NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Showing posts with label spm. Show all posts
Showing posts with label spm. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

SIJIL SPM HILANG

 confirm takde yang berminat nak baca entri nie . takpe takpe . nanti bila korang hilang sijil , baru tau bimbang . ahaks . aku tujukan khas kepada diri aku . aku tak expect boleh hilang . aku rasa aku salah letak je . macam tak logik sijil spm boleh hilang kan . tapi benda ni tak mustahil . dulu aku pun rasa mustahil , tapi bila aku dah rasa sendiri perasaan sijil hilang , yes aku kata benda ni tidak lagi mustahil . sekarang musim musim orang cari kerja sebab cuti kan , sijil spm sangat lah penting . lagi penting dari nyawa sendiri . ala dramatis pulak . so kalau hilang , jangan nak kecoh macam ayam bertelur . diam diam sudah . sebab ada cara nya . pergi je dekat Lembaga Peperiksaan dekat Putrajaya Parcel E tu , dalam masa sejam siap . bayar je rm10. tapi bagaimana dengan orang jauh contoh yang duduk dekat penang atau terengganu ?

jangan bimbang . kerajaan kita cukup peka hal hal macam ni . dah sediakan cara . boleh rujuk gambar di bawah . sila klik untuk tumbesaran gambarajah .



so dah boleh senyum kan ? boleh by pos atau pun hantar wakil je ke pejabat putrajaya tu . cuma kepilkan surat akuan atau pun laporan polis . dan takyah nak kelam kabut buat surat akuan sendiri eh . pergi je dekat pejabat pendidikan . dia akan bagi borang borang seperti di atas termasuk jugak dengan surat akuan . cuma pergi cop angkat sumpah je dekat tempat tempat yang berkenaan . sebagai contoh Mahkamah . oleh itu , good luck people . tapi kalau by pos , sebulan baru dapat salinan tu okay . better pergi sendiri .for more info , KLIK SINI ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...