NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, July 17, 2011

KENYATAAN BALAS UNTUK ZIANA ZAIN #1

Jehan diminta mengulas tentang kenyataan penyanyi popular Ziana Zain dalam mStar Online pada 8 Julai lalu yang menganggap persatuan-persatuan artis di Malaysia hanyalah buang masa.
Dalam kenyataan itu Ziana juga berkata artis boleh bersatu tanpa menyertai pelbagai persatuan yang lebih dilihat hanya mempunyai kepentingan peribadi.
Jehan yang juga Ketua Biro Perundangan, Pemantauan dan Aduan persatuan itu berkata, sebagai generasi muda yang aktif dalam persatuan, dia menganggap aktiviti tersebut bukan sesuatu yang buang masa malah lebih mengeratkan silaturahim.
"Kita tidak boleh mengatakan dia (Ziana) salah kerana itu adalah pendapat dia tapi bagi saya penubuhan sesebuah persatuan mampu mengeratkan hubungan sesama artis melalui aktiviti yang dianjurkan.
"Pernah kami pergi ke rumah seorang artis veteran untuk memberi sebuah kerusi roda sahaja tetapi dia sangat menghargai sumbangan tersebut sehinggakan kami semua mengalirkan air mata," ujarnya yang sudah menjadi ahli Seniman sejak mula membabitkan diri dalam industri seni tanah air. - Mstar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...