NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, September 6, 2012

BERGANTUNG PADA YANG TAK MATI

Aku tak boleh hidup sorang-sorang

Memang tak boleh ! 

Selagi kau tak bergantung pada 
yang TAK MATI !




Assalamualaikum .. 

Semalam boring-boring , aku main main di Youtube , menghabiskan saki baki waktu di rumah , atas katil tersayang , sebelum balik Shah Alam malam ni . Yer , aku masih seorang pelajar . dan sampai bila-bila pun aku tetap seorang pelajar . lalu , dalam kegembiraan melayan perasaan di youtube , terjumpa video matlutfi ni . 13mins . habis play video ni , aku terdiam kejap . ambil masa untuk aku digest message nya . sebab sebelum ni , video matlutfi ni ringan ringan je . lawak lawak kan . tapi video ni lain sikit . 


Sangat nice . apa yang matlutfi nak sampaikan , sama dengan apa yang aku question selama ni . kadang-kadang apa yang aku fikir ni , tak boleh nak dipertikaikan sebab Kuasa Allah , tiada apa yang mustahil dan tiada apa yang tak logik . HE knows better and everything happens for a reason . there must be a reason . aku tahu . cuma terkadang , aku mencari cari apa sebab nya . apa yang berlaku hari ni , bukan sebab dia muncul esok hari . tak semestinya . kadang-kadang cepat, kadang-kadang lambat. itu KetentuanNya . 


aku percaya pada Qada dan Qadar . who does not . ini salah satu rukun iman yang wajib dipercayai dan di-imani oleh umat Islam . aku petik perenggan-perenggan tertentu dalam artikel yang kawan terdekat share dekat aku . aku copy paste di sini . untuk artikel penuh , klik DISINI


Jika kehidupan kita adalah sebagai seorang pelajar, pasti banyak cabaran ketika kita di tempat belajar. Dugaan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul sama ada melayan perasaan tersebut atau dengan segera mendekatkan diri kepada Allah kerana menyedari bahawa kita sedang diuji.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.


" Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya , maka carilah Tuhan selain daripada-Ku " (HR Thabrani) 

p/s : Niat sekadar berkongsi . semoga niat ini tidak disalah ertikan . aku bukan orang bijak pandai agama . bukan juga orang yang selalu berada di paksi kebenaran . terkadang aku alpa dan lalai . semoga yang baik dikekalkan , yang buruk dijauhkan . 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...