NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, February 17, 2012

KENANGAN TADIKAKU


ASSALAMUALAIKUM .. 

Bertugas sebagai driver berbayar ciput untuk ambil budak budak balik sekolah , mengingatkan aku pada zaman zaman sekolah rendah dulu . ada banyak benda yang still lekat dalam kepala . dengan kesedaran diri bahawa aku semakin tua dan ingatan makin hari makin tak kuat , aku akan mencoretkan ingatan ingatan tersebut dalam blog . andaikata aku hilang ingatan bila tua nanti , cucu aku akan buka blog ni , then ingatan aku akan pulih . wah gitu kan . Nampak tak macam mana pemikiran aku sangat advance kedepan . ini lah yang dikatakan dasar pandang ke depan .


Bermula dengan zaman tadika . okay bersesuaian dengan tajuk entri yang sangat extravaganza . “ Kenangan Tadikaku “ *sila kepit suara , pastikan suara cute macam doraemon , baru baca tajuk entri okay* . aku ni sebelum tadika dah special . saiz aku special sikit . di mata aku , semua orang dekat tadika tu , pelik , aneh dan ganjil . semua saiz kerdil dan kadang kadang aku rasa aku hidup di alam snow white . tapi di mata orang , aku adalah lelaki hensem matang dambaan ustazah ustazah di tadika sebab selalu dapat makanan lebih dari orang lain . jangan buat muka yer readers ( readers ok bukan reader , confident ada orang baca ni ) , kebenaran memang selalu pahit untuk ditelan , kan ? . walaupun sebenarnya , ada orang kata kat aku di mata diorang aku ni hanyalah ibarat pelakon antagonis dalam Ultraman Taro . bagi aku , itu suara suara cemburu dengan kenyataan aku .


Jadi , disebabkan oleh , ke-special-an aku , aku dipilih untuk memegang watak utama dalam show akhir tahun . antagonis yer . sebab aku rasa , watak baik ni , senang sangat nak buat , tak meninggalkan kesan . watak aku sebagai Firaun yang makan buah anggur plastik , entah pape je . bajet ciput la tu . dahlaa aku berlakon percuma . cerita dia yang pasal Mashitah tu . yang sikat sikat rambut , then sikat jatuh . then mashitah ucap Subhanallah . *eh ? aku ingat ingat lupa*. Aku sebagai firaun , marah . terus mengucapkan dialog ala ala Rosyam Nor , sambil duduk , dengan dayang dayang kat tepi duk kipas kipas , “ Pengawal , tangkap Mashitah . dan rendam dia dalam air panas “ . jahat tak ? jahat tak ? ada jugak part aku lupa skrip . yelaa aku ni suka spontan . suka reka skrip sendiri . lepas tu , skrip aku out of topic . boleh ? so memang ada cikgu belakang tabir yang akan jerit jerit skrip yang betul dekat aku . heee .



GAMBAR AKU MASA KECIL 
TAK PERCAYA LETTEW KAN ??


Di akhir cerita , kami kena nyanyi . harus lah mic aku pegang kan . dengan suara lemak merdu bak buluh perindu , aku tunjuk bakat sikit , ada part part aku kena tarik suara , aku tutup telinga ala ala Misha Omar , mata pejam , mulut buka luas supaya sebutan jelas dan terang . kaki toksah kata lah , terhentak hentak ni . feeling . apa apa pun , lepas habis je , ramai ibu bapa yang puji aku . aku rasa lah . sebab diorang senyum senyum , tepuk tepuk bahu aku , bangga lettew kan . seronok sebenarnya . memang seronok . seronok sangat . yucks geli lak taip cenggini . ala ala drama queen dah  . tamat kenangan di tadika . oh nama tadika , tadika an najmi . aku tak main lah PASTI  , tabika kemas ni . sebab makan tak leh tambah , limited . haha . 


4 comments:

ridoma said...

Entry yg bagus. Pandai bermain dengan ayt aktif, mmpu mernsang pmbca turut merasai zmn tdka tuan. Pnulisan tuan sesuai dijadikan blook =)

saya afi said...

Hahaha. Xleh bla! Tadika an najmi the best kot. Sape eh yg jadi mashitah tu??

SyedMuzzamir said...

hahah . owos dok ingat doh aku . zamang bile tu .. haha

Nazirah Mohamad said...

haha terbaiklah :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...