NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, February 25, 2012

Assalamualaikum ..


Gambar di atas bukan hanya sekadar hiasan .. itulah gambaran aku sekarang .. bukan aku tukar jantina jadi perempuan okey .. baik sikit mulut ok .. cuba interpretasikan betul betul gambar tu .. gelap kusam kosong sakit semua ada .. tajuk entri kali ni saje aku tinggalkan kosong sebab memang itu apa yang aku rasa sekarang .. zero nothing .. jiwa kosong .. aku sebenarnya tengah sedih .. sedih sangat sangat .. sedih melampau .. sedih dengan diri sendiri .. semua lah .. sedih mengenang pembawakan diri .. cara hidup .. susah aku nak explain dengan perkataan .. result final sem dah keluar .. alhamdulillah .. result aku okay .. walaupun turun .. itu bukan hal nya .. asal lepas semua sudah .. boleh grad dah cukup dah .. kalau nak kata puas hati dengan result .. tiap tiap sem tak pernah puas .. apa apa pun syukur .. 



dapat result okay pun tak semestinya kita bahagia kan ? sama jugak .. orang selalu kata , duit banyak berjuta lemon pun tak mungkin dapat beli kebahagian mutlak .. tolak tepi pasal result exam .. aku macam sakit kat dalam .. kat hati .. ada benda yang tak terucap .. aku tak biasa pendam pendam ni .. biasa memang aku bercerita .. tapi ada benda yang susah untuk aku cakap .. end up , aku simpan dekat diri sendiri .. sedih sorang sorang .. nangis sorang sorang .. lepas tu pujuk diri sendiri .. bukan senang nak pujuk diri sendiri .. diri yang lemah longlai nak pujuk hati yang sedih gundah gulana .. apa yang senang nya ?? aku cuba untuk bercerita , luah perasaan yang terbuku dengan menaip entri ni , now dah dua perenggan aku masih tidak terdaya nak taip .. berat tangan untuk menaip , berat lagi hati yang menanggung ..

orang kata " kalau menangis tu boleh buat rasa lega , menangis lah sepuas puasnya " .. tapi kalau menangis pun , lega pun hanya seketika .. entahlah .. kalau hati aku ni portable , dah lama aku cabut .. then aku format balik .. trade in .. jual .. amek hati baru .. tapi itulah , aku bukan duduk zaman doraemon .. semua benda ada dalam poket kecik .. semua benda boleh selesai dengan mudah .. aku rindu nak rasa Bahagia .. rindu nak bergembira dengan ikhlas .. bukan luar gembira , dalam duka lara .. 4 5 tahun ni perasaan bahagia ni macam dah tak wujud dalam kamus hidup aku .. makin lama , makin jauh perasaan itu keluar dari hidup aku .. 

orang kata lagi " laughter is the best medicine " .. bagi aku tak .. mungkin pengobat , tapi bukan yang terbaik .. aku boleh kata 24hours asyik gelak ketawa je , tapi jauh di sudut hati , sakit macam dicucuk jarum dalam dalam .. kalau ada yang terbaca entri ni , mesti tak faham , apa yang aku nak sampaikan .. entri sampah .. well i dont blame you for that .. lepas dapat result hari tu , aku rasa takut .. takut nak hadapi masa depan .. kuat ke aku nak melangkah satu tapak lagi kehadapan .. boleh ke aku berdiri sama tinggi dengan orang lain , duduk sama rendah dengan orang lain .. mungkinkah kebahagian akan datang semula dekat aku dan sinar baru akan hadir dalam hidup aku .. semua ni samar samar dalam minda aku .. aku rasa KOSONG .. tanpa sebarang noktah mahupun nota ..








Friday, February 17, 2012

KENANGAN TADIKAKU


ASSALAMUALAIKUM .. 

Bertugas sebagai driver berbayar ciput untuk ambil budak budak balik sekolah , mengingatkan aku pada zaman zaman sekolah rendah dulu . ada banyak benda yang still lekat dalam kepala . dengan kesedaran diri bahawa aku semakin tua dan ingatan makin hari makin tak kuat , aku akan mencoretkan ingatan ingatan tersebut dalam blog . andaikata aku hilang ingatan bila tua nanti , cucu aku akan buka blog ni , then ingatan aku akan pulih . wah gitu kan . Nampak tak macam mana pemikiran aku sangat advance kedepan . ini lah yang dikatakan dasar pandang ke depan .


Bermula dengan zaman tadika . okay bersesuaian dengan tajuk entri yang sangat extravaganza . “ Kenangan Tadikaku “ *sila kepit suara , pastikan suara cute macam doraemon , baru baca tajuk entri okay* . aku ni sebelum tadika dah special . saiz aku special sikit . di mata aku , semua orang dekat tadika tu , pelik , aneh dan ganjil . semua saiz kerdil dan kadang kadang aku rasa aku hidup di alam snow white . tapi di mata orang , aku adalah lelaki hensem matang dambaan ustazah ustazah di tadika sebab selalu dapat makanan lebih dari orang lain . jangan buat muka yer readers ( readers ok bukan reader , confident ada orang baca ni ) , kebenaran memang selalu pahit untuk ditelan , kan ? . walaupun sebenarnya , ada orang kata kat aku di mata diorang aku ni hanyalah ibarat pelakon antagonis dalam Ultraman Taro . bagi aku , itu suara suara cemburu dengan kenyataan aku .


Jadi , disebabkan oleh , ke-special-an aku , aku dipilih untuk memegang watak utama dalam show akhir tahun . antagonis yer . sebab aku rasa , watak baik ni , senang sangat nak buat , tak meninggalkan kesan . watak aku sebagai Firaun yang makan buah anggur plastik , entah pape je . bajet ciput la tu . dahlaa aku berlakon percuma . cerita dia yang pasal Mashitah tu . yang sikat sikat rambut , then sikat jatuh . then mashitah ucap Subhanallah . *eh ? aku ingat ingat lupa*. Aku sebagai firaun , marah . terus mengucapkan dialog ala ala Rosyam Nor , sambil duduk , dengan dayang dayang kat tepi duk kipas kipas , “ Pengawal , tangkap Mashitah . dan rendam dia dalam air panas “ . jahat tak ? jahat tak ? ada jugak part aku lupa skrip . yelaa aku ni suka spontan . suka reka skrip sendiri . lepas tu , skrip aku out of topic . boleh ? so memang ada cikgu belakang tabir yang akan jerit jerit skrip yang betul dekat aku . heee .



GAMBAR AKU MASA KECIL 
TAK PERCAYA LETTEW KAN ??


Di akhir cerita , kami kena nyanyi . harus lah mic aku pegang kan . dengan suara lemak merdu bak buluh perindu , aku tunjuk bakat sikit , ada part part aku kena tarik suara , aku tutup telinga ala ala Misha Omar , mata pejam , mulut buka luas supaya sebutan jelas dan terang . kaki toksah kata lah , terhentak hentak ni . feeling . apa apa pun , lepas habis je , ramai ibu bapa yang puji aku . aku rasa lah . sebab diorang senyum senyum , tepuk tepuk bahu aku , bangga lettew kan . seronok sebenarnya . memang seronok . seronok sangat . yucks geli lak taip cenggini . ala ala drama queen dah  . tamat kenangan di tadika . oh nama tadika , tadika an najmi . aku tak main lah PASTI  , tabika kemas ni . sebab makan tak leh tambah , limited . haha . 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...