NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label noh hujan. Show all posts
Showing posts with label noh hujan. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Anugerah Skrin Seperti Biasa ~ Bosan tahap Gaban

Aku pasti korang setuju kan. Btol tak? Btol tak? same je tiap tiap tahun. akan jadi bosan dalam apa jua keadaan. mungkin sebab awards tu tak menyengat. so kita pun naik jemu kan. then, cara penyampai hadiah same je. scripted. kan kan? dari dulu sampai sekarang itulah. Jom kita try kritik sket2 yeah. pemenang pun okay lah kan. deserve lah tu. aku list kan sekali nanti yang aku rasa best. yang tak best, hmmm diam sudah lah kan.


Pelakon Filem Terbaik 
- Bront Parale
- Sharifah Amani

Pelakon Pembantu Filem Terbaik
- Aaron Aziz
- Fadilah Mansor

Filem Terbaik 
- Mualaf

Pelakon Drama Terbaik
- Fauzi Marzuki
- Nor khiriah

Pelakon Pembantu Drama Terbaik
- Isma Yusof
- Fazura

Drama Terbaik
- Antara garisan

Drama Rantaian Terbaik
- Nur Kasih

cukup lah kan. yang lain macam tak menarik kan untuk korang tahu. Pengacara okay okay je. kadang kadang kelakar, kadang kadang lawak tak menjadi , but was nice. macam Afdlin dengan Fafau jugak sem lepas. Persembahan macam biasa boring. cuma yang best aku rasa intro lah. Adibah Noor, Jac dengan Noryn Aziz. Ziana Zain & Anuar Zain tak menyengat. Lagu baru sangat. Tak Mesra pendengar lagi. then lagu tu dah dipotong. so sangatlah pendek, dah tak sempat rasa paper. At least biar dorang duet satu lagu, thats even more better. aku rasa lah kan. Penyampai Awards biasa jugak boring. yang best aku rasa Erra, Eja dengan Aziz Satar je, kelakar skett kan. Persembahan hampeh bagi aku of course lah Kurnia yang ntah pape. Noh Hujan & MizzNina. menyanyi ke ape tu atas pentas. aku rasa dorang dipilih sebab dorang hot kejap tunang hari tu. ape2 lah kata lebih peminat dia marah. hehe. Penutup Faizal Tahir gimik paling best. gimik je lah. persembahan dia aku tak suka. hehe. sebab selalu je nak lebih dari orang. hahaha. 

p/s : perasan tak yang menang belakang tabir. lupa untuk apa. tapi yang pakai baju pendek warna putih tu. hehe. muka bias je. baju mengalahkan artis. Fuhh.

