Assalamualaikum ..
Straight to the point , takyah nak main kona koni , self reward adalah menghadiahkan diri sendiri dengan sesuatu benda . apa sahaja benda . depends kepada kemahuan diri dan hawa nafsu . Aku jarang reward diri aku ni sebab aku tak de benda pun yang nak dibanggakan . actually ada , cuma time aku nak reward tu , ada sajer halangan dan dugaan menimpa diri ini . okay aku tak nak buat drama nanti orang suruh aku direct movie ganti Tahajjud Cinta , tak pasal aku berhenti belajar .
okay , jangan kata " wow , giler best . bold 4 tu " . ini sekadar gambar hiasan okay . tolong jagan gelabah . sebenarnya , aku fikir 5 6 kali gak nak self reward sem ni . berapa kali aku buat drama air mata 16 episod dekat twitter . orang yang respond suruh aku tutup mata jer , beli jer apa yang aku nak . kadang kadang kita kena manjakan diri dengan hadiah hadiah bagi memenuhi kemahuan kita . aku ada simpanan sikit . simpanan yang dalam sedar tak sedar ada dalam akaun . aku pun ingat ingat lupa . dulu masa aku simpan , aim aku nak beli iphone 4 . haha .
tapi tak mampu lah . berangan lah . so aku beli benda lain . memang dah lama aku nak nak nak sangat . the moment aku transfer duit dalam akaun third party , haru weh . sedih . cuba bayang anda tengah lapar , tiba tiba datang sejenis kek yang gila sedap , namun hari tu hari jadi adik anda dan anda kena lepaskan kebahagian anda demi memuaskan hati . situasi ni konon konon nya anda seorang abang yang suka tengok adik beradik happy . so walau berat hati , buat jugak . aku pun macam tu . lepas transfer duit , aku still berbelah bahagi nak atau taknak .
hari ni , pergi jumpa third party tersebut . sepatutnya jumpa khamis , but since aku ada dekat Dungun lagi , jadi aku tunda meeting tersebut . hari ni so pergi berjumpa . so now dah reward diri . semoga jadi pendorong untuk lebih berjaya sem ini . sem akhir degree dah ni . doakan saya . sekian . terima kasih .






