NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, February 1, 2011

Bila Hakim Syarie Didakwa , Tak Perlu Kata Apa Apa .. Senyum ..

Salam & Selamat Pagi Semua .. Semalam tak sempat nak jalan jalan .. Perut sakit .. lepas habis gemilang terus tidur .. pagi ni bangun dapat lah email macam biasa .. aku subscribe kan .. ini berita pasal hakim syarie didakwa berkhalwat ni .. dengan penasihat kewangan .. dahla dekat kuarters kerajaan .. pukul2 pagi pulak tu .. apa nak jadi .. memang suspicious .. buat apa berdua duaan tu uncle .. buat kerja lah kot .. positive okay..



GEORGE TOWN - Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang dan pasangannya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam atas tuduhan berkhalwat di sebuah kuarters kerajaan dekat sini pada Disember tahun lalu.

Adam Tumiran, 43, dan penasihat kewangan, Nurul Izani Md. Isa, 34, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya pada pukul 10.30 pagi.

Mereka didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak kira-kira pukul 2.05 pagi, 5 Disember tahun lalu, di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...