Pemenang Anugerah Skrin 2010

dah kuar result lah weh. buat pe tunggu lagi tu depan tv. hehe. takde2. ni verdict dari Mstar Online. so nanti kita tengok betul ke tak. orait. less than 30 mins. tak sabar nak tunggu ziana zain nyanyi. nanti bila time mizznina dengan noh hujan aku nak tutup tv. hehe.
ANUGERAH Skrin 2010 (ASK2010) yang bakal berlangsung pada pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bukan saja menjadi medan pengiktirafan buat para penggiat seni sebelum 2010 melabuhkan tirainya.
Malah, acara berprestij yang memartabatkan dunia penerbitan drama, filem dan program televisyen ini dilihat oleh kebanyakan pemerhati dan karyawan seni sendiri sebagai penebus maruah dan pemulih 'kekusutan' yang ditinggalkan oleh Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23), Oktober lalu.
ASK2010 yang mementaskan tiga kategori utama iaitu kategori drama, filem dan penerbitan dalaman bakal menyaksikan perebutan 23 kategori utama serta satu Anugerah Khas Juri.
Kategori keramat dalam sejarah penganjuran ASK iaitu drama televisyen memperlihatkan saingan sengit beberapa judul iaitu Taubat Nasuha, Sebelum Akhirat, Antara Garisan, Dalil Cinta, Kaki, Perempuan dan Lillahi Ta’ala.
Jika pada tahun lalu, pengarah Erma Fatima menerusi drama Tersasar Di Jalanmumenang bergaya dalam kategori Pengarah Terbaik Drama dan Lakon TV Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik (Rosnah Mat Aris), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Norish Ismail) serta Videografi Terbaik.
Persaingan bagi edisi kesepuluh ini dilihat lebih terbuka. Namun, persaingan sengit mungkin dapat dilihat di antara drama Taubat Nasuha, Sebelum Akhirat, Antara Garisandan Lillahi Ta’ala.
Pilihan mStar OnlineAntara Garisan
Enam pengarah yang dijangka merebut gelaran Pengarah Terbaik Drama adalah Azman Yahya @ Jinggo (Taubat Nasuha), Murali Abdullah (Sebelum Akhirat), Shahrul Ezad(Antara Garisan), Mohd Fahmi Sarindi (Perempuan), Khairul Anuar Othman (Kaki) dan Heykal Hanifah (Dalil Cinta).
Pilihan mStar Online: Shahrul Ezad
Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama juga tidak kurang hebatnya. Nama-nama seperti Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat), Zamarul Hisham (Lillahi Taala), Rosyam Nor (Kaki) dan Fahrin Ahmad (Dalil Cinta) menjanjikan persaingan sengit pada malam ini.
Pilihan mStar Online: Fauzi Nawawi
Terus menghangatkan teka-teki ASK2010, beberapa aktres yang mendominasi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama seperti Sheila Rusly (Taubat Nasuha), Lisdawati (Sebelum Akhirat), Dira Zahar (Perempuan), Nor Khiriah (Antara Garisan) dan Sharifah Amani (Dalil Cinta) memperlihatkan persaingan yang terbuka.
Pilihan mStar Online: Nor Khiriah
Bagi kategori filem, ASK2010 persaingan sengit mungkin dilihata pada filem Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Muallaf yang terpinggir di FFM23 dan Papadom (arahan Afdlin Shauki).
Pilihan mStar OnlineMuallaf
Persaingan untuk merebut gelaran Pengarah Terbaik Filem juga memperlihatkan nama-nama besar industri filem termasuk Yasmin Ahmad (Muallaf), Khabir Bhatia (Setem), Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2), Afdlin Shauki (Papadom) dan Bernard Chauly (Pisau Cukur).
Sekiranya pada penganjuran Festival Filem Asia Pasifik ke-54 (FFAP54) yang berlangsung di Taiwan awal Disember lalu, kreativiti Yasmin diperakui oleh barisan juri sebagai Pengarah Terbaik, adalah tidak mustahil pengarah berkaliber itu bakal menjulang anugerah yang sama di ASK2010.
Merumitkan lagi pilihan, nama-nama seperti Syamsul Yusof yang diangkat sebagai Pengarah Terbaik di FFM23, Afdlin Shauki yang memenangi Pengarah Terbaik FFM22 dan Khabir Bhatia juga menjanjikan persaingan untuk kategori ini lebih terbuka.
Pilihan mStar Online: Yasmin Ahmad
Beralih kepada kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem, persaingan sengit untuk kategori ini dapat dilihat pada Farid Kamil (Legenda Budak Setan), Bront Palarae (Belukar) dan Afdlin Shauki (Papadom).
Jika berdasarkan rekod FFM, Afdlin dan Bront masing-masing pernah diangkat menerusi filem-filem tersebut. Afdlin menggalas Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM22 sementara Bront melakar kemenangan sulungnya pada FFM23. Namun, aktor dan pengarah muda Farid Kamil tidak boleh dilupakan.
Pilihan mStar Online: Farid Kamil
Persaingan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem pula dijangka memperlihatkan persaingan sengit dua aktres genit Sharifah Amani (Muallaf) dan Liyana Jasmay(Papadom).
Pilihan mStar Online: Sharifah Amani
Filem dan drama manakah yang bakal diiktiraf sebagai yang terbaik? Siapakah pelakon filem dan drama yang bakal merangkul anugerah pelakon terbaik? Siapakah pula bakal mengikut jejak Erma Fatima dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik?
Semuanya bakal terjawab dalam ASK2010, pukul 9 malam ini di Dewan Merdeka, PWTC dan disiarkan secara langsung di TV3.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...