yang kaya dan hartawan . so tak perlu menabung. kalau menabung, nanti banyak sangat duit lebih. hehe
5) reward yourself
- yang ni paling suka . aku tak main lah reward myself sehari . haa haru namanya . aku reward non stop straight sebulan 30 hari. end up duit habis .adoi....
p/s : dont try this at home . nanti semua mati kutu nak cari duit macam aku . =D . thank you for the tips ee . hehe
3 comments:
wahh, banyak ilmu dan info sy dpt blogging malam ni. thnks for this as i am a student too:)
hehe .. welcome welcome ..
student mane neh ?
thanks Muja letak link aku. walaupun kau kutuk aku tak cantik. haha
Post a Comment