NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, March 22, 2011

ANWAR IBRAHIM & PELACUR CINA : DRAMA BARU TV4

dengan secara tiba tiba dan tak semena mena , heboh cerita keluar video berdurasi 20minit-30minit . kenapa heboh ? kenapa bukan video lain ? video Lady Gaga ke . oh by the way lagu baru Gaga sedap okay . born this way ke apa . first time aku rasa lagu dia best . SANGAT . ekhem ekhem . berbalik kepada kenapa issue video itu jadi famous . ia adalah kerana seperti di bawah :

Pertama , sebab Anwar Ibrahim . belum lagi settle kes dia dengan Saiful tu . ada lagi kest baru . kesian . kalau dia betul buat , well okay lah . padan muka dia . haa macam tu kan . tapi kalau dia tak buat , gila kesian beb . dan sangatlah tabah dan kuat dia menghadapi ini semua . haish . aku kena tuduh amik lolipop dekat kedai runcit depan rumah pun dah rasa tension tahap gaban . rasa maca nak terjun dari meja dalam kelas lecture pun ada . 

Kedua , sebab ianya didedahkan kepada media . yang ditunjukkan secara bergilir gilir mengikut kumpulan . hehe . macam nak amik result spm je kan . masuk sikit sikit . lawak lawak . yang penting , ianya didedahkan oleh Datuk T yang tak mahu dedahkan identiti dia . so kita boleh buat kesimpulan , Datuk Tembikai atau Datuk Terung , atau Datuk Temberang . Opsss . 

Ketiga , sebab dia adalah video SEKS . ouchh . mana mana je . video seks siapa siapa pun akan menjadi perhatian . diulang PERHATIAN . sebab lumrah manusia biasa kan ada nafsu . ni pulak melibatkan orang kenamaan . yang lagi penting video ni lagi jelas dari video Menteri cina sebelum ni tu . di ambil dari pelbagai sudut . dan sangat clear . dan HITAM PUTIH . ala ala cerita P Ramlee okay . 

yang lawak kan , didakwa video bertarikh 21februari ni kan , tertinggal dekat bilik hotel lokasi "benda tu" di buat . malu nak sebut seks . so tukar dengan "benda tu" boleh ? dan kuatkan bukti diorang kata jam anwar tertinggal dalam bilik hotel tu . aiyoo macam lah dalam Malaysia ni anwar je pakai jam tu . hmmm . taktau lah . siapa yang benar siapa yang salah . dia mangsa atau pemangsa pun taktau lah . apa apa pun . tak perlu lah nak amek tahu sangat sangat sangat . just tahu kenapa sudah . benda politik ni DRAMA je lebih . hehe . jom tengok apa Anwar kata , apa PAS kata , apa Datuk Zaid Ibrahim kata . 


"Apakah mereka telah menyaksikan klip video berkenaan untuk mengatakannya palsu? Saya pasti mereka belum lagi (melihatnya)dan setakat yang kita tahu belum ada sesiapa pun lagi yang berpeluang menyaksikannya melainkan pemegang video berkenaan dan beberapa wartawan yang diberikan peluang untuk melihatnya," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, PKR awal-awal lagi mengatakannya palsu.
"Itu adalah naluri mereka. Malah itu adalah prosedur operasi standard mereka...," ujarnya lagi - Zaid Ibrahim
"Saya percaya ada penglibatan pihak-pihak tertentu di sebalik mereka ini yang telah kelihatan di Carcosa Seri Negara dan mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka.
"Saya menuntut satu siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah dijalankan dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga saya di bawa ke muka pengadilan," katanya. – Anwar Ibrahim
"Ia tidak menjejaskan hubungan PR kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpegang teguh kepada prinsip bahawa ini adalah fitnah.
"Dalam PAS apabila kita menerima berita sebegini kita akan siasat terlebih dahulu. Apabila kita sudah sahkan berita ini maka kita hanya ketawa kerana ia jelas satu fitnah yang besar,”
"Ini satu ujian kepada PR dan pada masa yang sama ini satu hadiah kepada masyarakat supaya mereka membuka mata mengenai kerja jahat pihak tertentu.
"Ia sengaja dibuat memandangkan pilihan raya negeri Sarawak akan tiba tidak lama lagi. Namun ingin saya tegaskan di sini perkara ini tidak akan menjejaskan PR,”  - Datuk Nizar, PAS

6 comments:

ui said...

ayoyoyoy...x abis2 lagi dgn isu seks kan.....dah bosan dgn mainan politik ni

indah.com said...

mainan politik ni,bunuh pun sanggup,apa tah lagi setakat fitnah.piiirrrrahhhh.Jahanam umno

Peja said...

nak komen, tp xtau dah nak komen ape.. kesian plak kat DSAI... byk betul tekanan...

feyza said...

politik..oo politik..~~

tiqosmile said...

misal kata lah...video ni memang ada kaitan dgn politik...
aku ada soalan???

kalau berpolitik secara damai, tak boleh ke???

lagi damai lagi ramai...kan?

Shah Rizar said...

tak abis2 laa.. bosan aku.. ni yg aku wat makin meyampah dgn U*** ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...