Satu pertandingan sukan acara keras kepala dipertandingkan. Cara pertandingan ialah seseorang itu perlu terjun dari bangunan tinggi dan kepala didahulukan jatuh ke tanah, tanpa apa apa kecederaan. Pertandingan ini dilakukan di bangunan KLCC. Peserta pertama dari Thailand, naik ke tingkat satu dan terjun. Gedegam! Kepalanya menghentam tanah. Dia bangun tanpa apa apa kecederaan.
Peserta kedua pula dari Filipina naik ke tingkat dua dan terus terjun. Zoooooom! Bang! Dia bangun dan menggosokkan kepalanya. Penonton bertepuk tangan. Peserta ketiga pula adalah dari SIngapura berlari ke tingkat tiga dan terus terjun ala ala somersault dan terus ke bawah dengan pantas. Beliau dengan pantas bangun dan mencuci kotoran di kepalanya.
Tiba pula giliran peserta dari Malaysia yang harus terjun dari tingkat lima. Dengan selamba dia berjalan perlahan menuju ke tingkat lima. Sampai di tepi peserta ini berdiri sahaja. Pengadil dan penonton menjeri-jerit suruh dia terjun. Dia geleng kepala je sebab taknak terjun. Jurulatih sampai tepuk dahi , menjerit jerit macam orang mati anak jer. Tapi dia buat bodoh jer. Semua orang macam pelik. Masa dah habis . pengadil berkumpul. Dan kemenangan berpihak kepada Malaysia sebab dia yang paling KERAS KEPALA
p/s : aku ambil ni dari Mastika . kalau aku jadi peserta dari Negara lain , aku akan pertikai keputusan pengadil . mana adil ! confirm confirm peserta Malaysia disqualified sebab tak ikut syarat pertandingan . giler !
1 comment:
kah3 lawak giler. maksud tersirat:
adakah orang Malaysia sume degil2???
Post a Comment