NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, December 16, 2010

Nokia 5800


orait, jawab dengan cepat dan pantas. jangan nak main-main. kita takde masa dah neh. nanti boss panggil kena buat kerja lagi. okay, sapa kat sini pakai hp neh? nokia 5800? sape? sape? ( kalau agak2 malu pakai hp ni sbb outdated, boleh angkat kaki, aku nmpk punye ) okey ada dalam 3 ratus orang. haha. ramai la pulak kan. eh bukan aku nak bg giveaway ke ape. aku nak kongsi tips sket. aku dah pakai hp ni dalam setahun jugak kan. masa aku pakai hp ni gempak lagi. takde waris, takde benih lagi. so time awal-awal pakai , suka lah angkat phone lmbt2, biar bunyi lama2 dekat depan public. bagi orang nampak. *riak kejap* hehe. time tu memang kembang lah hidung bila orang cakap " wei gempak lah hp ko neh " tapi skrg orang tak pandang dah. skrg kalo boleh bila kuar kat public, nk silent je phone neh. tak pun kalau bunyi, cepat2 tekan reject, malu dah outdated. kdg2 bila bunyi, cepat2 lari masuk bilik air. orang tan nmpk. haha.

ini semua sebab nokia dah curang. dia pegi buat dengan sape ntah. termengandung pulak dah. kuar lah x6. x6 ni kira anak haram kepada 5800. bak kata Jeniffer, illegitimate son of a bitch. kasi garis skit. hehe. tak kesah lah kan. kalau dari jauh, still org nmpk kita mcm pakai iPhone since kita touch touch kan. ala manja gitu. orait. phone nokia ni dah kata touch screen kan. dia mcm manja sket. tak tahan lasak. bila pakai lama2, mulalah jadi slow, touch screen tak pick up. oleh itu, anda perlulah upgrade OS. tgk? nokia ni baik. dia tak tinggalkan user die susah2 cam tu. korang just download OviNokia, haa once dah download, korang boleh uprage OS kat situ. kasi gempak sket. stiap kali OS upgrade, ada lah functions yang diupgrade jugak.

kadang-kadang kan, bila pakai hp gempak ni, kawan2 suka mtk nak main, pinjam nk guna. dan sebagainya. lepas tu dapat pulak kawan yang suka baca mesej kita kan. ( haa sape sape? jangan senyum2 tunduk2 yeah . mengaku je. ye aku suka baca mesej kawan2 aku, then buat ceramah. isi ceramah adalah himpunan mesej kawan2 yg telah dibaca secara sengaja mahupun tak sengaja ).. so kita mesti rasa tak secure lalu letak lah security code. chewaah mcm lah mesej ko tu private sgt kan. stakat abg sayang, daddy mommy, ala tak perlu lah kot. tapi takpe lah nak letak jugak kan. so kita pun tekan yes. so ade lah security code. tapi kawan kita ni lagi gempak, dia boleh baca pulak dah kita punya security code dgn hanya melihat kepada pergerakan tangan kita time kita masukkan nombor2 tu.

isk3 hebat btol kawan mcm nie kan. saiko pun ade gak. so kita tukar lagi dan lagi. bila tukar byk2 kali, haa sekali terlupa security code. mmg leceh gile gile kan. kena hantar kedai pulak dah. kena byr lagi. paling murah rm30. mmg lah rasa marah gile gile kan. ish3 berapa punya byk gile lah. aku pun byk kali kena. bila ada security hp ni, kita takleh nak reset factory hp. mengapa perlu reset factory, ok mcm ni kadang2 kan hp kita ni berat, jadi slow, OS dah latest punye dah. oleh itu kdg2 dinasihatkan anda reset factory. tapi kenalah buat back up dlu. orait. oleh itu, anda nak jimat? pegi carik mydin. hahah. takde2 sebenarnya hanya dengan tekan tika button. anda dah boleh reset security code hp. skrg rasa menyesal kan hantar kedai? harus rasa menyesal. 

tu laa lain kali tny lah Mr Google, he knows everything ok. cara-cara nye mudah, anda bukak laman web www.google.com then search lah. haaa. mesti korang ingt aku tipu kan. takde2 ni btol punye. kisah benar. korang tekan je tiga button ni secara serentak. ikot steps kat bawah eh. 

1- anda off hp anda. ok now, once dah off. anda ikot steps ke bawah.
2- anda tekan button call/hijau, rejectcall/merah dan tekan punat camera kat tepi secara serentak. ada satu lagi button, button on/off tu pun tekan sekali.
3- tekan lama2 sampai lah hp anda ter on sendiri.
4- bila dah on sendiri tu, maknanya anda berjaya reset no pin kepada nombor asal iaitu 12345 kot, xpun 01234. =)

selamat mencuba. good luck. senang kan. sambil kentut pun boleh buat. 

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...