NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, September 21, 2012

22


Assalamualaikum

Salam Hari Jumaat ..

Minggu ni dah masuk minggu kedua semester baru .. dan ni kira semester terakhir aku sebelum melangkah ke dunia pekerjaan .. insya Allah kalau semua okeh, bulan satu tamatlah riwayat aku di Uitm sebagai pelajar ..hari demi hari , ada benda yang membimbangkan aku , merisaukan aku ..

AM I READY FOR THIS ?

ATAU SOALAN YANG LEBIH COOL

AM I READY FOR ANTHING ?

Big question mark kat situ .. aku sendiri tak boleh jawab .. taktala melihat diri ni , yang macam rusa sesat je selalu .. kelam kabut .. serabai .. main main .. too playful .. bising .. segala gala yang negative .. unprofessional somehow .. apa aku nak jadi sebenarnya ?? ni krisis orang meningkat usia ke apa ??

Apa apa pun , kena berani dan belajar to be better dari hari ke hari .. you waste a day if you keep doing the same old thing you did yesterday .. this is what they said .. by the way, birthday aku baru lepas .. yang ke 22 .. and yes , ada surprise party .. haha .. kali ni memang menjadi .. sebab before this , aku macam boleh jangka kawan kawan buat surprise .. but this time around , I was So SURPRISED , it was surprisingly unexpected .. thanks kawan kawan .. and I got a present for myself .. last time reward diri sendiri tahun lepas .. fair enough right ?

Jumpa Lagi Diari Online-ku ..

Thursday, September 6, 2012

BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI

Aku tak boleh hidup sorang-sorang

Memang tak boleh ! 

Selagi kau tak bergantung pada 
yang TAK MATI !




Assalamualaikum .. 

Semalam boring-boring , aku main main di Youtube , menghabiskan saki baki waktu di rumah , atas katil tersayang , sebelum balik Shah Alam malam ni . Yer , aku masih seorang pelajar . dan sampai bila-bila pun aku tetap seorang pelajar . lalu , dalam kegembiraan melayan perasaan di youtube , terjumpa video matlutfi ni . 13mins . habis play video ni , aku terdiam kejap . ambil masa untuk aku digest message nya . sebab sebelum ni , video matlutfi ni ringan ringan je . lawak lawak kan . tapi video ni lain sikit . 


Sangat nice . apa yang matlutfi nak sampaikan , sama dengan apa yang aku question selama ni . kadang-kadang apa yang aku fikir ni , tak boleh nak dipertikaikan sebab Kuasa Allah , tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tak logik . HE knows better and everything happens for a reason . there must be a reason . aku tahu . cuma terkadang , aku mencari cari apa sebab nya . apa yang berlaku hari ni , bukan sebab dia muncul esok hari . tak semestinya . kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. itu KetentuanNya . 


aku percaya pada Qada dan Qadar . who does not . ini salah satu rukun iman yang wajib dipercayai dan di-imani oleh umat Islam . aku petik perenggan-perenggan tertentu dalam artikel yang kawan terdekat share dekat aku . aku copy paste di sini . untuk artikel penuh , klik DISINI


Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.


" Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya , maka carilah Tuhan selain daripada-Ku " (HR Thabrani) 

p/s : Niat sekadar berkongsi . semoga niat ini tidak disalah ertikan . aku bukan orang bijak pandai agama . bukan juga orang yang selalu berada di paksi kebenaran . terkadang aku alpa dan lalai . semoga yang baik dikekalkan , yang buruk dijauhkan . 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...