NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Friday, March 18, 2011

cantik luar , cantik dalam , cantik dengar sini ..


sebelum apa apa , tolong view dulu video terbaru matlutfi tu boleh ? tajuk dia dah macam best . aku dah lama actually nak cerita pasal ni . cuma asyik terlupa je . so sekarang kebetulan kan . aku sambung je lah boleh ? bukan aku copy idea lutfi ni . dia copy aku . hahaha . yes , aku bersetuju dengan semua idea dia . memang betul pun , beauty lies in the eyes of the beholder . pernah dengar kan quote tu ? dan semua orang nak jadi cantik . tipu lah kalau takde . perempuan mana nak nampak hodoh bila keluar dari rumah diorang ? perempuan mana yang nak nampak selekeh bila keluar dating degan bf diorang ? perempuan mana tak sembur perfume bila keluar pergi buang sampah ? okay yang ni melampau . 

definisi cantik ni berbeza dengan setiap orang . disebabkan perbezaan tu lah wujud nya different taste antara individu dengan individu yang lain . contoh si A minat perempuan chinese look . si B minat perempuan kulit gelap . si C minat perempuan pakai tudung wardina . si D minat perempuan tak pakai tudung , rambut macam Jlo . si E minat perempuan takde hidung . PENIPU BESAR !! harap maklum . MUSTAHIL !! jadi itu lah . tapi aku tak nafikan dalam 100 orang , mungkin ada 10 orang yang mempunyai taste yang sama . mungkin si F , si G , si H dan si K mendefinikan cantik sebagai perempuan mata luas . sebab memang manusia ni berbeza . tapi ada juga yang sama . even dalam dunia ni , ada 7 orang muka yang iras dengan kita . jap , aku ingat ingat lupa . betul ke 7 orang eh ?

zaman Milenium ni , zaman Justin Bieber lah senang kata , bukan perempuan je nak cantik . lelaki pun sama . sekarang lelaki dah pergi buat facial treatment . siap ada yang pergi pedicure , manicure bagai . amboi kalah mak aku . mak aku tak pergi pun ni semua . haha . belum lagi yang pergi manjakan diri dekat spa kan . hehe . sekarang benda tu jadi normal . sebab semua orang nak nampak cool dan hebat . yes , aku pun nak kalau aku ni berduit . hehe . even sekarang dah ada lelaki pakai botox , cucuk vitamin C . yang paling teruk , siap ada yang pakai gincu sikit . nak suruh bibir nampak merah . bayangkan lelaki pakai gincu , bibir merah , bibir tu pulak besar dan terjuwes di depan ? erk , serious tak lalu nak hidup . harap takde lah yang buat macam ni . 

tak salah nak cantik . tapi harus BERPADA PADA . tak salah nak pakai bedak , tapi JANGAN terlebih pakai . nanti nampak macam Pontianak Shuhaimi Baba . lawak lawak . aku duk tengok Hantu Kak Limah actually . aku nak cuba gelak part yang diorang lari bila nampak hantu , then kamera zoom dekat muka diorang je . aku tak faham macam mana orang boleh gelak . sedangkan bagi aku tak KELAKAR langsung . SERIOUS . aku cuba untuk gelak later on . 



3 comments:

cty said...

btol2...xklaka lgsong part yg lari 2..ntah hape2 je kan...

amymemey said...

hehehe...nice sgt atikel ne..
hehehehe...
terus kan ye... ^_^

cik kia said...

heheeee cantikkk dalam tu yg kekal selamanyeee ;0

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...