NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, January 29, 2012

PEREMPUAN LEMAH : FAKTA ATAU MITOS

Assalamualaikum .. 


Bagi aku , benda ni bukan mitos . tapi fakta . jap jap jap . sebelum nak geleng kepala , sebelum asah pisau , asah parang , sebelum bukak mulut nak defend , dengar dulu . oh tak boleh dengar sebab ni bukan suara recording . okay tukar , baca dulu sampai habis . ini lah perempuan . lemah untuk berfikir secara rational . terus nak maki . terus nak tunjuk kuat . belum apa apa lagi . sebagai contoh . haa tengok . terus mulut muncung kedepan . apa apa pun , ini pendapat peribadi berdasarkan experience dan observation aku . korang mungkin melalui benda yang tak sama dengan aku . i respect your views . aku tak mintak korang bersetuju dengan aku , cuma kalau boleh respect . orait ? 


1) Bad Driver 

Common kan ? Pergi lah ceruk mana pun , orang akan kata macam ni . biasa , kalau naik kereta dengan ayah aku , bila dekat simpang atau mana mana susur keluar , dan kami duduk di belakang , dekat depan ada kereta lain , bila kereta depan lambat je gerak , slow , takut takut , abah aku akan cakap " mesti driver perempuan . slow " . dan most of time , abah aku betul . terbukti bila kami potong diorang . mula-mula dulu , time aku takde lesen , aku selalu kata abah aku ni prejudice , bias , typical , sceptical . tapi sekarang bila dah bawa kereta sendiri , aku pun jadi macam abah aku . dan aku rasa aku faham apa yang abah aku rasa . memang rasa annoying , nak nak kalau kita ni memang rushing . aku pasti , female readers dah kumat kamit mulut bagi defends tu . " kami berhati hati " , " kami bukan slow , kami prihatin " , " kami tak gelojoh " , " biar lambat asal selamat " . Zzzz . amboi amboi amboi . bagi aku , berhati - hati boleh . jangan terlampau sampai menyusahkan driver lain , pengguna yang lain . takkan nak tunggu jalan betul betul kosong , baru nak bergerak . takkan nak tunggu kereta jarak 10km baru nak tekan minyak . kalau kawan ada lampu isyarat , okay lagi lah . kalau takde , sampai esok pagi lah tunggu baru boleh bergerak . 


2) Emosi yang melampaui batas  

Emosi bukan sahaja dalam perhubungan cinta mahupun rumahtangga , tetapi dalam persahabatan juga . lelaki bukan tak sensitif sebenarnya , kami sensitif . cumanya , kadang kadang bila berdepan dengan perempuan yang jenis PMS 356days a year ni susah jugak . marah sebab benda kecik . merajuk sebab benda remeh . menangis tak setimpal dengan masalah yang ada . sebagai contoh , pergi kafe , ayam habis . menangis . boleh ? makanlah lauk lain . lauk lain tak sedap ? makan benda lain . taknak ? so biarlah perut lapar . taknak jugak ? dah tu menangis kenyang perut ? perut tak kenyang , tapi hati puas . erkk ye ke puas ? marah bila orang kata nampak berisi . oh come on . kalau itu fakta , nak marah buat apa . oh perempuan ni sensitif pasal bentuk badan , berat badan . kalau sensitif jangan bergaul dengan orang . begitu juga bila ada salah faham . taknak dengar dah orang explain . ikut kepala angin dia je lah . dah kata salah faham , mesti lah ada mistake kat mana mana . dan sudah tentu perlukan penjelasan . ini tak . tak dengar dah orang kata . kita je betul . kita je hebat . hmmm susah . ni golongan yang bodoh tak boleh diajar . bila marah , mula lah keluar benda benda yang tak sepatutnya. mintak cerai lah , mintak clash lah , putus sahabat lah . lepas tu bila dah cool down , taknak pulak mintak maaf , ego tinggi . hmmm careful , terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata makan diri . 


