NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, July 17, 2011

AKU BUKAN PEMALAS

Hi , entri ni khas untuk semua kawan kawan yang selalu cakap aku ni pemalas sebab tak kerja di mana mana . entri panjang rabak okay . sorry aku memang fail bab nak short kan cerita cerita aku . sebenarnya , bila aku kata aku tak kerja , bukan bermakna aku duduk atas katil goyang kaki jer . itu silap . silap besar . dan yang kata aku pemalas , itu tuduhan yang tidak berasas . kalau lah diorang tahu kehidupan sebenar aku . chewah , begitu . kata kata seorang Datuk kan , haruslah drama sikit . oleh itu , meh aku explain apa yang aku buat sebenarnya okay . 

Hari hari , aku bangun pagi pukul6am . mak aku kejut 5.30am . mungkin diorang akan cakap “ eleh harus lah bangun pagi , dah kata subuh time tu “ . yang cakap cenggitu kat aku tu , belum tentu lagi dia bangun solat subuh kan . aku , selain dari solat subuh , aku kena bergerak mengambil kuih di rumah Kak Liza . selepas itu , menghantar kuih di kedai Mek , kedai Pok Roni , dan kedai Ang . 3 kedai sekaligus . setelah itu , balik rumah . ambil mami aku untuk dihantar ke gerai jualan kami dan kedai Mezoh . then , balik rumah , ambil adik adik pergi hantar ke sekolah . selesai sesi pertama . 

Pukul9am aku kena bersiap pulak , pergi amik mami aku yang telah habis menjual . pukul1045am , pergi kutip collection jualan di tiga kedai yang aku hantar pagi tadi . seterusnya , aku pergi ke Pasar untuk membeli ikan dan sebagainya . pukul1230pm , pergi ke Tadika Yayasan mengambil adik di sekolah . pukul1.30pm , pergi mengambil dua orang adik yang lain di sekolah kebangsaan . sejurus selepas itu , bergegas ke kedai Mezoh untuk kutip jualan hari tersebut . pukul2.30pm , pergi lagi di sekolah yang sama untuk mengambil adik yang darjah 6 . selepas itu , LUNCH . then around 3pm , pergi menghantar kuih makan petang di kedai Yuzi dan pergi ke pasaraya You Hoe untuk membeli barang barang seperti sosej , pulut dan sebagainya untuk jualan esok hari . 

Selepas itu , ke kedai awang membeli lagi barang barang untuk jualan esok sebab ada sesetengah barang tidak ada di pasaraya tersebut . pukul5pm , pergi mengambil seorang lagi adik di sekolah . lepas magrib , pergi pulak menghantar mami pulang ke rumahnya. Mami ni mak aku yang kedua , rumah dia kat tempat lain . tak duduk serumah lah . kerja aku bukan habis di situ , pukul1030pm , bergegas pula mengambil kuih makan petang di Kedai Yuzi . baru lah kerja aku settle . see ? aku tak duduk goyang kaki . cuba tengok masa aku dengan diri aku bermula dari pukul11pm . kadang kadang dapat lah upah rm10 sehari . kadang kadang tak dapat . macam itu lah tugas aku seharian . aku ni lebih kepada sukarelawan , bukan sebagai pekerja . tapi aku bukan suka dan rela pun sebenarnya tapi dek kerana aku anak yang bagus . itulah cerita nya . sekian terima kasih . nak tengok Sekali Lagi .


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...