NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Monday, December 27, 2010

Amran Cinta Salleh , Sabrina cinta Melisa

H – Hidup bebas
 :: mereka mahu hidup dan pergaulan yang bebas. Mereka memilih jantina yang sama supaya boleh hidup bersama, satu rumah, satu katil, satu toilet, segala galanya satu. Itu kebahagian bagi mereka.

O – Obstacles
:: mereka tahu wujud nya banyak halangan. Agama juga. Bukan islam sahaja menentang homoseks ni. Mereka sukakan halangan dan cabaran ni. Cabaran ni buat mereka makin intim dan merapatkan lagi hubungan mereka.

M – Memahami
:: dah kata satu gender kan.. mesti lah lagi memahami.. contoh kalau Minah sedih, for sure lah Siti pegi pujuk bagai nak rak, beli coklat, bear, bunga kan. Tapi kalau Minah merajuk dengan Samad, samad tak kesah pun. Habis habis pun samad cakap sorry.  Tp siti lain. Siti buat minah rasa dihargai.

O – Observe
:: pasangan ini akan memerhatikan pasangan yang lain. Golongan golongan ni biasanya suka bersaing dengan pasangan lain. Gusar pasangan mereka berpaling tadah. Jadi dia kuat observe orang lain untuk wujudkan hubungan yang almost perfect dan diinginkan.

S – Sentuhan
:: yang ni toksah cakap lah kan.. memang sentuhan mereka penuh kasih saying dan manja.. sebab diorang sama gender, so diorang inginkan benda sama, so mereka reti lah buat kan.. contohnya, lelaki mandi guna gaya A, perempuan guna gaya B. so takde kesefahaman kat situ.. tapi kalau mandi dengan sama gender, gaya yang digunakan sama, sentuhan pun mencukupi, usapan pun menghairahkan.

E – Entertaining
:: diorang menghiburkan. Sangat menghiburkan. Aku taktau macam mana, tapi ni pengakuan depa lah.

K – Korean
:: yang ni part Muka & Rupa Paras. Perempuan yang tomboy atau homoseks yang memainkan watak lelaki for sure jadi macam korea. Muka jambu je. Yelah dalam pasangan homoseks takkan lah dua dua bawak lelaki. Sorang mesti bawak watak perempuan jugak kan.

S – Sifat
:: sifat yang didambakan semua orang.. contoh, perempuan kalau couple dengan lelaki mesti ada yang tak kena. Contohnya lelaki tu berbau sket ke kan.. tapi kalau couple dengan perempuan, for sure bau wangi gile. Sebab dia pun perempuan jugak, walaupun ada sedikit kejantanan, tapi still naluri wanita tetap ada dalam diri mereka.

U – undang2
:: undang undang yang mereka sendiri tetapkan.. tak perlu ada undang-undang basic.. contoh kalau naik kereta, lelaki kena bukak pintu untuk perempuan. Kalau kuar, lelaki mesti blanje wanita.. baru orang kata gentleman.. golongan ni tak kesah pun gentleman ke tak, asalkan mereka bahagia. Haha.

A – Actor
:: lakonan yang mantap. Ingat senang ke nak pura-pura, nak sorok hubungan yang haram tu, nak simpan yang dia ni homoseks, suka kaum sejenis. Susah jugak tau. Kalau masuk pilih kasih neh, ish4 pening jugak Erma Fatima nak bentuk..

L – Lengkap
:: mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Dengan pecahan-pecahan di atas, lengkap lah hidup mereka sebagai homoseksual.

This is the real meaning of HOMOSEKSUAL .. Aku selalu dapat email yang di sent kan randomly .. aku kalau rajin baca , kalau malas memang tak sentuh pun .. biar je lah kat situ kan.. but this one, aku tertarik nak baca ( eh aku straight okay ) sebab dia punya title macam kelakar.. tajuk dia macam ni “ Ibu, Ayah, Azad dah ada pasangan hidup. Azad nak kahwin dengan dia. Ni gambar dia, nama dia Helmi Bin Abdul Rahman “ .. tajuk bukan main panjang.. haha.. so aku terbaca lah benda ni.. aku pun taktau lah sape yang send sebab bila aku try reply email ni, dah tak wujud dah.. sebab email dah ada dalam spam aku setahun yang lepas ..

Dia bagi situasi sebelum dia bagi ceramah panjang panjang untuk aku baca kan. Tapi aku pendek kkan, aku amek mana yang berguna je. Situasi dia macam kat atas lah lebih kurang. Ada parents mengadu dekat dia, dia ni refers kepada pengirim emel ni, yang anak dia ni nak kahwin hubungan sejenis. Dan dia dah halau pun anak dia kuar dari umah. Tapi dia pelik lah. Kenapa jadi macam tu.sedangkan dulu anak dia ni normal. Pernah bercinta bagai nak rak. So pengirim email ni bertindak sebagai kaunselor kanan parents tu dan kuarkan benda yang aku cerita kat atas ni jugak.

Macam macam lah sekarang nie.. aku pun ntahlah.. kadang kadang Nampak muka hensem, cantik, ingatkan straight.. alih alih duk pimpin tangan dengan same gender, jalan mesra2. Adoi. Rosak. tapi bagi aku research pengirim email ni tak berapa jugak. sebab terlalu general kan. tapi takpe, aku share jugak. buat tatapan umum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...