NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, March 12, 2011

Bila Tuan Kedai Pemalas Macam Taik

okay . second entri of the day . bila emosi terganggu , semangat makin tebal untuk type dekat blog ni . ibarat kata blog ni tempat lepas geram . see . kalau blog aku ni boleh berkata , mesti dia dah kata awal awal , " nak emo emo tempat lain boleh ? " .. haish .. takde lah .. betul kot .. aku emosi bertempat .. kan kan ? ada dua cerita .. tak tak .. aku tambah satu lagi . jadi tiga cerita .. 3 in 1 entri aku kali ni .. kita mulakan sekarang .. tak sabar aku nak maki hamun orang ni .. untuk permulaan , sila tenung air ni ketat ketat . macam mana korang nak tenung ketat ketat tu , aku taktau lah . aku rasa macam comel tulis macam tu .


tau tak air ape ? bukan air daun ketum eh . ni air yang tidak sama sekali memabukkan apatah lagi menghairahkan . nampak cantik kan . gile nice . memperkenalkan AIR TEH LAPIS . yang TAK SEDAP BERLAPIS LAPIS . RASA MACAM MINUM AIR CENDOL YANG TAK TAPIS . bengang . meh aku cerita . aku tambahkan emosi sikit lagi supaya korang dapat feel . cewah macam juri AF lah pulak kan nak ada feel feel ni . aku pergi makan tengahari dekat kedai area rumah aku . aku tak pernah pergi makan lunch kat situ pun . ni first time . actually nak makan nasi kerabu , sebab pokcik kata sedap . tapi takde lah pulak . ada petang je . so makan nasi berlauk . servis macam haram lah kan . nak order air pun takde pekerja . terpaksa pulak pokcik jerit jerit panggil abang kat counter tu . " Oii nak berniaga ke taknak " getus aku dalam hati . so since dah serabut , aku order air TEH LAPIS . sebab dekat meja tu ada gambar air ni . so aku try lah . 

sampai je air tu , aku rasa macam tak berapa enak je . sebab dia ada tiga lapis obviously lah kan . sebijik dalam gambar kat atas . lapisan pertama air teh , lapisan kedua susu cair ( bukan susu pekat eh ) dan yang ketiga air nisan . air nisan ni yang orang letak dalam onde onde tau ? .. so korang boleh agak tak macam mana bila teh kosong , campur dengan susu yang tawar plus dengan air nisan yang manis lekat dekat tekak ? MACAM HARAM . rasa macam minum air longkang . ( aiks aku macam pernah minum air longkang je kan ) . bukan bukan .. tu peribahasa .. haha .. tak sedap macam air longkang .. air longkang memang tak sedap kan .. tipu lah kalau korang cakap sedap .. siapa cakap sedap , angkat tangan .. nanti aku belanja air longkang pusat komersial ni .. so aku minum sikit je , tak lalu .. last last minum air kosong je ..

cerita kedua . aku pergi kedai top up . aku nak top up celcom RM10 . dia suruh tulis nombor  . aku beria tulis nombor . aku bagi duit RM50 . dia mintak duit kecil . aku cakap takde . dia kata takde balance . eh hello aku customer kot . ko pergi lah tukar duit kat kedai tepi . apa masalah nya. asal aku pulak nak senangkan kerja ko . ish geram betul . dah lah muka dia macam tak bersalah langsung . macam aku pulak bawa masalah . bengong . yang aku emo sebab dia lelaki . kalau perempuan , hmmm okay sikit kot . ekhem ekhem . marah punya marah , aku blah macam tu je . but before aku keluar kedai tu , kat kedai hp tu ada dua pekerja . so pekerja yang lain cakap lah dekat pekerja yang pemalas tu tadi , " kenapa tak tukar duit kat luar " .. dia selamba je jawab " malas " .. haaaaiiii hanginnn betul .. rasa macam nak berlari pergi kedai makan tadi , amik balik teh lapir tu cicah dengan selipar buruk aku ni , sumbat dalam mulut pemalas tu . GILA !

sampai lah kita kepada cerita ketiga . macam mana emosi korang sekarang ? dapat feel tak ? so dah takde top up . aku singgah kedai runcit . nak beli cadbury yang besor sekali tu . rm6.90 . aku pegi dekat kaunter . sekali lagi aku kuar duit rm50 . dia cakap takde balance jugak . haaaaiii ni rasa nak kasi lempang sampai pengsan ni . pekerja tu perempuan . tapi muka dia memang tak senyum langsung , dan tanpa rasa curiga atau serba salah atau kemanusian , dia pulangkan balik duit aku . " oiiii aku customer ke engkau customer .. selamba badak je " .. pergi lah tukar duit kat tepi .. asal lemau sangat ni . asal malas sangat . ni kali kedua okay aku kena cancel barang yang aku nak beli dekat kedai runcit ni . GILA SEKALI LAGI ! 

14 comments:

paah mohamad said...

teh lapis tu tak sedap langsung. manis melampau.

follow ur blog :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah menyelerakan.. kalo bg ak, ak sebatje.. ak lantak je sume, kecuali kayu n batu.. haha

Jeely jelly said...

saye paham saye paham... dpt rase feel marah nie.. grrr... asal x sound cmtu je kat mereka2 tu sume. PEMALAS !

Syafiqah Nafis said...

harus EMO.jerkah je mereka..

Anak Dato' X said...

Dekat kedai mamak je Teh 3 Lapis nie sedap dan pandai buat. Org melayu nie asalkan boley jer.....

Anonymous said...

baik tak payah berniaga macam tu. aish ape la depe ni ..

Unknown said...

cm sedap jerk fizikal air tu...
huhuhhuh :)

Opah Kentang said...

tgok orang yang buat kot,

tak blance kot 3 lapis tu. sebab tu jadi tak sedap!
Opah peminat teh 3 layer.hehehe :)

Tiq said...

kejam nya tuan kedai

perjalanan pulang said...

perut aku sakit memulas

Eza Zularyeza said...

sedap la teh lapis tu..diorg tak reti bt kot..mgkn sbb bru d prkenalkn kt sana..so xde org pakar yg nk bt.

Fazli said...

nasib baik kedai tu tak suruh bro balik rumah beli top up online je. hehehe...tapi sikap malas macam tu saya pun tak leh terima...

fatian athiea said...

lor..









gua mati2 ingat tu air layer..











baru nak tanya enak ke tak??hhahaha









kite bako je

adawiyah rahman said...

gler pemalasss!
klu sy kt awk,sound kan aje~
haha :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...