NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label blackberry torch. Show all posts
Showing posts with label blackberry torch. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

BBM

BBM ? Familiar with this term ? alaaa mesti semua tahu kan . semua dah pakai BBM ni . yang tak pakai pun mesti teringin gak nak BBM . ekhem ekhem . BBM ni maksud dia Budak Besar Malas . eh bukan lah . Budak Besar Mulut . eh bukan jugak . Berak Berdiri Malam . okay dah . jauh sangat dah tu . BBM stands for Blackberry Messager . benda alah ni macam Yahoo Mesengger jugak . cumanya dia ni between Blackberry Users . Blueberry ke , BerryBerry ke , RedBerry ke is NO-NO . tak boleh . 

Sedap actually guna bbm . macam makan kek batek . sebab dia jimat . jimat kalau korang pakai pakej lah . macam aku , jimat lah . sebab aku pakai pakej Maxis rm20/month , so dia include Facebook , twitter , foursquare , email , bbm , ym , dan banyak lagi yang menarik . sangat mudah dan senang . so for those who are searching for a new phone , I would hundred percent suggest Blackberry . sekarang dah murah . paling murah , rm400 , model flip . it is worth to be bought lah . best nak mesej sebab button penuh . 

Korang tau tak Lisa Surihani kenal dengan Yusry KRU melalui BBM . tak ke sweet tu ? dan sekarang ni pun aku berazam , untuk cari jodoh melalui BBM . ekhem ekhem . so ladies out there , feel free to add me . ni I punya pin okay . 256D5957 Okay . pernah tengok tak video pre wedding yang guna bbm tu ? sila google okay . Aku kepilkan di sini aku punya bbm sebagai rujukan . dan tolong ignore perbualan di bawah . sekian .




LAGU TEMA BBM 
ENJOY =)

Friday, April 1, 2011

5 Tips Mengunakan Handphone Berjenama Blackberry

" Macam mana nak guna facebook dekat BB ni "
" Macam mana nak guna BB Apps World ni "
" Asal semua benda aku download tak jadi "

those are random questions yang orang akan tanya bila mula - mula pakai blackberry . aku pun sama . macam haram lah jugak . sebab tak reti kan . dah kata smartphones , bukan macam phone nokia biasa . dia complex sikit . tapi antara smartphones , blackberry paling senang nak pakai , nak handle . kalau rasa pakai blackberry pun dah susah , jangan nak berangan pakai yang lain okay . heee . al kisah nya tiga orang kawan aku sekarang ni duduk tanya aku pasal bb . sebab aku pakai awal sikit dari diorang . so aku share share lah apa yang patut . aku kongsi dekat koang jugak . kot kot korang mengalami masalah yang sama . aku bagi tips sikit macam mana nak pakai okay . tapi nasihat aku lebih kepada pengguna Celcom , sebab aku pun guna Celcom . dan untuk lebih spesifik , Celcom Prepaid . heee . 





1) celcom ada 3 pakej untuk prepaid . rm0.50 , rm1 dan rm2.50 . kalau korang pakai pakej rm0.50 tu , korang boleh guna bbm je . internet tak boleh . diulang internet TAK BOLEH . kalau pakej rm1 , hanya boleh guna social networking dan bbm . di ingatkan social networking itu adalah Facebook for Blackberry , Twitter for Blackberry , dan Ubertwitter . so jangan nak lebih lebih okay . untuk yang rm2.50 tu baru unlimited . boleh guna browser . kalau bukan pakai pakej rm2.50 , jangan nak gedik gedik pakai browser . nanti mati lah korang kena potong kredit . okay ? ingat tu . JANGAN SESEKALI CUAI . nanti kredit berjalan . time tu , jangan nak maki celcom lah okay . dah tiada guna . dan peringatan penting , andaikata korang off kan pakej ni kan , unsubscribe lah senang kata , tolong tutup data services tu . sebab nanti kredit still berjalan walaupun anda tak guna internet tu okay . bila dah tutup data service tu kan , and anda nak guna pulak wifi surf internet , boleh bukak balik data services . tapi once dah tak guna , tutup balik okay . memang cerewet sikit . tapi tak salah kan . nak bergaya sikit . biar cerewet , asal telefon mahal . boleh ?

2) bila guna wifi , TOLONG tutup line telefon . sebab nanti kadang kadang kan , bila wifi putus , internet akan still go on . guna KREDIT anda yang banyak tu . aite ? so macam mana nak tutup ? senang je . korang tutup dekat Connection , yang ada tick tick tu . tak dapat ? hmmm macam mana korang pergi on WIFI ? haa perasan tak bila korang nak pergi on wifi tu , atas dia ada MY CELCOM , WIFI DAN BLUETOOTH . betul tak ? so tutup yang My Celcom tu . kalau korang pakai Digi , tutup ah Digi tu . kalau guna Maxis , tutup lah Maxis tu . ni langkah berjaga jaga .

