NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, June 2, 2011

MELAYU SUCKS !

Salam . sihat semua ? semalam tak dapat nak update blog . tak sempat . busy gila . pagi pergi terengganu , petang pergi kenduri , malam memang tak larat . letih gila . tidur je . sangat letih sebab a day before aku tidur around 4 pagi . then pukul7 dah bangun pergi terengganu . ada hal sikit . aku teman abah aku lah macam biasa . boleh kata aku dah jadi P.A tetap dia . yela aku sulung lelaki , nak tak nak kena juga pergi . adik aku baru darjah 6 . kecik lagi nak suruh dia ganti tempat aku pun . banyak gila benda terjadi baru baru ni . dengan santau menyantau . dengan sijil spm je dengan rasminya hilang . apa apa lah .

tak perlu nak sentap dengan tajuk entri aku . tak perlu nak maki hamun aku . yes , aku pun melayu and i am proud to be one . tapi kadang kadang aku sendiri rasa malu . ok meh sini aku cerita . bila dah selalu ikut abah aku kan , aku secara tak langsung bergaul dengan orang india dan juga cina . melayu pun ada lah dua tiga kerat . but mostly india lah . kalau kita perasan kan orang melayu sekarang ni , makin hari makin teruk . tengok je lah semalam , ape dah jadi dengan adindaevans tu kan . tak pasal famous dia dalam satu hari . yes , she was unlucky sebab orang baca blog dia . tapi ye la confession yang dia buat a lil bit too much jugak . so shame on her lah . tapi kita tak perlu lah kot jadi tok hakim nak hukum dia lak . enough lak kot dengan public humiliation tu . 

dalam satu public auction , ramai bidders datang kan . india , melayu , cina ada . so generally semua orang datang sebab nak benda yang sama . for example kalau ada lelong kereta , semua yang datang tu  , berminat nak bid kereta tu . so the concept here mudah , semua bidders berpakat , time auction tu tak yah angkat lah tinggi . for example lagi , kalau dia lelong kereta waja dengan harga bermula dekat rm4000 . so biar sorang je angkat . so bila dah berjaya , semua yang berminat , boleh datang buat second bid dekat luar . so bila dapat untung , for example bila bid tu , harga jadi rm8000 . so untung rm4000 kan . rm4000 tu dibahagikan sama rata kepada semua bidders . faham tak ? daripada kita bid dalam auction tu , duit dapat kat sape ? dapat dekat orang yang lelong lah . kalau kita buat macam yang aku cerita , sapa dapat untung ? semua bidders dapat kan . so mana untung ? cara yang aku cakap lah kan . so sekarang dapat idea dah ?

now , kita move kepada cerita aku . yang terjadi dalam bulan lepas . semua bidders dah bersetuju nak pakat , so tak bid tinggi dalam public auction tu . kita buat second bid dekat luar , antara kita je . so untung lebih sikit . bidders terdiri dari cina , melayu dan india . so bermula lah public auction . first , kereta . india bid . melayu A ni lawan . india bid lagi , terus melayu A ni angkat harga tinggi . dia angkat rm1000 terus . orang macam rasa " pehal lak melayu ni . kata nak pakat . asal angkat tinggi " . teruskan dengan item yang seterusnya , melayu A ni buat hal . dia buat benda sama . so most of the items yang best best dia amek . orang marah lah . sebab orang memang sengaja tak lawan , tak bid , sebab dah pakat nak buat second bid kat luar . bila dah habis auction , semua pergi tanya dia kenapa buat macam tu . dia kata nak bagi nampak real sikit . so dia kata nanti kita buat second auction . 

semua bidders dah berkumpul . kecuali dia . dekat setengah jam jugak . bila call , dia kata kejap . so bidders ni tunggu lagi . alih alih dah lebih sejam , bila call dia . dia dah off phone . dia LARI . kurang aja punya melayu A . melayu A ni sorang je lah . dia tipu semua bidders yang lain . so dia untung lah dapat amik barang lelongan dengan murah . bidders lain tak dapat apa . kena tipu dengan dia . bidders yang lain , geng geng india dan cina , maki hamun dia . tapi takde lah sebut nama. tapi refer dia sebagai melayu . contoh " bodoh itu melayu . kurang aja kasi tipu sama kita. melayu bodoh " . fine lah kalau dia nak tipu kaum india dan cina . tapi ni kaum melayu sekali dia tipu .

perbuatan dia memang kurang aja . lari macam tu je . dasar pengecut . sebelum sebelum ni takde masalah . orang india , orang cina diorang pegang pada janji . tak kesah dengan kaum mana pun dia berjanji . tapi orang melayu ? pentingkan diri sendiri . berlagak pandai . berlagak bagus . tak semua melayu teruk . tapi ada yang macam ni . segelintir . orang kata sebab nila setitik , habis rosak susu sebelanga . kalau baca paper hari ni , macam macam kan terjadi dekat kaum kita, melayu . dah makin rosak , punah . corruption , video seks , rempit , rogol mostly melayu . apa je yang melayu tak buat . 

kerajaan sibuk sibuk buat plan nak tolong orang kita , tapi kita tak ambil peluang . bila ada masalah , salahkan kerajaan . adoi . aku pun tak tau nak kata apa . sama jugak dengan uitm . universiti bumiputera ni . dapat masuk uitm , tak manfaatkan peluang . pergi buat masalah , lepas tu kena buang . macam mana ni ? baru tahun 2011 dah macam ni . 2020 ? ntah tercapai ke tidak wawasan 2020 tu . maaf teremosi . rasa geram . ni aku peringatkan diri aku jugak . dan semua yang lain yang baca blog aku . renung renung kan dan selamat beramal .

5 comments:

^ai-mie : 아이-미^ said...

agreed... mcm2 da boleh nmpak skang ni... :(

Elixindora said...

alhamdulillah,..walaupun ramai yang t*ruk gitu,..ramai jugak melayu yang sedar diri...awk doakanlah mereka2 tu supaya insaf,.. :)

p/s : tak salah bengang,..kdg2 dorang mmg h*mpeh pun,..hik3

Badrina Ibtisam said...

Hmm betul-2! Macam-2 bnda yg brlaku skrg ni

EZAN IDMA said...

marahnye die

super-1 said...

tu la...bile jadi benda2 mcm ni, istilah 'melayu' yang digunakan instead of orang tu sendiri. hish, memalukan betul.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...