ASSALAMUALAIKUM ..
Bertugas sebagai driver berbayar
ciput untuk ambil budak budak balik sekolah , mengingatkan aku pada zaman zaman
sekolah rendah dulu . ada banyak benda yang still lekat dalam kepala . dengan
kesedaran diri bahawa aku semakin tua dan ingatan makin hari makin tak kuat ,
aku akan mencoretkan ingatan ingatan tersebut dalam blog . andaikata aku hilang
ingatan bila tua nanti , cucu aku akan buka blog ni , then ingatan aku akan
pulih . wah gitu kan . Nampak tak macam mana pemikiran aku sangat advance
kedepan . ini lah yang dikatakan dasar pandang ke depan .
Bermula dengan zaman tadika .
okay bersesuaian dengan tajuk entri yang sangat extravaganza . “ Kenangan
Tadikaku “ *sila kepit suara , pastikan suara cute macam doraemon , baru baca
tajuk entri okay* . aku ni sebelum tadika dah special . saiz aku special sikit
. di mata aku , semua orang dekat tadika tu , pelik , aneh dan ganjil . semua
saiz kerdil dan kadang kadang aku rasa aku hidup di alam snow white . tapi di
mata orang , aku adalah lelaki hensem matang dambaan ustazah ustazah di tadika
sebab selalu dapat makanan lebih dari orang lain . jangan buat muka yer readers
( readers ok bukan reader , confident ada orang baca ni ) , kebenaran memang
selalu pahit untuk ditelan , kan ? . walaupun sebenarnya , ada orang kata kat aku
di mata diorang aku ni hanyalah ibarat pelakon antagonis dalam Ultraman Taro .
bagi aku , itu suara suara cemburu dengan kenyataan aku .
Jadi , disebabkan oleh ,
ke-special-an aku , aku dipilih untuk memegang watak utama dalam show akhir
tahun . antagonis yer . sebab aku rasa , watak baik ni , senang sangat nak buat
, tak meninggalkan kesan . watak aku sebagai Firaun yang makan buah anggur plastik
, entah pape je . bajet ciput la tu . dahlaa aku berlakon percuma . cerita dia
yang pasal Mashitah tu . yang sikat sikat rambut , then sikat jatuh . then
mashitah ucap Subhanallah . *eh ? aku ingat ingat lupa*. Aku sebagai firaun ,
marah . terus mengucapkan dialog ala ala Rosyam Nor , sambil duduk , dengan
dayang dayang kat tepi duk kipas kipas , “ Pengawal , tangkap Mashitah . dan
rendam dia dalam air panas “ . jahat tak ? jahat tak ? ada jugak part aku lupa
skrip . yelaa aku ni suka spontan . suka reka skrip sendiri . lepas tu , skrip
aku out of topic . boleh ? so memang ada cikgu belakang tabir yang akan jerit
jerit skrip yang betul dekat aku . heee .
GAMBAR AKU MASA KECIL
TAK PERCAYA LETTEW KAN ??
Di akhir cerita , kami kena
nyanyi . harus lah mic aku pegang kan . dengan suara lemak merdu bak buluh
perindu , aku tunjuk bakat sikit , ada part part aku kena tarik suara , aku
tutup telinga ala ala Misha Omar , mata pejam , mulut buka luas supaya sebutan
jelas dan terang . kaki toksah kata lah , terhentak hentak ni . feeling . apa
apa pun , lepas habis je , ramai ibu bapa yang puji aku . aku rasa lah . sebab
diorang senyum senyum , tepuk tepuk bahu aku , bangga lettew kan . seronok
sebenarnya . memang seronok . seronok sangat . yucks geli lak taip cenggini .
ala ala drama queen dah . tamat kenangan
di tadika . oh nama tadika , tadika an najmi . aku tak main lah PASTI , tabika kemas ni . sebab makan tak leh
tambah , limited . haha .
4 comments:
Entry yg bagus. Pandai bermain dengan ayt aktif, mmpu mernsang pmbca turut merasai zmn tdka tuan. Pnulisan tuan sesuai dijadikan blook =)
Hahaha. Xleh bla! Tadika an najmi the best kot. Sape eh yg jadi mashitah tu??
hahah . owos dok ingat doh aku . zamang bile tu .. haha
haha terbaiklah :)
Post a Comment