3) Insensitive 

Bukan lelaki je yang tak sensitif . perempuan pun ada . ramai in fact . lebih kepada tidak sensitif kepada persekitaran . contoh cakap siang tak jeling tepi , cakap malam tak pandang belakang . ni golongan mulut lepas . cakap pakat ikut sedap je . jenis mulut banjir . tak berenti cakap ni . kalau benda elok takpe , ini tidak . cerita itu cerita ini . lepas tu , buat conclusion sendiri . JUDGMENTAL . then , dari satu mulut ke mulut yang lain . dan pelbagai conclusion di buat . sehingga cerita 5 mins , conclusion nya A . bertukar jadi cerita 10jam , conclusion nya ABCDE . bukan tu je , timbang rasa tu pun kurang . contoh macam petang tadi . aku pergi kenduri . tempat makan kecik . orang terlampau ramai . mereka ni duduk makan , control ayu , dah lah makan kunyah 40 kali . yer sunah nabi . tapi ramai ni orang . siap makan , minum air pulak . bukan nya minum sikit sikit , ni jenis hirup ni . lepas tu , makan buah pulak . kalau buah pisang ok lah , sebatang sorang . ni buah duku , buah langsat . jenuh duk tunggu nya . dah lah hujan . macam tu jugak kalau dekat shopping mall . dah tahu ramai orang , sampai block orang nak lalu lalang . eh mereka tak bagi peluang . yela , kalau bergerak sikit , orang masuk line , habis pulak baju kurung offer 3 pasang rm15 . biar orang tak leh lalu , asal aku dapat baju cantik 100 pasang . susah lah macam ni . 


4) Superwoman


bagi aku banyak kemusykilan dekat sini . mereka kata mereka kuat . apa yang lelaki boleh buat , diorang pun boleh buat . tapi dorang lupa , ada benda yang mereka tak boleh buat walaupun mereka kuat tahap godzilla . feminism sungguh . dia sebenarnya macam ni , bagi aku , memang lelaki dan perempuan sepatutnya equal . equal dari segi social . maksud social kat sini , macam peluang kerja , benefits dan sebagainya . tapi ada benda yang tak boleh jadi equal dalam apa jua keadaan sekali pun . benda ni kenyataan , kena terima . disebabkan tak boleh terima kenyataan ni lah , wujud golongan golongan yang nak kata lelaki , ada boobs , nak kata perempuan , keras tak mengendur . haa macam mana tu . dunia sekarang begitu lah . makin hari , makin membiak golongan She-Male ni . bahaya sungguh . 


Woah , luar biasa !! 

Konklusinya , pada pendapat aku , perempuan itu lemah adalah fakta . lemah bukan maknanya kalah atau mudah ditindas . lemah di sini maksud dia semua benda ada had nya , semampu mana pun perempuan nak buat sesuatu , sampai suatu tahap , mereka tak mampu . lemah kat sini , bukan negatif sangat maksud nya . tapi lebih kepada , perlambangan . perkataan yang sinonim dengan perempuan . tak perlu nak argue sangat benda ni . benda kecil . sama juga bila orang kata Lelaki Mata Keranjang atau Lelaki Tak Sensitif . lelaki pun ada kelemahan nya . cuma perlambangan Lelaki Lemah tidak sinonim dan common . janggal benor bunyinya . apa apa pun , ini lah kitaran hidup . lelaki perlukan perempuan , perempuan perlukan lelaki , barulah kehidupan itu sempurna dan normal . diulang sekali lagi , ini adalah pendapat peribadi . 



5 comments:

Seneorita Baharin said...

hahha...nice entry..agreed with ur statement that " lelaki perlukan perempuan , perempuan perlukan lelaki , barulah kehidupan itu sempurna dan normal"... :)
follow u..

ZWAN SABRI said...

HAHA.. Marah kalau pompuan baca entry nii.. HAHA

cx's said...

pndgn peribadi? :) dats good but like u said. kitaran kehidupan. both needs each other to complete a life :)

Yatie Musa said...

haha. saya perempuan, saya ok.

memang semua fakta tu betul. yeah, tapi tak semua la mcam tu. sesetengah je la kan. =P

iliesbublies said...

maafla,,saya macam kureng stuju pe awak cakap,,cara awak punya pendapat macam SEMUA perempuan lemah,and bla bla bla,,laki pompuan ada pro and contra,ada gak laki yang ala ala nyah lembutnya,,daripada entry awak macam awak nak kutuk semua pompuan..ada bad xperience ke dgn pompuan?haha,,maap kalau terasa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...