selain dari aku , sape lagi rasa wondepets punya lagu wajib tu annoying ? ala lagu sebelum dia pergi selamat kan binatang tu . tak tahu ? korang ni takde tv ke ape kat rumah ? ke tak tau tv tu apa . sabor je la . kan before dia pergi selamatkan binatang , binatang tu akan call mintak tolong , tak logik langsung , then before dia pergi angkat call , diorang akan nyanyi " telefon , telefon berbunyi .. telefon kami datang " .. sampai ingat aku lirik dia . ntah ape lah . dah kata dalam kesusahan kan , sempat lagi tu duk menyanyi , menari bagai . nasib baik aku dah besar . kalau aku kecik lagi , dah lama dah aku hantar surat dekat tv9 suruh tukar cerita yang intelek sikit .
aku ada masalah dengan telefon bimbit . aku rasa telefon bimbit ni kadang kadang annoying . siapa setuju ? phone aku jarang berbunyi . haha . nak jugak bagitau . setiap kali berbunyi , ada lah tu benda penting kan . masalah nye , phone aku ni selalu berbunyi time aku tak mintak dia bebunyi . macam bangang je statement aku ni . takkan lah orang nak mesej , nak call ke kena ikut jadual aku kan, tau lah pulak diorang apa aku tengah buat . but then again , still aku rasa annoying . yang paling bengang kan , bila aku duduk jauh dari telefon tu . contoh , aku duk kat luar bilik , telefon duduk dalam bilik . macam jauh sangat je bilik tu , tapi masih aku rasa bengang . aku dah siap siap landing atas tilam , selimut bagai , siap baca doa tidur dah pun , telefon ringing . kalau sekali takpe , ni tak berenti renti . sampai 10 misscall . kalau penting okay la boleh di maafkan . ni tak , just nak tanya aku tengah buat apa , rindu dengan aku . aiyooo . lek ah . rindu pun sabar lah kan . haha .
bukan tu je , kalau aku duk asyik tengok cerita dekat laptop. aku tengah feeling feeling ni , tengok serena gaduh dengan dan , eh senang senang dia call . aku ni 5 saat lagi air mata nak keluar , terus tak jadi sebab phone berbunyi . sebab tu kadang kadang , even phone duk depan mata aku ni , berbunyi time tak kena waktu , aku klik je SILENT . biarkan telefon tu bergetar sampai habis bateri . haha memang kurang aja pun . tapi peduli lah pulak aku . telefon aku beli duit sendiri kot . haha
lagi rimas , bila aku angkat dalam keadaan marah , sebab bunyi yang tak berenti , pemanggil tu boleh marah aku balik . dia kata " baik takyah ada hp kalau malas nak angkat " .. aku ni penyabar orang nye .. diam je .. kalau ikut nafus syaitan bermata satu ni nak je aku jerit balik " kalau aku takde telefon, takleh la pulak kau nak cakap dengan aku kan sekarang ni . lagipun bukan kau yang belikan phone ni untuk aku sampai aku nak kena jawab bila kau call , yang penting telinga aku ni bukan diberi tuhan untuk dengar suara kau je . cheh poorah "
yang aku rasa paling ngok adalah bila waktu solat jumaat . tengah tengah solat , hp orang orang sebelah berbunyi . satu salah dia lah kan tak silent . masalah nya yang pemanggil tu ngok sangat kenapa . dah kata orang lelaki tengah solat jumaat , pergi call tu kenapa . bukan sekali , sampai 10 mins tak berenti bunyik . tak reti bahasa betul . mungkin tempat dia takde semayang jumaat kot sampai jadi bebal macam tu . gila . sampai tak khusyuk aku solat nak dengar ringtone dia . dahlah lagu best . haha . lagu favret kot . memang lah distracted . haish .
5 comments:
hello..haha ckp psl phone,1 thing yg sy plg tak suke is bila saat2 genting,urgent sgt2 dah ni,sy call org tu boleh pulak dia tak angkat.....ish mmg stress gila rase mcm nak baling je phone tu hahaha!lg2 yg tak angkat tu jenis yg 24hours dgn phone (if u know what i mean..) heheh world peace! ;)
tang solat tu stuju gler...
haha..mmg sakit ati kalo phone bunyi x kena tmpat dan masa.
sabo2 incik. tp part tyme smyg jumaat tu den setuju sgt2..patut tepon letak kat umah je.
haaaha..paling bengang yg pasal solat jumaat tula.heee
Post a Comment