NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label google ads. Show all posts
Showing posts with label google ads. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Fasha Sandha Pilih SyedMuzzamir


Ekhem Ekhem .. tengok sikit title entri tu .. boleh robek mata jejai kan .. mesti jejai jeles nie .. aku pengganti dia .. hehe .. selamat petang semua .. aku baru balik dari makan tengahari tadi .. nanti aku upload gambar yeah .. semua dalam kamera aminu .. lunch hari ni hmm kenyang tapi tak puas .. nanti lah aku cerita detail dalam entri seterusnya .. 

kebelakangan ni aku ni makan tak berenti .. asyik makan je .. duit tak banyak .. tapi makan lagak anak Datuk K .. macam mana tu .. aku ni boleh dikirakan sebagai budak tak sedar diri ke ?? bukan lah .. makanan tu kan keperluan untuk hidup kan .. orang kata biar duit takda , asal perut kenyang terjaga .. jangan bagi perut kita ni menangis kehausan kelaparan .. nanti karang dia merajuk .. macam macam penyakit datang ..

dalam surat khabar Kosmo hari ni yang aku beli dekat Giant Seksyen7 berharga RM1 bersama sama surat khabar harian metro berharga RM1.50 menjumlahkan kedua-duanya sebanyak RM2.50 menyatakan bahawa fuhhh panjang intro .. fasha sandha adalah carian google terbanyak bulan januari .. fuyooo .. ni sebab yelah kes dia clash dengan jejai .. kes berbikini .. kes kes yang berbaur kontroversi yang lain jugak .. tak susah kan nak famous ..
aku sekarang baru terfikir nak buat apa nak bagi cepat famous .. meh aku list down kan ..

1- upload gambar bogel aku

3- ambil gambar pakai bikini ( eh boleh ke ? )

2- buat kontroversi sket konon konon ada orang amek gambar aku bersama blogger perempuan yang lain di hotel .. dan letak gambar yang dah diedit

haa tu je cara aku rasa paling cepat untuk naik .. mungkin kah ?? agak agak menjadi tak ?? agak agak boleh challenge fasha tak ?? tapi bila fikir fikir balik .. tak jadi lah .. malu lah orang nampak aku dalam keadaan begitu kan .. banyak cara lagi nak jadi terkenal .. cara yang lebih baik .. bab bab naked ni kita reserve bila lepas kahwin nanti .. auwww.. orang kata takde jalan shortcut untuk berjaya .. tak perlu nak rempit nak bergaya .. mesti ada cara lain ..

lepas tu kan semalam kan aku pegi timbang berat .. berat aku makin menaik .. aku bagi hint sikit eh .. ada tiga digit .. digit pertama 1 .. digit kedua 2 .. digit ketiga 8 .. orait korang tekalah berat aku berapa .. thank you .. aku memang tough pun .. aa aku bina badan .. aa aku nak challenge ben ashaari .. ahaks.. ye aku berangan .. adoi .. gemuk sangat dah ni .. aku kena cair jalan yang betul untuk kurus ni .. tak perlu jus mate 5 .. aku rasa cara yang paling mudah adalah jaga makan , diet plus exercise . tapi aku nak buat benda ni memang payah .. sebab aku tak cukup disiplin nak buat something tanpa rasa rela .. ada idea tak macam mana nak kurus ?? bagi tips sikit boleh ..? 



Friday, December 17, 2010

Kau Buat Aku Gila Meroyan !

Fuhh dah macam org gila aku hari ni. Satu hari duk cari solution nak settle kan google ads neh. Dah macam orang sewel dah. ( sambil baring garu kepala mcm shin chan ) . haha. Saje je rasa macam nak jadi comel malam ni. Sape rasa nak muntah, boleh baca blog aku. Memang khas untuk mereka-mereka yang tengah sakit perut. Nak bagi lega perut, takyah beli ubat. Eno Eno Eno tu. Mengarut je semua tu. Dating sini, baca dengan teliti dan penuh pengharapan. Tak sampai 5 minit, pasti anda akan berasa Legaaa. Ahhh. Orait dah lengkap dah rasanya tu. Siap ada sound efek lagi. Tolong buat bunyi tu dengan sepenuh hati orait. =)

Mcm dekat previous post kan. Bukan aku kemaruk sgt nak nuffnang tu yeah. Jangan kata aku kemarut. Piat telinga kang. Cuma, aku rasa cam tak bebaloi aku letak nuffnang kat blog ni kalau tak boleh pakai kan. Nak jugak rasa masuk contest nuffnang tu kan. Sebab itu lah aku berusaha keras. Kalau nuffnang tahu apa yang aku buat, mesti boleh bagi award dekat aku neh. Award Lelaki Bodoh tahap Gaban. Relaks2. Aku positif okay. Aku godek2 nie sampai nak give up. Ape je aku tak buat. Tukar template. Buang semua setting dekat Edit Html. Tukar email google account. Delete google ads. Semua dah buat.

Last last time aku nk give up, aku cek setting post. Ahaaa ade kat situ kotak untuk clik enable google ads. Aku try buang tanda klik. Taraaaa. Settle masalah. Kini, masalah google ads tiada lagi. ( dah mcm iklan clean and clear dah ). See, korang Nampak. Btol lah kata nenek kebaya, “ Di Mana Ada Kemahuan Di situ Ada Jalan” . “ disitu ade highway ? “ eh salah tu Adnan Sempit punya. Jangan pakai yang tu. Kalau agak2 nak rasa sempit mcm die, well cuba lah amalkan okay. Satu hari mcm org gila kan, aku tgk pulak dekat bilangan followers. Alhamdulillah dah semakin naik. Walaupun naik dengan kadar yang slow, tak macam orang lain. Aku tak kesah. Korang-korang semua memang bagus. *peluk-ketat-ketat* thank you orait.

Hari ni serba tak kena. To be exact malam nil ah. Walaupun masalah blog settle, tapi facebook takleh bukak. Taktau nape. Then, hp line mcm ntah. Malas nak sebut. Korang fill in the blank eh. Line telefon di rumah ku macam _____________________ . empat huruf, huruf pertama. Takde, korang isi je lah ape2 pun yang suit ayat tu. Malas nak main sherade malam2 neh. Hujan lebat sesangat. Sejuk pun ada. Takde gf pun mesej bgtau, “ selimut tido tu, tido baik2. Nanti saya peluk ketat ketat nak bagi hilang sejuk “. Since xde org ckp cam tu aku cakap dekat diri sendiri je.

Komputer aku lembab skrg. Memori full. Cerita byk. Tak reti nk delete. Dalam external pun mcm tu. So skrg ni cuti kan. Hujung minggu, tak keje. Aku nak tgk movies je. Now, tgk you’re beautiful. Eh bukan kamu lah. Tajuk cerita neh. Jangan nak senyum-senyum eh. Karang aku lak yang muntah kat sini. Takde2 jangan marah eh. Terus2 lah lawat kat sini. Ajak kawan2 yeah. Tinggal komen kalau bioleh. Nak gak rasa cam Bro Ben Ashaari kan, sampai tak termampu nak reply comments. Hahaha.

Orait, nak sambung gelak ketawa tgk cerita korea neh. Korang dah tgk? Opsss jangan gedik2 nak bg tahu ending eh. Aku tgh berusaha keras neh nak habiskan tgk. =). Good nite yeah. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...