NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, April 15, 2011

CHUBBY

aku baru habis tengok Awan Dania . macho tak lelaki tengok Awan Dania ? rasa macam nak jadi flight attendant lah pulak kan . macam best je . boleh fly fly cam tu kan . kriteria nak jadi FA ? FA ni bukan Fahrin Ahmad , tapi flight attendant . harap tak salah faham . haha . aku lepas dah rasa nya . muka hensem dah . body okay lah . fix orang kata . cakap omputeh ? boleh lah sikit sikit . cakap arab pun boleh kot . advantage ni . tapi itu lah aku ni berangan di siang hari je . takde nya aku nak jadi FA . kang tak pasal flight lambat nak naik , berat semacam je . bukan berat sebab badan eh . berat pahala . *riak* *takbur*

aku tengok Maria Elena punya video baru , cerita pasal sejarah tagline dia . aku nak cerita jugak . tapi bukan tagline . nama timangan aku . aku dari dulu sampai form5 takde lagi nama pelik pelik . maksud aku , luar pada nama aku . ada yang panggil Syed , ada yang panggil Muzzamir , ada yang panggil Amer , ada yang panggil sayang . ada yang panggil hubby . alahai so sweet . tapi bila masuk universiti ni , aku ada nama baru . orang panggil aku Chubby . Chubby in malay orang maksud dia tembam atau gemuk . tapi aku yakin , orang yang first first panggil aku chubby bukan sebab aku paling tembam okay , tapi sebab dia nampak aku paling menarik dan menawan . lepas tu dia cam malu nak panggil hensem atau kacak atau macho kan . so dia panggil chubby . aku okay je . tak kesah lah kan . aku ingat tak lekat lah nama tu . 

sekali lekat sampai sekarang . aiyoo . dah 4 tahun . kadang kadang ada jugak lecturer yang panggil Chubby . hmmm . bunyi cam tak macho kan ? sebab tu aku takde awek . haha . orang nampak aku as Chubby bukan as SyedMuzzamir . ada beza ke ? aku pun taktau . saje mengarut . aku ada setahun setengah lagi sebelum nak masuk alam kerja . aku nak fikir nama baru ni . nanti time kerja takkan nak suruh orang panggil Chubby . aku nak suruh orang panggil Syed okay tak ? dulu time sekolah rendah aku memang tak suka orang panggil Syed sebab tu macam nama keturunan kan . hehe . nanti kalau perangai aku buruk , nanti nampak macam keturunan Syed ni perangai buruk buruk . hee . masa kecik pun aku ni dah matang . hebat betul . 

tapi kan , even macam tu , ade jugak orang panggil aku dengan nama nama lain . seperti Harry Potter , Tom Cruise . aku tak tau kenapa diorang panggil cam tu  . kadang kadang aku cam segan nak keluar pergi mall kan , sebab aku cam rasa orang tengok aku pelik , then aku cam boleh baca pergerakan bibir dia cakap cam ni " eh Justin Bieber ke tu " . aiyoo same sangat ke dengan Justin Bieber aku rasa cam lain kot . tang mana sama ? jawab sikit boleh ? macam macam ragam manusia ni . tapi kira okay lagi tu . jangan ada orang panggil aku Lisa Surihani ke Rozita Che Wan ke Juliana Evans ke sudah . segan Mak nok .nanti tak pasal pasal aku pulak join ratu cantik pahang tu . haha .


1 comment:

Miss Meen said...

Wah nama sweet ada Syed lagi ...
Ala-ala Syed Muzzafar hihi
^_^
Tapi nama timangan tu pun 0key jugak
m0ga redha yer dgn panggilan tue
^_~
Singgah k0men sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...