NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, May 17, 2011

PHD

SELAMAT PAGI .. pagi ni rasa tak sedap badan .. bangun tido je rasa berat nak mati .. memang lah badan aku berat dah .. itu fakta .. tapi hari ni rasa macam ada batu atas badan ni .. nak pusing kiri kanan pun susah .. oh lupa aku nak cerita .. dua hari lepas kan , aku kena tindih .. korang faham tak masuk kena tindih ni ?? aku nak explain pun tak reti .. tapi bila kena tindih ni kan , biasa dalam tidur , tiba tiba kita takleh nak gerak , nak baca apa apa pun tak boleh , benda tu duk tindih kita .. benda tu aku refer kepada makhluk yang tak nampak di mata namun wujud .. kes aku ni aku just nampak benda hitam peluk aku .. aku tidur dekat ruang tamu .. aku nampak akak dan mami aku tengah berbual bual .. tapi aku takleh nak buat apa .. nak mintak tolong pun tak boleh .. biasa kalau kena macam ni , kita kena kuatkan diri , lawan .. lama lama kita boleh lepas .. serious , cuba paksa diri recite ayat suci al Quran tu ..

lately , terlampau banyak cerita pasal Phd .. ni bukan Phd yang bagi pangkat dR eh .. ni Phd = perasaan hasad dengki .. kita ni manusia yang lemah , tak sempurna .. tak lari dari rasa macam ni .. tapi kita juga manusia yang dicipta dengan otak dan akal yang boleh berfikir , kena kawal diri ni .. jangan biar perasaan hasad dengki ni menguasai diri .. pernah dengar pepatah " ikuat hati mati " .. ini lah . bila terlampau phd , pergi khianat orang tu pulak .. apa ni ?? tak de kerja .. kalau semua orang dekat dunia ni , tak boleh tengok orang duduk senang , semua takleh kawal Phd . memang kucar kacir lah dunia nie .. ada satu cerita , dari seorang kawan .. family dia kena buat orang .. orang ada hantar something .. sebab jeles tengok kebahagian keluarga tu .. tak pasal .. dah kau tak bahagia , bukan nak ubah benda tu .. bukan nak usaha .. tapi ambil jalan mudah .. puja syaitan .. jumpa bomoh bagai .. 

kalau bisnes pun macam tu jugak .. nak nak kalau restoren .. kalau restoren ni laku sikit , pergi letak abu mayat dekat kedai dia .. sampai lingkup bisnes dia .. teruk gila .. buat apa bahagia dekat dunia saje , dekat akhirat nanti , merana .. terseksa .. tak nampak ke benda ni semua .. yang pelik lagi , dah lah solat tak tinggal , pakai tudung labuh bagai , siap ajar agama lagi , namun still amalkan benda macam ni .. hantar benda dekat orang sana sini .. tak suka tengok orang hidup senang .. macam mana nak simpulkan benda ni ?? kalau ikut , dia dah ikut jalan kebenaran tu , solat semua , hmm aku tak tau .. mungkin solat dia tak sempurna la kot .. ada silap sana sini .. atau pun dia tak ikhlas .. aku pun tatau .. 

tapi kalau perasan orang yang main benda macam ni , biasa orang orang kampung je .. aku kadang kadang fikir gak .. kenapa Mydin tak pergi bomoh kan Jaya Jusco ke , Midvalley ke , bagi bankrupt .. biar Mydin je tinggal dekat Malaysia ni . ehehe .. lepas tu kenapa takde orang guna khidmat bomoh pergi santau Bush tu ke ... or kuasa bomoh ni limit dalama Malaysia je ?? keluar malaysia , kena pakai IDD Call ? Roaming ? heh , ntah apa apa .. tapi itulah .. bahaya kalau tak dapat kawal Phd ni .. aku sendiri , kadang kadang tersasar jugak . sebab tak mampu kawal Phd ni .. eh tapi aku takde lah pergi main bomoh ni bagai .. aku waras lagi ..  

10 comments:

ZWAN SABRI said...

aku x penah kena tindih lagi ngan makhluk2 tu dan diharap sangatla x ditindih langsung slamanya.. HUHU..
btw, biasala, melayu mmg kaya dengan PHD.. huhu

MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?

syira said...

Syira pernah juga kena tindih2 ni suatu ketika dulu. memang kita sedar tapi takleh gerak. mula2 kena takut juga nak buka mata. kali ke2, ke3, nak buka mata (konon berani), tapi mata pun tak dapat buka. :')

::Mastura Zakaria:: said...

tak guna ada PHD ni bila rosakkan hidup orang, hidup kat dunia ni untuk buat amal, bukan untuk cari bala...

keynah said...

Memang tk suka orang yang penuh dengan PHD nie....tk boleh tgk orang lain senang skit mula la nk menggelabah, mula la nk busybody, mula la nk jampi serapah, mula la nk tebar fitnah..dan sebagainyalah..

Khairil said...

harap2 diri aku tak 'graduate' dengan PHD tu...amin...

diana said...

hehhe..
nak tau kenapa tak bomohkan jusco ke,tesco ke..
??
sebab ilmu2 gitu tak jalan untuk orang2 kapir..syaitan tak nak!
selalunye orang kampung ke orang pekan ke ada je yang main2 bomoh ni..
isteri2 ahli politik pun ada yang main bomoh..
tak semestinya orang yang taraf hidup rendah saja yang main bomoh..:)

not irene said...

dengarnya ilmu bomoh tu tak boleh over the river...

Melur Jelita said...

salam kenal, tak tahu nak komen kerana tidak ada ilmu mengenainya

Melur Jelita said...

salam kenal, tak tahu nak komen kerana tidak ada ilmu mengenainya

Miecyber said...

Orang Melayu kuat PHD.

THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...