Hari ni dah khamis. berapa hari je lagi nak kena naik bas Sani Ekspress balik Shah Alam. Oh tidak, memang lah tak best. bukan sebab tak best duk sane, tapi tak best kelas dah start kan. nak kena bangun pergi kelas lah. oh please, kenapa takde online punya kan best. sambil golek golek atas katil pun boleh belajar. preparation aku meemang takde lah, macam biasa. sebab sekarang parents duk sibuk pasal barang sekolah adik adik, so aku yang dah duk kat U ni, dibiarkan merangkak cari nasi sendiri. perumpaan tu. kena tunggu duit masuk dulu baru boleh nak beli apa apa.
sebagai lelaki yang budiman, aku tak rasa pape pun. naik bus ke turun bus ke. tapi ada lah makhluk pelik dalam keluarga aku ni kan, naik je bus balik U,dia akan nangis dalam bas sepanjang perjalanan. tak ke sewel tu? so kalau perjalanan 8 jam, so 8 jam lah dia akan nangis. sampai ke destinasi dia akan okay sket sebab jumpa kawan kawan. keesokkan hari, bila bangun siap siap nak g kelas, dia akan start nangis balik sebab baru sedar dunia dia dah berubah. hmm pelik btol. walaupun dah bertahun tahun duduk di perantauan, masih jugak macam tu. tak ubah ubah.
orang duk citer pasal bola eh. aku tak tengok. hehe.walaupun ada laser, ade perempuan seksi, aku tak terasa nak tengok pun.yang aku tau Malaysia menang je kan. dan semua duk puji Khairul Fahmi tu kan. ehehe. aku taktau nak kata dia hebat ke tak sebab memang aku tak tau. tapi aku pernah gak menceburi chewah takde2 aku pernah main bola gak. tu pun terpaksa. kenangan main bola yang aku takleh lupa masa form3, ada pertandingan lawan bola by class. then, kelas aku tak cukup pemain, aku terpaksa bermain. dan aku takde pilihan. terpaksa gak memalukan diri. aku telah diamanahkan untuk menjadi pertahanan. demi rasa cinta akan kelas dan sifat kekawanan yang menebal, aku gagahkan diri untuk masuk padang.
so bila bunyi wisel, semua orang start jadi aktif. aku mula alert dengan pihak lawan. then kawan aku duk gelecek (betul ke ayat aku neh) bola punya baik. aku nampak. tiba tiba aku pegi potong dia, dan aku sepak bola dia. dan semua orang diam tengok tindakan aku. aku ingat kan diorang fikir aku hebat. aku pun senyum senyum bangga ah. rupa rupanya aku sepak bola geng sendiri. hahaha so orang diam sebab diorang pelik kenapa aku pegi rampas bola pasukan sendiri. malu aku. lepas pada tu mmg aku tak main dah bola. hahha kalau main pun, aku duduk je dalam padang, berlakon kejar bola. haha.
p/s : duk godek godek blog awek si Fahmi tu, ada cerita cinta dorang. ahaks.
http://jejariruncing.blogspot.com/ pergi lah usha.
2 comments:
alolo. sape yg nanges macam tu skali. manje gile kot =P
all my sisters hehe
Post a Comment