NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, April 23, 2011

MINDSET

boleh blah tak kalau internet dalam universiti pun slow ? memang tak boleh blah . rasa macam nak sepak sepak je diri sendiri . kalau ini macam , broadband lagi laju . al kisah aku dekat fakulti kejap ni . nak settle kan nota . kalau kat rumah , mudah sangat terganggu . dah lah petang petang ni tv9 ada cartoon best best . childish ? takde lah . hiburan tu  , tak rasa ke kalau tengok cartoon rasa macam happy gila . sebab macam comel gila . berapa banyak gila pun aku tak tau . tapi memang GILE AH . 

haa tengok ? aku baru cakap tengok cartoon . dah kata childish . sebab apa jadi macam tu ? sebab mindset kita macam tu . Cartoon hanya untuk budak budak . lelaki dewasa wajib tengok bola . kalau lelaki dewasa main anak patung , something wrong , gay lah , lembut lah , haish . okay ke ada mindset macam ni ? tak rasa macam unfair dan bias ? tak rasa macam idea tu semua dah lapuk ? tak rasa ke mindset macam tu dah di-apply dari zaman moyang kita yang dah tak tau ada dekat zaman mane ntah . kita ni dah dekat generasi ke18 mahsuri pun nak apply mindset yang macam itu ?

entah lah . kadang kadang memang dah sifat semulajadi manusia , mudah menghukum & menilai . dan penilaian di buat memang selalu sangat negatif . jarang ada yang positif . kalau ada yang positif pun , mesti ada tapi atau reason . contoh ayat " eh perempuan bertudung cantik tapi kalau muka tak cun , pakai tudung tak pakai tudung same je . tak boleh ubah apa apa jugak " . see , macam mana aku jadi so judgmental kan . and aku percaya bukan aku je macam ni . semua orang macam ni . dan sesungguhnya ayat di atas hanya CONTOH ,  bukan aku cakap ikhlas dari hati orait . 

yes , kita manusia tak perfect . but we must move towards the perfection kan . ni tidak , dah tahu tak sempurna , buat benda ala kadar je . mana boleh . sampai bila nak duduk takat lama kan . cuba fikir btol btol . semua benda dah bergerak ke depan , takkan kita nak ketinggalan sorang sorang . sebagai contoh , orang semua dah pakai BMW , takkan lah Usop Wilcha tu nak sorong wilcha dia lagi kan . mesti dia pun tukar amek POLO ke apa , tak pun bawak lori balak , boleh letak wilcha atas tu . hahaha . aku kadang kadang terfikir gak , macam mana nak ubah mindset kita , sebab mindset ni macam custom jugak , semua orang duk pegang benda tu , kalau nak ubah , means kena ubah semua orang which i must say NOT POSSIBLE AT ALL . 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...