NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, February 25, 2011

BLOG DALAM BAHAYA !!

selamat petang semua . hari ni hari yang agak hectic dalam minggu ini . kerana masa ku suntuk . tak sempat nak spend masa untuk diri sendiri . hari ini ada test dan ada kelas ganti , ada juga meeting dengan supervisor . fuhh memang letih . bukan fizikal je letih . mental sekali . ini malam baru free. horayy . boleh layan movie sampai lebam . dan untuk pengetahuan , aku bukan online guna broadband . aku emo . broadband aku buat hal . habis limit . minggu lepas dah habis limit 5g . aku dah tambah . eh baru seminggu dah habis lagi 5g . takleh jadi ni . rasa nya aku tak download video pun . bengang dengan Celcom . orang lain panggil kau berukband . aku tak pernah pun . tapi kenapa kau buat hal dengan aku *cekakpinggangemo*


 Blog kita sekarang dalam bahaya .. bukan ada gempa bumi macam dekat Christchurch .. bukan jugak ada tsunami macam di Acheh .. tapi blog kita sudah ada spy .. lariiiiiiiiiiii .. tak yah gedik gedik nak lari .. propa sangat .. aku tau korang mesti dah malas nak angkat punggung kan .. kalau aku bayar rm10 pun, aku percaya korang tak cukup rajin nak bangun .. haa ni bukan apa .. aku nak cerita sikit .. korang tau kan blog tu apa .. mesti tau since korang pun ada blog .. korang gunakan blog untuk apa ?? untuk suka-suka .. okey tolong jawab dengan lebih sopan boleh ?? contoh .. 

a) saya guna blog untuk cerita pasal keluarga saya
b) saya buat blog nak bukti cinta dengan bf saya ( ohh please !! ) 
c) saya buat blog sebab nak cari kawan ( LAME .. facebook kan ada )
d) saya ada blog sebab nak story cerita saya 
( best sangat ke cerita kau )
e) saya nak orang tahu siapa saya ( okay sekarang aku dah tahu kau sapa . boleh tutup blog kau sekarang )

semua di atas tu aku tokok tambah . jangan nak ban blog aku pulak . hehe . aku nak korang bukak sikit minda dan fikiran . kalau korang tulis something dekat blog , korang kena sedar akan potensi untuk apa yang korang tulis tersebar . kalau korang tulis pasal cinta anda , dan korang expect orang tak tahu . anda sangat lah bengong . dah kata tulis dekat blog . dah kata tak buat privasi . so kau expect apa ? kau expect kawan kawan kau baca dan buat diam ? oh please be real lah wey . kalau taknak orang tahu . jangan tulis . boleh ? haish . tiba tiba bengang kan . takde lah . betul apa . jangan nak tunjuk betis kalau taknak orang tahu ada kurap . opsss kaki aku tak da kurap . so boleh tunjuk betis . hehe . siapa nak tengok ? angkat tangan . angkat ketiak . 

bila kita tulis entri tu , hati hati . jangan tulis benda yang korang rasa benda tu orang tak perlu tahu . bahaya cukup . contoh nya korang tulis korang ada tahi lalat dekat bawah ketiak . confirm confirm orang tahu kan . dan bila ada orang hina tahi lalat tu , tak perlu nak bising bising eh . kau yang cari pasal dulu kan . kalau rasa nak tulis blog pasal kehidupan yang peribadi dan taknak orang tahu , buat privasi dekat blog tu okey . melalui blog orang boleh nilai kita . penggunaan bahasa kita pun kena jaga . kalau lah kan aku tulis dekat blog aku macam ni 

" hari ni mak rasa sejuk sangat . mak like sangat tau . tengok jantan depan tu , adoi tangan berketaq . pipi licin . suara persis shahir .. kalau boleh peluk , mak tak tidur malam ni " 

apa korang akan fikir kat aku ? mesti negatif kan . unless korang kenal aku siapa . tak ke bahaya tu . sedangkan korang ni dasarnya sangat lah lelaki , macho , dan tegak , yang penting NORMAL . BUKAN GOLONGAN SAYA GAY SAYA OKAY . tapi disebabkan bahasa kita, orang fikir bukan bukan . dah kata korang dengan rela hati tulis , so jangan lah marah kalau orang salah faham ok . lain lah kalau korang suka orang fikir yang bukan bukan dekat diri sendiri . well boleh teruskan . 

ada kawan aku kan . tulis luahan perasaan dekat blog . personally aku baca pun , aku tahu dia saje je tulis since aku kenal dia . but orang lain bila baca , orang lain rasa macam dia ni ada masalah yang besar sangat sangat . dan bila dia sebut perkataan ala ala mati , orang akan fikir something wrong ni . dan dalam sedar tak sedar , ada family members yang terbaca blog dia . terus parents jadi risau . kesian dekat parents tu tak pasal pasal risaukan kita pulak . isk isk isk . tak elok kan buat mak ayah risau . ye aku pun pernah kan . tapi parents aku memang tahu aku macam mana . dan diorang tak pernah ambil serious pun pasal kata kata aku . so bila diorang baca blog aku ( if diorang baca lah ) , aku kata aku ada masalah pun , diorang tak ambil pusing . sebab memang aku ni suka mengarut kan . tapi ada sesetengah orang yang jenis pendiam , jenis pendam perasaan , bila parents diorang terbaca benda benda yang tak best ni , mudah lah diorang rasa risau . oleh itu , nasihat aku sebelum korang tulis tu , fikir banyak banyak . apa kesan dia bila orang baca okay . renung renungkan dan selamat beramal . 

p/s : mungkin lepas ni kena letak signboard macam .... 




bila ingin menulis pasal perkara perkara tertentu . hehe . 



13 comments:

Fathiah Hamim said...

betul3. tapi kalo nak nasihat boleh, cuma kena pandai guna bahasa. :)

http://bloqkami.blogspot.com/2011/02/layak-kah-kita.html

yinda said...

hahaha bawu tersedar...blog dalam bahaye..eh2 cam penah terjumper blog yg bgtaw die ade tahi lalat kat ketiak...haha kelako2 :)

❤Mrs. Myra❤ said...

satu tips yang berguna .:)

Naz Al Yahya said...

thanx for sharing syed. mmg kena hati2 bila post smthing, jgn ada yg terguris ke, ada rahsia ke...klu nak rahsia, privatekan. senang :)

ghost said...

satu jer nak cakap....

CENGENG!

fiezah91 said...

hehehe.. entri menarik.. menulis kena berhati-hati lagi2 dlm blog.semua org boleh baca.. salah tulis mmg terima padah la :)

SUCI KUDUS said...

amboi.... sign board kemain... ekeke

perjalanan pulang said...

aku tulis apa aku ingat nak tulis... nasiblah siapa kena kata

Aku dan ... said...

btw...sempoi..haha..nak copy leh..haha.

esid said...

kekdg dr penulisan,kita boleh agak org ni yg jenis mcm mn?peel mcm mn?tul x?

SyedMuzzamir said...

copy je bro aku tak kesah .
tapi tak adil lah nak nilai
seseorang melalui penulisan kan

ila said...

bahaye?
waw kne lari jauh2

Azizan Zolkipli said...

bro Syed Muzammir, saya suka dgn 'wake up call' kamu ni hehehe ...

by the way, terima kasih kerana menjengah http://pkriders.blogspot.com. anda juga seorg basikalis ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...