NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, February 18, 2011

Malu Bertanya Sesat Jalan .. Aku Sesat Lagi ..

Panas betul hari ni . hari tu time hujan , complain hujan . susah nak g mana mana . sekarang ni bila panas , complain jugak . manusia yang tak bersyukur sungguh aku ni . hehe . tak tak aku syukur . panas pun okay . hujan pun okay . mana mana pun boleh . aku nak share cerita lagi hari ni . benda ni baru je terjadi kat aku . sedih sebenar cerita ni . kelakar pun ada . tapi cukup beri kesedaran pada aku hari ni . hari ni je lah kot . ingat tak dalam entri lepas yang aku bagitau aku ada discussion . haa time tu lah kan . discussion dengan Pert & Shauki untuk presentation hari ni . 

Kali ni tak buat kerja last minute . buat kerja dua hari awal . so semalam just buat slides je dan print . so kira okay lah . semalam aku study sikit part yang aku nak bentang . baca kes semua . aku takut sebab aku tak faham sangat kan bab tu . so tu yang semalam sungguh sungguh sikit belajar . hari ni masuk kelas madam dah masuk . madam aku tu pun sebut nama satu kes . satu team aku gabra . sebab kami takda kes tu . eh jawapan kami silap ke . time tu memang aku dub dab dub dab lah nervous nya . 

Aku presenter kedua . lepas Pert present . sampai turn aku . macam biasa lah . faham ke tak faham ke . aku buat confident je . cerita apa yang aku faham . explan apa yang aku rasa betul . ikut apa yang belajar semalam . tak berhenti cakap ni . sampai semput semput . aku ni kalau present , memang cakap macam train . laju gila dan takda nokhtah . so memang lah kering tekak . sampai habis aku present , tercungap cungap . habis part aku , sepatutnya shauki sambung . tapi madam potong dulu . madam kata lah dia impress tengok knowledge aku untuk part yang aku present . time tu aku rasa syukur lah . maknanya betul apa yang aku belajar . then madam sambung , BUT jawapan tu tak relevant kepada soalan . terus aku diam . haish . jawapan salah sebenarnya . mada pun suruh baca balik soalan . aku still tak tangkap jawapan sebenar. Still rasa jawapan kitaorang ni betul .

Madam pun bagi jawapan . tersengih kerang busuk kat depan . malu beb . cerita bukan main panjang . cakap macam bagus . konon macam betul . padahal salah . kiranya yang aku cakap panjang panjang tetapi salah . memang lah kira bonus lah aku belajar awal . tetapi hahahaha satu kelas lah tahu aku ni  tak faham soalan . team aku yang lain tak effect sangat since diorang punya part betul . serious dowh malu . kalau buat analogi ibarat aku cakap kat depan tapi mute . takda suara . takda input . salah . tapi aku buat buat cover lah . buat buat salin jawapan yang madam bagi . angguk angguk menandakan aku faham . padahal nak cover . takut kena hina . haish .

Aku Nampak macam tak ready lagi ni nak exam dan test ni . dah nak masuk bulan 3 tapi masih macam ni . aku rasa macam itu alarm bagi aku . kena berubah kan . tapi hehe aku rasa hari ni je kot aku rasa macam ni . esok aku lupa balik . lalai balik . dan aku rasa semua orang terpinga pinga time aku present . sebab diaorang expect jawapan aku macam madam . tapi aku present benda lain kat depan . tapi takpe . malu bertanya sesat jalan . memang dah sesat pun . sesat jauh pulak tu . siap madam sindir tadi “ takpe part yang awak tu kita reserve minggu depan ye “ .. hehe *tutupmukamalu* …. 


1 comment:

life&enjoy&study said...

hhehehe..
xpela,yg penting berani nak present..dari sye nie klu kne present je,mke da start pucat..menggigil 1 badan..hhehhee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...