NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, April 26, 2011

KERJA

sebagai pelajar uitm yang berdedikasi , aku dah start garu kepala duk fikir apa lah nak buat time cuti 3 bulan nanti . lama gile oh . kalau ikut hati nak lepak rumah je . tapi boleh tahan ke tiga bulan tanpa buat apa apa ? boleh sawan aku nanti . ingat nak pergi holiday . tapi bila pergi check dekat bank islam , dalam bank ada rm2 , bsn ada rm1 , maybank ada rm4 . apa kes ni . nak pergi holiday macam mana . so kena kerja lah jugak . 

nak kerja apa eh ? kerja kedai makan letih . kerja ofis boring . dah tu nak kerja apa . aku ingat nak jadi tutor atau cikgu tuisyen . layak tak aku ni ? ala setakat ajar budak sekolah rendah tu , boleh je . aku tipu tipu lah sikit . budak budak ni bukan tahu pun ktia betul ke salah . yang dia tau , kita cikgu , dia pelajar . kita ajar , dia belajar . kita kata betul , dia kata betul . kita kata salah , dia geleng kepala . kan ? boleh ke macam tu ? tapi ade ke pusat tuisyen nak amek aku kerja eh . susah susah .

mak aku suruh jadi cashier mydin . hmmm sangat tak best okay . sebab kena pakai baju mydin . geli lah . haha . nanti naik kurap pulak badan aku ni . heee kalau kerja dekat giordano , baju pulak takde size . haish . macam macam halangan ni . aku rasa macam nak bina badan je kat rumah . haha . silap silap boleh naik lagi 50kg sem depan . hari tu ada ura ura boleh apply jadi guru sementara . tapi aku tak apply . sebab macam cerewet dan susah je nak dapat . sekarang ni , aku tak tau lagi nak buat apa . tak decide lagi . buat skim cepat kaya , agak agak orang percaya tak ? muka aku cam zuhud sikit kan , mesti orang percaya kan . 

pening .. pening .. pening .. tapi takpe , cuti lagi dua minggu .. exam lagi dua hari .. so mana yang aku perlu risaukan dulu , mana yang aku peningkan dulu .. so aku pergi dulu .. oh jap aku sekarang baca entri entri aku ni rasa menyampah pulak .. sangat bersifat peribadi kot .. aku rasa kalau aku ni orang luar , dan aku baca blog ni , aku akan pangkah cepat cepat .. dan BOO banyak kali .. boring !!  


2 comments:

dean said...

pe lah..tak baik tipu anak murid..
mengajar kene iklas.

bru anak murid dtg berkat..huhu

Unknown said...

kenape pakai baju mydin naik kurap?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...