NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, February 26, 2011

Lelaki Tak Suka Guna Duit Perempuan

 “ Yang , jom keluar tengok wayang nak . tengok upin ipin ke . “
“ Taknak Lah . takda duit “
“ Laa I nak belanja ni “
“ takpe lah . lain kali lah . okay bye “

Girlfriends , mesti korang pernah alami situasi di atas . confirm pernah . ke ada yang tak pernah . kalau ada yang tak pernah tu , hmm tunggu lah . kot kot nanti korang pun akan rasa jugak . aku tak doakan . tapi kalau korang tak rasa , kira okay lah . best lah tu . kira syok lah tu . meh aku nak bongkar rahsia lelaki sikit . since aku kan lelaki . so logik nya aku punya view mesti lebih kurang jugak dengan lelaki lelaki lain . kalau tak majoriti pun , minoriti kaum lelaki pun okay jugak . bila boyfriend tolak je permintaan girlfriend , mesti si girlfriend hentak hentak kaki , campk handphone atas katil , tutup muka dengan bantal sambil jerit “ Argghhhhh “ lama lama . si boyfriend pulak mesti duduk tepi tingkap , mengeluh panjang , fikir masa depan . confirm punya .

Ini kerap terjadi. Apatah lagi kepada pasangan couple students . si boyfriend seorang pelajar . begitu juga dengan si girlfriend . agak agak lah kan kenapa si lelaki tolak si perempuan nak belanja . sila pilih jawapan yang betul yang disediakan di bawah . sila bulatkan jawapan yang betul . 

a) Ego taknak makan duit perempuan . malu . bajet macho 
b) Taknak tunjuk dekat gf yang si bf ni tak mampu 
c) Ayat cover , padahal ada je duit tapi memang rasa boring dah keluar dengan gf je
d) Si bf dah ada date dengan perempuan simpanan 

Mana satu korang bulat ? aku mana tahu yang mana korang bulat . mesti semua bulat b kan . alahai baik nya jawapan korang . kenapa tak pilih d ? atau c ? “ boyfriend I baik , takkan main kayu tiga “ .. ecece confident nya . pergi check dulu . karang menyesal . mana mana lelaki normal dekat muka bumi ini, tak kesah lah Ahmad ke , Gerald ke , Adam ke , Yusoff ke , Brad Pitt ke , mesti akan tolak permintaan perempuan nak belanja .. atas sebab sebab tertentu .. mungkin sebab dia malu .. lelaki ni ego dia tinggi sikit .. so dia mesti ada sifat pemimpin .. kalau perempuan belanja , malu lah si lelaki . Nampak macam si lelaki tak mampu . dan bila so perempuan atau si girlfriend yang belanja , nanti senang si girlfriend nak ungkit bila gaduh . itu yang paling lelaki pantang . nak main ungkit mengungkit lak .

Dan kemungkinan yang lain adalah si boyfriend akan fikir macam ni “ alaa kau belanja wayang je pun . makan nanti siapa bayar ? minyak kereta ? tol ? parking ? ala setakat wayang rm10 tu aku mampu lagi laa wey “ .. rintih si boyfriend bila si girlfriend offer nak belanja .. so sekarang girlfriends semua faham tak kenapa lelaki tak berapa nak suka bila girlfriends offer nak belanja ?? dapat kan idea .. itulah .. tak ramai lelaki boleh nak guna konsep “ sharing is caring “ .. walaupun ada pasangan yang sanggup share share konon konon sweet kan .. lelaki bayar makan .. perempuan bayar wayang .. 

namun logik nya lelaki jugak akan keluarkan lebih .. mesti girlfriends duk jerit jerit depan laptop “ dah kau lelaki . gentleman lah . keluar lah duit sikit . kau nak aku . tapi kau sayang nak keluarkan duit . apa cer bai “ .. amboi cakap .. macam kita sorang je suka dia .. padahal dia pun memang nak gila gila dekat kita .. aku rasa tak salah kot girlfriends consider sikit . biar lah si boyfriend kumpul duit sikit, baru keluar. Baru lah syok kan . tak gitu . keluar pun rasa macam anak datuk je . makan tempat mahal . ni kalau tidak , pergi makan kedai mamak je . tu pun makan roti canai kosong share dua orang . minum air suam segelas sorang . total rm1.10 .. adoi .. tak ke lemau wei .. korang rasa macam mana ?? cuba share sikit pengalaman couple korang .. hehe .. 

19 comments:

Ayuni said...

mmg dier nk slalu byr tp sye slalu suggest sendiri2

SyedMuzzamir said...

HEHE bagus ayuni ni . =D .. untung bf die ..

cik-terompah said...

hmm . dua dua student . so , byk kene saving . paham paham sudah .!

Doppelganger said...

my ex-bf ske kikis dwet saya..
dan die curang pon sbb die nak kikis dwet pmpuan len

ATikah Mustapa said...

ler...xsalah pempuan bayar...xkan sang lelaki je kot keluarkan duit...sama2 kapel..sama2 blanja...xg2 tuan blog?

SyedMuzzamir said...

setuju .. share share kan .. tapi susah kot lelaki nak terima duit lelaki .. hehe ..

Cik Yana said...

Yeke lelaki tak suka guna duit perempuan. Ex2 cik Yana semua tak de duit mintak cik Yana transfer. Sebab tu la tensyen mintak putus. hahaha~ ingat wa cop duit ke ape? Hahahah~

cikdil said...

alamak..sy xprnah blnja bf..haha

Unknown said...

hurm..skali skala xpe..tp jgn diamalkan selalu...

chii biasa je jumpa laki guna duit pompuan..tp bukan guna sepenhnya la..
kalo duit wayang gurl banjer..so duit mkn laki bayar la..

kat sini kita leh blaja tolak ansur,,

jgn sebab ego..time x kawen x terasa lg,,,nnt jgn bila da kawen..timbul isu lain pulak :)

SyedMuzzamir said...

kawan kawan , kalau bf mintak duit dengan anda jangan bagi . saya cakap betul . baru couple dah pandai mintak duit. hehe

caliph shuriken said...

lebih suka klau bole berkongsi.. ada masa laki byr.. ada masa pompuan plak.. so, ikut keadaan laa...

p/s: cara cmni kita bole tau pangai kapel kita tu.. so senang nk wt kputusan utk gi next level, hikk...

latest en3: ~ aku, dia & vintage photo contest ~

lily da bunny said...

pape pon laki mmg xptut guna duit pompuan.. tak kira sebab ap pon.. klo baru kapel dah guna duit pompuan..camne la agaknyew bila dah kawen kan..

entry tbaru
http://oooemmgee.blogspot.com/2011/02/saya-bukan-gay-saya-ok.html

ZyzyAfrina (: said...

SOKONG! haha :)

rafina mimi abdullah said...

tak malu la guna duit perempuan..hehe..kecuali lelaki tu betul2 orang susah..

Anonymous said...

alaaa. bajet je . nanty susah mintak tolong marka jugak .

aman_arab said...

aku masa kapel dulu tak berapa suka kalau awek belanja..tapi la ni dah kawin..kalau bini offer nak belanja..sangat dialu-alukan :)

Dye Kronniesar said...

sendiri sendri kot.sbb tak kawen lagi.huhu...perempuan pun kene fikir jugak.jgn engat bf kite cop dwet nak mintak tu mintak ni.
huhuhuhu

Fathiah Hamim said...

erm. its either kitorang bayaq sindri2. or, gilir2. minggu neh aku belanja, next week dia pulak. as for duit minyak tol bagai, kami share. or tukaq2 car.

Anonymous said...

untung kepala jubo ko muka buruk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...