kan aku dah cakap , selagi tak pukul3am , memang tak tidur lah aku . unless kalau esok ada paper , so malam tidur awal sikit . taknak seksa mata dan otak malam exam sebab esok nak gunakan mereka sepenuhnya . hmm , aku tak habis study pun lagi tapi aku duk dengar mata menangis nangis , mintak aku lepaskan dia , bagi dia rehat . otak duk meronta ronta , suruh aku off cpu , dia dah panas , tak leh nak proses dah . haish manja betul . aku pulak tak boleh tengok depa nangis nangis , terus tutup buku tanpa fikir panjang . hmmm takpe sempat kot esok . walaupun banyak mende kena ingat , aku nak jadi selective sikit esok . nak ingat apa yang boleh ingat je . INGAT , JANGAN TAMAK . ITU AMALAN SYAITAN . hee .
bila exam , macam macam gelagat manusia kan . ada yang siap termimpi mimpi . kalau budak farmasi , mimpi jerit jerit nama ubat , paracetamol lah . kalau budak law , duk jerit jerit nama kes . naik sawan aku nak tengok sorang sorang punya perangai . yang kelakar , dari yang duduk bising bising , jadi diam , duk depan buku , membaca . boleh berubah terus perangai eh bila bulan exam ni . tapi aku betul lah , geram bila aku tengah study, orang duk senang hati tidur . kalau tidur diam diam takpe , ni siap ngigau , dengkur bagai . haish . tercabar aku .
lagi tercabar , bila duk depan dewan exam , masing masing duk test power , buat revision ramai ramai , aku terkangkang tepi dewan , duk hafal apa yang patut , padahal kalau ikut logik , tak boleh terima dek otak dah . tapi still paksa , kot kot berjaya ingat satu nama pun jadi lah . hmmm . minggu exam ni memang kesabaran tercabar . macam macam benda nak kena sabar . kalau hilang sabar , merana diri oiii . khamis ni , lepas je habis exam petang tu , aku nak bagi hadiah special dekat mata dan otak aku . aku nak tidur lepas magrib , sampai lah magrib keesokkan hari . 24 hours aku bagi . tapi bangun kejap lah solat . hahaha .
aku nampak tulisan ni kecik besar kecik besar dah . mata pun dah mula kabur ni . ni petanda nak kena tarik kain selimut , pejam mata lama lama dan pergi jumpa Alice in Wonderland dah ni . okay lah people . have a good day okay .
5 comments:
Gudluck bro..
Jgn lupa buat toyol..
Hati-hati time nak meniru..
chaiyok!!
goodluck :)
gud luck ..aku pon ada pekse ari ni..
gudluck...kite pon ad paper jap lg neh :)
gud luck!!!....:)
Post a Comment