NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, January 24, 2012

TRUST ISSUE

Assalamualaikum ..

Sekarang musim cuti , confirm hidup aku tak se busy zaman belajar , oleh itu , blog aku kerap update , so orang akan rasa menyampah . haha . sebab tu , aku dah off kan networkblog dekat facebook sebab aku rasa people dont have to read this . blog ini umpama peringatan kepada diri aku untuk masa depan , juga mengisi masa lapang . so later , bila aku dah kerja , sibuk dengan kerja , sesekali aku bukak blog , baca post lama lama , mesti best . memory remains here . otak kita ni bukan 1tera capacity dia yang boleh ingat semua benda . kan kan kan ? 

Trust Issue ?

Sejak dua menjak ni , banyak aku dengar cerita tipu menipu ni . kepercayaan ni bagi aku sangat subjektif penggunaan dia . ada orang mudah percaya kan orang , ada orang sukar nak percaya dekat orang sampai satu tahap orang rasa macam " poyo gila ! asal paranoid sangat "  .. macam aku , aku memang senang nak beri kepercayaan dekat orang . itu memang style aku .. tak kira la orang baru ke , aku dah lama rapat dengan aku , memang aku amalkan konsep keterbukaan . aku cerita semua pasal aku .. semua dekat sini bukan lah 100% , but nearly 92% .. sebab aku prefer orang dengar cerita cerita aku dari mulut aku sendiri .. orang memang suka buat assumption .. lumrah alam .. so nak tak nak , deal with it .. tak perlu nak lari .. 

Evidence ?

Kes yang pertama , melibatkan firma guaman , tempat aku praktikal dulu . one of the lawyer , percaya kan kawan baik dia . yes , kawan baik . who does not kan ? dah kata bff , harus lah percaya . kalau tak percaya , tak jadi bff dah . orait rasa geli pulak . aku rasa bff ni lebih kpada female thingy . so one day , si A dan si B , andaikan B ni bestfriend kepada si A , dan si A adalah lawyer tersebut . si B mintak si A sahkan agreement jual rumah . so si A tanpa fikir panjang , just sign , sahkan . niat baik , tolong kawan kawan . so deposit telah dibayar semua . tup tup , once the payment has been fully paid , rumah tu tak wujud . rumah tu takde pun actually . so payment tu dibayar untuk apa ? untuk nothing ! siapa yang kena bertanggungjawab ? si A , sebab dia lawyer , dia sepatutnya lebih berhati hati . bila dia sign agreement , basically dia tahu semua keadaan dan basically rumah itu ada . 

Kes yang kedua , melibatkan syarikat kontraktor . si A adalah pemilik syarikat , dan si B adalah kontraktor luar . si B mintak untuk guna nama syarikat si A untuk dapatkan tender . dan telah berjaya . sekarang , contract dah habis , payment dah settle , tapi kerja tak siap . so sekarang si A nak kena saman sampai 2 juta . reason ? sebab tu nama syarikat dia . so dia supposedly liable . logik ? yer logik . bukti atas kertas , bukan atas percakapan normal antara dua sahabat . si A dan si B , juga adalah rakan karib . 

Kesimpulan ?

Secara general nya , berhati hati dalam buat keputusan . be it kawan baik , even adik beradik sendiri pun , kena ambil extra precaution . tengok kesan dan akibat nya . let them argue your act of investigating . sebab later , yang merana , diri kita . bukan dia . kita ni bakal jadi kambing hitam . tak salah percayakan kawan baik , tapi berpada pada . baik mana pun kita dengan seseorang , sayang mana pun kita dekat orang , ingat diri kita lagi patut diberi perhatian dan kasih sayang secukupnya . manusia mudah berubah , tak kira dari baik ke jahat , dari jahat ke baik . untuk kepentingan harta , adik beradik sanggup bunuh membunuh , apa tah lagi dengan orang yang takde perkaitan darah . 

" kerana duit , kawan rapat boleh jadi musuh ketat "


Saturday, January 21, 2012

PERJUANGAN PERTAMA HAMPIR SELESAI



Assalamualaikum .. 

Pertamanya , aku nak cakap aku dah habis final exam tahun terakhir sem terakhir, syukur Alhamdulillah . tapi selagi result exam tak keluar , selagi tu aku tak boleh kata yang aku adalah bakal degree holder . macam macam boleh berlaku . aku tak cakap lah aku mintak benda buruk berlaku , cuma aku tak deny benda tu mungkin , tapi aku mengharapkan yang baik baik sahaja . jadi , esok malam , aku bakal pulang ke kampung halaman . lepak lepak , sampai minggu ketiga , result akan keluar . so nanti kita akan tengok macam mana . 

Puas hati ? memang tak lah . sem ni bagi aku paling mencabar dan sangat sangat merisaukan . mungkin tekanan semester akhir . mungkin juga sebab soalan memang susah . bermula dengan paper International Law . permulaan yang tidak berapa baik bagi aku . aku boleh anggap itu satu kegagalan di pihak aku . ada perbezaan antara kau tak tahu dan kau tak boleh jawab dengan kau tahu tapi kau tak sempat jawab . aku jatuh dalam kategori kedua . aku tahu tapi aku tak sempat jawab sebab aku tak tau kenapa . maybe aku terlalu relaks dalam menjawab , aku bajet tangan aku menulis seperti larian atlet dari Nigeria . 

keluar dari dewan exam , hanya tuhan yang tahu . bagaimana hancur nya hati aku . bagaimana terkilan nya aku dengan diri sendiri . terus terusan mempertikaikan kebodohan diri . sampai satu tahap aku mempersoalkan takdir dan ketentuan Allah s.w.t . Allah itu maha adil dan bijaksana . dia bagi aku cabaran , dia bagi aku kesedihan , tapi dia masih sayang kan aku . dia bagi aku kesabaran , dia bagi aku kesedaran , dia bagi aku kawan kawan yang supportive yang terus terusan menyokong dan menasihati supaya aku tidak off track . syukur , aku redha akhirnya . tapi dalam proses nak redha tu , sangat sangat sangat sangat sakit . sakit yang tak dapat nak aku gambarkan dengan kata kata . tak dapat aku huraikan dengan air mata . tak dapat aku jelaskan dengan riak wajah . 

dari paper pertama nak pergi ke paper kedua , gap 4 hari . aku masih lagi down dengan first paper . amat sukar aku nak kawal diri . benci dan muak tengok buku . rasa sia sia . belajar pun takde guna . tapi paksa juga diri . terus terusan ingatkan diri supaya study , jangan sampai paper kedua juga ada perasaan kecewa . di pendekkan cerita , sampai lah paper terakhir tadi , walaupun ada sikit kekecewaan , namun tak pe lah . semua dah jadi dah . tapi mengharapkan keputusan nanti setimpal dengan usaha . Amin . 



teman belajar sampai 2 - 3 pagi 



penyejuk hati yang luka
=) 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...