NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, March 13, 2011

2 Thumbs Up : Hikayat Merong Mahawangsa







al kisah .. maka tersebut lah kisah .. baru balik dari tengok poster dekat atas .. maksud aku tengok poster tu dekat wayang .. since dah tengok poster dekat wayang tu , sekali terus , tengok jugak cerita ni tadi .. sepatutnya plan nak tengok first day cerita ni keluar iaitu khamis .. tapi since tiket sold out , jumaat ada kerja , book tiket hari sabtu .. berikutan semua tempat dah fully booked , hanya di Summit USJ yang ada kosong .. maka di situ lah aku bersama 5 housemates yang lain berperang dengan emosi tengok merong duk berperang , dengan embuk nya mengada ngada .. malu tapi mahu .. so ini lah aku review sedikit sebanyak .. apa yang aku rasa lah .. aku tak pakar eh dalam bidang ni .. so apa yang aku review , seratus peratus based on idea aku sebagai penonton okay .. dah ramai orang review tapi aku rasa macam nak review jugak .. boleh ??

masa keluar je logo KRU STUDIO tu aku dah teruja tahap gaban .. rabak aku update twitter aku .. padahal orang lain dah tengok .. aku beria ria .. haish .. lawak lawak .. mesti orang duk gelak dekat aku .. haramm jaddah betul .. maka bermula lah cerita tu .. dengan merong yang pelat pelat tu .. oh by the way merong tu nama orang .. hero dia lah si stephen tu .. so heroin aku tak tau nak kata yang mana satu .. tapi kira boleh lah si embuk tu jadi heroin , Ummi Nazeera kan nama dia .. overall aku bag 4.5/5 .. actually aku nak bagi 5/5 tapi bila dekat dekat nak habis ni rasa macam spoil pulak .. jadi kalau tak pergi tengok lagi , pergi lah tengok .. aku cakap ni betul , takde lah nak mengharapkan balasan .. macam orang tu kan .. puji melambung rupa rupanya nak suruh Yusri ambil dia berlakon next film .. ahaks .. anyhoo cerita ni wajar terima pujian melambung .. 


haa itu lah dia Merong & Embuk .
yang putih serabai tu bukan Lion King . 
itulah Guru Kesum . ahaks . nama klasik gila . 
 


yang tu Prince Rom yang mati 
hidup kembal out of nowhere ..
yang pakai serban macam pak aji tu 
orang GOA .. kena sound free free
dengan si Merong Mahawangsa ..
" Sudahlah Buruk , Mulut Pun Busuk "

dah kenal semua watak ? ada lagi watak lain . tapi malas nak google semua . nanti korang tak pergi tengok wayang kan . gambar cun . action cool . pemilihan pelakon gempak . aku like part Umie Aida jadi mak Merong . cun cun . muka dah ala ala melayu klasik kan . hmmm . yang aku rasa cam tak best kan , sebab si Prince yang dah dibunuh masuk dalam laut lemas tu pun boleh hidup balik last last . then konon nak jadi hero . aiseh potong betul . satu lagi time last tu kan dia pergi perang . dia guna cermin nak lawan dengan Geruda . dan boleh pulak dia gamble . Merong tak tahu macam mana benda tu beroperasi . dia pakat try bergantung takdir . kalau jadi , jadilah . kalau tak jadi , tak jadilah . haaa boleh macam tu ? nak pergi perang ni tapi macam gamble . memang lah masa singkat . tapi nampak macam tak bijak di situ .

then lepas guna cermin tu , then dah tak berfungsi since cermin tu boleh guna bila ada cahaya matahari je , semua duk gelabah . nak buat macam mana . aiyooo kan dah siap sedia pergi perang , kenapa nak gelabah pulak . takkan lah dah masuk dekat kawasan lawan baru sedar yang diri tak prepare ? hmmm . tu je lah .. satu lagi kan watak stephen atau Merong ni terlampau santai . nampak kadang kadang fun . kadang kadang nampak macam tak sesuai pulak nak jadi pahlawan yang hebat . tapi okay jugak watak dia tak berat . tak pening kepala nak fikir . 


akhir kata , pujian wajar di beri . usaha mereka memang terbaik . tiga beradik ni memang wajar dapat penghargaan . tapi setuju tak kalau aku kata kalau sedetik masa in English jadi rosak dan tak best bila Anuar Zain nyanyi ? jadi tak indah bunyi nya . bunyi macam serabut pulak . mungkin korang suka . aku kurang sikit . suara dia tak suit lagu tu in English . hehe . ampun salah silap . chow .


11 comments:

Alia Natasha said...

Thumbs Up :)

aima in luv said...

the best la cite nie... Tahniah KRU..

Fakhrul1409 said...

ak dh agk dh..msti tiptop pnye cter KRU wt nih..mmg wa respect beb! filem yg trcggih dlm malaysia nih~

sekamar rindu said...

salam..

memang best...berbaloi dengan kos pembikinan filem ni melebihi RM 8 juta..

TAYAR PANCIT said...

hai saye da flow belog awak :)
follow me back eh @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/hall-of-fame-formula-one-world-drivers.html

kay_are said...

memang best ke cite ni?? camtu kne tengok r..

alynn M said...

congrats KRU! ;)

mary ann ;) said...

macam best je...kena tengok nieh ;) ;)

cTKhaliJAhHassAn said...

terangkat ibu jari tangan!! hhehehe..thumbs up! mmg maveles... (",)y

sarah said...

sarah nak tengok japg! ^^

Yati said...

Wah, dah tengok ya. Akak tunggu cerita ni kuor kat astro first. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...