NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, January 21, 2012

PERJUANGAN PERTAMA HAMPIR SELESAI



Assalamualaikum .. 

Pertamanya , aku nak cakap aku dah habis final exam tahun terakhir sem terakhir, syukur Alhamdulillah . tapi selagi result exam tak keluar , selagi tu aku tak boleh kata yang aku adalah bakal degree holder . macam macam boleh berlaku . aku tak cakap lah aku mintak benda buruk berlaku , cuma aku tak deny benda tu mungkin , tapi aku mengharapkan yang baik baik sahaja . jadi , esok malam , aku bakal pulang ke kampung halaman . lepak lepak , sampai minggu ketiga , result akan keluar . so nanti kita akan tengok macam mana . 

Puas hati ? memang tak lah . sem ni bagi aku paling mencabar dan sangat sangat merisaukan . mungkin tekanan semester akhir . mungkin juga sebab soalan memang susah . bermula dengan paper International Law . permulaan yang tidak berapa baik bagi aku . aku boleh anggap itu satu kegagalan di pihak aku . ada perbezaan antara kau tak tahu dan kau tak boleh jawab dengan kau tahu tapi kau tak sempat jawab . aku jatuh dalam kategori kedua . aku tahu tapi aku tak sempat jawab sebab aku tak tau kenapa . maybe aku terlalu relaks dalam menjawab , aku bajet tangan aku menulis seperti larian atlet dari Nigeria . 

keluar dari dewan exam , hanya tuhan yang tahu . bagaimana hancur nya hati aku . bagaimana terkilan nya aku dengan diri sendiri . terus terusan mempertikaikan kebodohan diri . sampai satu tahap aku mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah s.w.t . Allah itu maha adil dan bijaksana . dia bagi aku cabaran , dia bagi aku kesedihan , tapi dia masih sayang kan aku . dia bagi aku kesabaran , dia bagi aku kesedaran , dia bagi aku kawan kawan yang supportive yang terus terusan menyokong dan menasihati supaya aku tidak off track . syukur , aku redha akhirnya . tapi dalam proses nak redha tu , sangat sangat sangat sangat sakit . sakit yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata kata . tak dapat aku huraikan dengan air mata . tak dapat aku jelaskan dengan riak wajah . 

dari paper pertama nak pergi ke paper kedua , gap 4 hari . aku masih lagi down dengan first paper . amat sukar aku nak kawal diri . benci dan muak tengok buku . rasa sia sia . belajar pun takde guna . tapi paksa juga diri . terus terusan ingatkan diri supaya study , jangan sampai paper kedua juga ada perasaan kecewa . di pendekkan cerita , sampai lah paper terakhir tadi , walaupun ada sikit kekecewaan , namun tak pe lah . semua dah jadi dah . tapi mengharapkan keputusan nanti setimpal dengan usaha . Amin . 



teman belajar sampai 2 - 3 pagi 



penyejuk hati yang luka
=) 


2 comments:

Anonymous said...

nak skit tutti fruti

Al Meister Ex a.k.a MASTERX a.k.a Amin Abjad said...

yes bro, tutti frut memang penyejuk hati yg luka..hehe..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...