NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, March 23, 2011

Edry KRU tak puas hati dengan MENTOR ?

ada siapa siapa tak tengok MENTOR ahad lepas ? confirm ada . yelah . pertandingan Malaysia buat orang tak suka . kalau American Idol tu tengok sampai melekat mata dekat tv . entah faham ke tidak apa yang Ryan duk cakap tu kan . bila orang jerit , kita jerit . orang kata sedap , kita kata sedap . itulah mentaliti yang tak bagus okay . aku tengok semua . balance okay . mentor pun aku tengok . mentol pun aku tengok kalau ada . asal ada orang nyanyi nyanyi ni , aku tibai je . tengok semua . peserta kegemaran aku kali ni haruslah .. SALMA ..


SEBAB ? ala mesti korang tahu kan . dia punya high pitch tu sedap di dengar . tak pecah . dan smooth . kadang kadang memang ada kurang sikit . tapi biasa lah budak baru belajar . tapi tak semesti nya nada tinggi tu SEDAP dan POWER okay . atas lagu jugak . kalau lagu tu sesuai dengan nada rendah , nyanyi tinggi , bunyi buruk jugak . jerit kenalah jerit bertempat . kalau setiap part nak jerit . baik jadi tarzan . am i right ? mungkin aku ni suka penyanyi yang bernada tinggi kot . macam Ziana zain . apa apa pun , Shiha Protege Kak Pah , not bad . sedap . tu lah tandingan sebenar Salma . yang lain tak nampak sangat . tapi aku cam kesian dekat protege Afdlin . suara sedap . tapi lagu dia macam teruk gile . susunan lagu tu lagi lah . memang lah nak ubah , nak bagi kelainan dari lagu asal . tapi macam mencacatkan lagu . adoi aku komen kalah Ramli M.s .. hehe .. 

STATEMENT EDRY KRU 

“Fokus saya lebih pada aspek nyanyian dan bukan meraih simpati penonton. Apa yang saya lihat, penonton memberi respons pada aspek ‘drama’ yang ditonjolkan hingga akhirnya protege mendapat undi berbeza. 

“Memang kemenangan Salma adalah rezekinya, tetapi saya mahukan pertandingan ini dibuat secara adil. Saya bukan mahu komen peranan penonton untuk mengundi sebaliknya saya berharap tiada lagi drama ditunjukkan selepas ini,” katanya. 
“Saya fikir tidak adil Salma mengadakan persembahan akhir untuk dua kali. Persembahan diibarat perlawanan bola sepak apabila protege yang membuat persembahan akhir boleh mempengaruhi undi. 

“Saya tidak setuju jika persembahan akhir Salma ini dianggap kebetulan. Niat saya bukan mahu menentang dia, tetapi pertandingan adil perlu diberikan pada semua protege. 

“Memang saya kecewa dengan situasi ini. Ini menimbulkan persoalan, apa gunanya protege itu membuat persembahan terbaik sebaliknya mendapat undi rendah,” katanya. 

STATEMENT BALAS PENGARAH MENTOR 5 

“Tidak perlu cabut undi diadakan menentukan giliran persembahan protege. Produksi cukup profesional dalam perkara ini dan tahu apa yang kami lakukan. 

“Soal drama, apa yang dirakam bukan kami yang buat. Saya percaya setiap mentor mempunyai strategi sendiri dan terpulang pada juri memberi markah. 

“Pada saya, kenyataan Edry lebih pada emosi. Sepatutnya mentor terus beri semangat pada protege untuk mengadakan persembahan lebih baik pada konsert seterusnya,” katanya.

macam macam hal lah depa ni .. peminat Salma mesti duk kata " ala edry, dah kalah , kalah ah .. tak puas hati pulak .. dengki ?? buat lah jugak video protege jual nasik lemak tepi longkang .. " .. haha .. then peminat protege Edry mesti balas balik " tu lah pasal .. tak cantik pun nak jadi issue .. nampak sangat nak promote diri .. buat buat sedih .. eh heloo drama melayu sangat beb .. " .. macam macam ragam lah .. bagi aku benda ni takyah jadi issue pun .. mana mana pertandingan mesti ada punya video video ni .. nak pancing undi .. nak suruh juri kesian kan .. well , itu lah taktik .. mana ada benda adil kan .. aiyooo .. kalau aku jadi mentor kan , aku upah je kroni kroni aku undi banyak banyak .. hehe .. 

p/s : teringat komen Ramli MS dekat protege Noh Hujan .. berbelit belit .. sampai Noh pun pening .. kenapa tak cakap je .. suara kau tak sedap .. kan senang .. hahaha ..  


6 comments:

Unknown said...

kita tengok je sampai akhir siapa yg bagus, dialah paling banyak di undi....peminat skrg menilai kalau sedap ko nyanyi, vote melimpah ruah, mcm Black dulu.

sayakayrulez said...

btl2..adat menang kalah la beb

Rin Ahmad said...

nak buat macam mana... SALMA tu walaupun tak lawa... walaupun tak perlu drama2... suara dia sedap beb... apsal edry tu nak meroyan?

PinKy MoMMa said...

hnya tersenyum melihat dunia realiti masa kini..

salam kenal ya..u r my 700 follower..tQ..

ada special entry utk kamu..hope sudi terjah.. http://eppyphamdiary.blogspot.com/2011/03/7-sumber-pahala-yg-berterusan-hingga-ke.html

eppy blogging ya ;)

Unknown said...

let's vote for Salma hu3....ny favorite protege hu3...

Unknown said...

tiera tgk 1st round jek pastu xleh tgk da..blk kolej..hohoho....
so xtau ape issue yg timbul
tp minat gle kt salma tuh.sore mantap!shiha????hmmm...bg tiera dia bkn saingan sengit kowt.ntahla:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...