Bila menjadi peniaga di bazar , macam macam pelanggan kita dapat . dari kecik , sampai lah yang besar . yang cerewet dengan yang tak kesah . tapi kadang kadang yang besar ni lagi cerewet dari yang kecik . susah jugak nak melayan kerenah sorang sorang . since ini lah sumber rezeki , kena tahan laa . kena ikhlas layan pelanggan ni . dua hari lepas , aku didatangi seorang budak kecik umur ala ala 6 tahun kot . datang nak beli kuih . sebenarnya jarang budak kecik datang sebab dalam uitm , mostly students yang datang beli kuih .
dia datang bawak duit rm1 nak beli Kuih tako .
kebetulan dekat gerai kami tak jual satu satu , jual satu paket 4 ketul kuih tako rm1.20 . sila rujuk gambar di atas untuk lebih jelas . gambar pertama , kuih tako . gambar kedua packaging kuih tersebut . jadi aku cakap dekat dia , yang ni rm1.20 dik . nak ke ? time tu pelanggan tengah ramai , so aku takleh ah nak jual murah dekat budak ni . kebetulan tokey ada kat situ . nanti kantoi dengan tokey memandai jual murah .
since dia taknak , aku offer kuih di atas ni iaitu tepung pelita . budak ni banyak tanya lak .
" bukan same jer ke kuih ni ? "
" lain dik , yang ni tepung pelita . lapisan bawah dia air gula . yang ni kuih tako . lapisan bawah dia warna hijau pandan "
ni memang skrip jawapan sebab semua orang akan datang tanya apa beza . tepung pelita dijual 50sen satu ketul sebab dia besar . setiap orang datang tanya beza . so itu laa jawapan nya . aku dah macam robot bila orang tanya soalan tu sebab jawapan dia sama jer hari hari , tak berbeza . tu belum lagi orang tanya apa beza roti jala kuah manis dengan roti jala berlauk . berbalik kepada cerita , budak tu beli tepung pelita . lama tu , datang lagi . kali ni dia bawak geng . dalam umur lebih kurang dia . tapi nampak gangster .
kali ni dia bagi aku rm2 .
" nak kuih apa ni dik ? "
" nak kuih ni ( sambil tunjuk dekat kuih tako "
so aku ambil plastik , masukkan kuih tako dalam plastik .
" bang , letak lah dalam plastik asing . satu untuk saya . satu untuk kawan saya "
" tapi duit tak cukup ni dik . satu rm1.20 . tak cukup lagi 40sen "
" saya tau bang . saya bukan nak semua . abang ambil tiga ketul letak dalam plastik saya , yang lebih satu tu , abang jual la . lepas tu abang bukak lagi satu paket , ambil tiga ketul letak dalam plastik kawan saya , so yang lebih tu abang jual jugak , kan senang "
" tak boleh dik , sebab memang harga dia macam ni . dia memang jual satu paket . tak boleh nak main bukak bukak "
" apa pulak bang . saya nak beli 3 jer "
" takpe2 , abang bagi satu paket kuih tako . then abang bagi satu tepung pelita . amacam ? so ni lebih 20sen , adik pergi beli ice cream pop "
haa selamat aku . lama jugak duk berdebat dengan budak ni . kebetulan ramai awek depan aku . so aku layan baik laa . nampak macam cool jer kan . kalau takde orang , lame dah aku tenyeh hidung budak ni . so nak tunjuk baik lagi , aku tegur kawan budak tu yang aku cakap gangster tu .
" haaa adik ni tak puasa ker ? "
agak agak apa adik tu jawab ? " letih laa bang , tak puasa hari ni " or " saya kecik lagi , mana boleh puasa " .. actually dua dua bukan jawapan dia .. jawapan budak ni adalah :
" woi budok ( budak ) , aku nok beli ngecung ( mercun ) natang "
budak tu sound aku weiiii . siap panggil aku budak . malu gak aku sebenarnya . kena sound dengan budak kecik . walaupun jawapan dia bagi tak berkaitan dengan soalan aku . still , aku rasa malu sikit sikit . letih aku buat baik dan peramah . tapi dalam hati ni ada jugak rasa nak bagi penampar free dekat budak tu . kuang aja . haha .
12 comments:
Yg sebenar-benarnya, lawak gile peristiwa kuih tako pelita nie..
=D
1st time dgr nama kuih tako.. XD
ceh..control kacak la tu sbb aweks ramai..hahah XD
hahaha... kuang ajaq punye budax..hahaha... atoyy..sabo je laa.. :)
btw,nice entry... :cool:
ish3 demand pulak bdak kecik nih..hehe
*nak kad raye free x??
jemputla ke blog cik ana..hehe
wakakak.. lawok lak budak tu.. :)
tengok makanan di siang hari..buat aku terliur..
ish3 budak ni..lawak la!
haha..nk cover sbb ada jejaki r tuh..haaha..kalo bulan baling je batu bata bawah meja tu kat bebudak tu..hahahaha
budak xcukup ilmu mmg gitu.. :)
haha..tak expect pon budak tu akan jawab gitu..sumpah kelakar =p
lor....ingt kan marah kat einz,,,,kot ye pun nak minta einz drg baca entri jgn le wt terkejot cmtu....
isk....neway thanks so skunk da tau beza kuih tako n kuih tpg pelita~
hahaha... macam2 ragam. kesian awak.
wah, tak jangka betui la jawapan dia,,huhu,,,,agak terkurang ajar ye,,huhu
btw,kuih tako is may feverettttttttttttttttt.huhu
Post a Comment