3) nak guna Blackberry Apps World tu kan , kalau pengguna prepaid celcom . korang kena subscribe pakej rm2.50 tu okay . kalau pakej lain , tak jalan . so bila pakai pakej rm2.50 , boleh lah download software pape pun . ada yang free . ada yang berbayar . so ikut lah mana yang berkenan . amek lah . bila anda klik download , dia akan mintak email dan password . orait jangan gelabah . benda tu korang kena register . ala biasa lah akaun dengan blackberry lah konon kononnya . kalau nak register , senang je , bila keluar pop up macam tu dekat phone , korang cari sign up . tak pun boleh create account , guna laptop je . dekat laman web ni . http://us.blackberry.com/ .

4) software blackberry memang banyak macam iphone . dan batery bb jugak cepat habis . macam iphone . so aku rasa tak perlu lah korang nak download software banyak banyak okay . yang paling penting , ada facebook , twitter , foursquare ke . plus dengan microsoft world , excel , powerpoint . ni actually kena bayar . tapi korang boleh amek yang tak berbayar . maknanya guna yang demo je , tapi takleh nak type2 lah , just boleh view file jer lah . ada faham ? lepas tu , perasan tak dekat bb kita ada lampu lip lap lip lap kan . warna merah tu . ada software kan boleh buat lampu tu bertukar tukar color . ikut pemanggil yang kita nak . contohnya mak call , warna biru . ayah call warna hijau . haaa . boleh lah download . tapi kena ingat , baterry akan tersangat mudah habis okay.

5) ni paling penting buat mereka yang guna hp macam benda paling wajib dalam hidup . tak boleh berenggang dengan hp . mesej 24/7 .. so aku cadangkan korang tukar line korang tu , pilih 2G je . jangan pilih 3G . sebab ni untuk menjimatkan baterry anda . bukan itu sahaja , boleh jugak kurang kan brightness tu . buat apa cerah cerah kan . boleh silau mata tu . tak pun , nak jimat sangat baterry tu , off je lah hp tu okay .. selamat mencuba ..

Monday, January 31, 2011

Pemenang Contest Iphone4 atau BB Torch ... Tahniah ...

lepas dah belek belek semua penyertaan .. aku dah jumpa pemenang .. tapi sebelum tu , meh aku cerita macam mana aku boleh dapatkan pemenang .. dahlah penyertaan ada lebih kurang 150 macam tu .. haa senang je .. aku buat list down .. aku tak letak nama pun .. aku letak tanda lah sket .. contoh nya ad fd gf .. takde maksud pun benda tu .. saja nak bagi tanda .. then aku tulis atas kertas .. aku gumpal .. yang aku cabut tu akan jadi pemenang .. telus kan cara aku pilih pemenang .. oleh itu .. pemenang nya .. jatuh kepada ...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

TAHNIAH SYED UCAPKAN ..




nota kaki untuk nadhirah : awak , nanti email kan saya nama penuh , alamat surat menyurat dah nombor telefon awak yeah .. dan bagitau jugak pilihan perfuma yang berkenan di hati .. ni alamat email saya .. pattaya_icetea@yahoo.com .. Alhamdulillah settle jugak contest ni .. kepada semua , terima kasih kerana sudi join .. nanti join lah lagi kalau ada contest baru .. =D 
 

Wednesday, December 22, 2010

First Contest ! - Iphone4 ke Blackberry Torch


Contest “ Iphone 4 ke Blackberry Torch
Aku sekarang tengah confuse.
 Mana satu nak di beli ni .
 jom tolong aku buat keputusan nak ?
tak perlu review langsung kawan2.
just tulis iphone4 kalau prefer iphone4.
just tulis bb torch if prefer bb torch.
hows that ? easy right ?


Cara- cara untuk join senang sangat.

1) Jadi follower? – optional,tiada paksaan dalam memollow

2) Buat satu entri khas tajuk “iphone 4 ke Blackberry Torch” -wajib

3) Buat pilihan anda, iphone 4 or torch –wajib

4) Reason kenapa anda buat pilihan sebegitu -optional.xnak buat pun takpe. i just need your vote. :D  syarat ni telah dibuang =D 

4) Letak header/banner blog aku -wajib


5) Tinggal link entri anda kat sini -wajib

6) tutup : 22 Jan 2011

Kepada yang bertuah, bakal membawa pulang.. *dumbrolls*
Sebotol minyak wangi bernilai Rm50
Untuk perempuan :  Glow by Jlo, Issey Miyake, DKNY
Untuk lelaki : Dunhill Blue, Issey Miyake , Acqua di Gio
(pemenang diberi kuasa memilih) apa lagi jom join cepat2.
Hadiah akan di post seminggu selepas pemenang diumumkan.
diingatkan sekali lagi, tak perlu review yeah. just pilih secara random pun takpe. saya nak tengok berapa orang prefer iphone berapa org prefer bb torch tu. ibarat kata, anda diberi free, phone mana yang anda akan ambil? macam tu je. :D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...