NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, March 13, 2011

Mana Keluarga Ultraman ? Taro ?


relaks relaks .. jangan menggelabah .. jangan beremosi .. cool der .. nampak apa yang tertulis kat atas tu ?? orait .. al kisah .. aku cakap awal awal ni pandangan aku .. so rasa nya tak yah kot nak condemn condemn .. mula-mula masa heboh berita gempa bumi dan tsunami di Japan , aku macam risau jugak .. aku tahu melalui Twitter .. see Twitter banyak kegunaan .. hehe .. aku baca tweet semua orang duk cerita pasal Japan .. dan adalah satu tweet cerita pasal batu buruk bakal kena tempias .. haish bimbang jugak .. dan aku terbaca jugak tweet fizz fairuz seperti di atas .. mula-mula aku baca aku rasa good one .. aku tafsirkan macam ni .. apa yang fizz nak sampaikan adalah walaupun sehebat mana pun superhero , teknologi yang Jepun ada , still TAK MAMPU NAK LAWAN KUASA ALLAH S.W.T.. 

semua sedia maklum kan macam mana Jepun .. membangun .. orang kata First World Country .. so aku tak terfikir tweet fizz tu sebagai satu benda lawak , lucu atau benda yang boleh buat orang gelak guling guling sampai keluar air mata satu baldi .. sampai lah around two hours macam tu , ada blog yang cakap tweet fizz fairuz ni teruk , tak bertamadun dan sebagainya .. seolah olah fizz fairuz ni made fun of what happened in Japan .. hmmm .. aku baca balik tweet tu , still aku faham lain .. see , sekarang kita dapat conclude kan yang satu perkataan mampu beri beribu riban interpretasi .. aku tak pasti apa niat sebenar fizz fairuz .. if dia nak buat lawak , well he sucks then .. tapi kalau dia berniat untuk memberi kesedaran dan buat ktia berfikir , well then he is good ..


sampai lah hari ni .. keluar pulak gambar ni dalam surat khabar .. orang marah jugak .. aku tak rasa apa pun .. bukan aku takde perasaan .. hati batu .. hati gelap .. hati hitam .. hati kotor .. takde peri kemanusian .. mesti ramai duk kutuk aku ni " tak kena dekat ko , memang lah ko tak rasa " .. hmmm .. itu pandangan korang .. aku terima .. tapi aku rasa daripada kita duk fikir nak marah nak condemn orang why dont we take a look at ourselves first .. kita try ambil ni semua secara positif .. boleh ?? dunia sekarang dah akhir zaman .. adakah kita sudah cukup bersedia untuk hadapi nya ?? sampai bila kita nak condemn antara satu sama lain ??

p/s : AGAIN , ni aku punya view .. u guys might have your own views .. i respect yours , and i do hope you respect others' views as well .. 



16 comments:

manggosteen said...

aku mulanya mmg terfikir nak tweet kat twitter ayar mcm fizz tu..serius..tapi bila aku fikir balik pasal snsitiviti,tak jadi nk tulis..

mmg aku rasa mcm tak menghormati org kat sana..tapi betul gak kata kau..ayat tu mcm bg kesedearan bhw kuasa Allah tiada tandingan..

ALLAH MAHA KUASA DAN MAKHLUK TIADA KUASA..ingat tu cukup untuk sedikit sebanyak menambahkan keimanan kita..

farahroslan said...

same ! aku pun pikir menda yg same :)

whitecappuccino said...

fikir positif dan harap niat dia menulis sedemikian juga positif.

cayrul.com said...

Walaupun mempunyai teknologi tinggi tapi kuasa Allah tidak mampu diatasi.

cikida said...

maybe setiap orang ade point of views masing2 kan..huu..depends pada seseorang 2 nak pkirkan yang mane jernih dan yg mane keruh..hope sume takdelah nak gado just this small matter..huuu.,peace all ! heee..=)
yg pnting diri sendiri ni bersedia atas sebarang kemungkinann dari -NYA..insyaALLAH..

ibu qaleesya said...

salam.. betol la pandangan awak tu.. setiap kejadian yang menimpa mesti ada hikmah. kuasaNYA tal ada tolak bandingnya. altromen mane leh lawan kuasa NYA

ieda said...

from what u says ... lain pandangan lain cakapnya .. so kita kena belajar jugak terima pandangan org kan :)

:: S.h.U.H.a.d.A :: said...

nice entry. something happen for reason kan. ;)

Warna Warni Kehidupan said...

pada aku lawak cam tu tak kelakar langsung

s.y.a.r.q said...

lain org lain pandangan. Tp pikir yang ke positifnye lebih baik,mcm awk cakap,takde sapa boleh lawan kuasa Allah SWT. (^_^)

Afizz said...

rasanya 'lawak' mana ultraman time tsunami ni tak la lawak sangat pon. Dalam keadaan Jepun yang tengah teruk sekarang ni , kita tak patut nak buat lawak....

3 Bulan Aku Meninggalkanmu

garfield88_aini said...

berimaginasi dgn ultraman, doraemon dan power rangers pun xboleh mengalahkan kekuasaan Allah... Subhanallah... Kalau dikehendakiNya, ianya akan berlaku...

leyzajamil said...

agreed!!
sy tak rs lawak pd komen fizz tu.
pembaca luar teremo lebeh..
yg komen lebeh2 tu ada hulur bantuan ke tak??

AkmaFaizal said...

semua bebas memberikan ppandangan masing2, kadang2 orang je salah tafsir. mcm baca sms gak..

tapi tang gambo tu, dh masuk cnn kan..BH wat hal antarabangsa tu.

tang teknologi plak, bukan ke sblum ni Jepun mendabik dada yg kata Acheh takdo teknologi kesan tsunami...bila dh kena ni. jadi lebih truk dr Acheh plak. Allah Maha Besar kan..so toksahlah riak yek.

Moga2 kita sentiasa diberkati dan setiap hari memperbaiki diri ke arah kebaikan. Amin

sarah said...

:)

acernoval said...

awak betul betul betul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...