NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Saturday, March 19, 2011

CERITERA KERETA DI HIGHWAY


Kepada yang sedang membaca , terima kasih kerana sudi menjenguk ye . mesti semua sihat kan ? takkan lah orang sakit pun ada kudrat nak jalan jalan di internet . unless kalau korang makan panadol active5 . kenapa active5 ? sebab tu lah panadol paling mujarab untuk diri aku yang jarang sakit ni . ekhem ekhem antibody kuat okay . tapi sekali sakit , haru dibuatnya . kalau aku demam , pening kepala , rasa nak pitam , dunia berputar putar , hidung berair , hidung tersumbat , aku akan berlari lari anak ke farmasi lalu menjerit “ akak , nak panadol active5 4 biji “ .. then akak tu akan tanya “ buat apa dik banyak banyak ? “ .. “ 2 untuk sekarang , 2 untuk masa depan . Ho Ho Ho “ jawapan aku . tapi aku tak pernah lagi nak jawab macam tu . sebab bila otak pening , takde mood aku nak bergurau . harap maklum . kalau Zizan dengan Johan Raja Lawak , datang bergolek dekat aku time tu pun , aku dah rasa tak LAWAK LANGSUNG . tapi taktau lah . kalau diorang punya lawak tu boleh blah , maybe aku tersenyum sedikit . hehehe .

Pernah tak korang beronda ronda di Bandar , sambil memandu kereta , dengan angin sepoi sepoi bahasa , sambil melayan lagu lagu mengasyikkan rock kapak , teringat ingat memori silam ketika first time dating dulu , dan di kala kepala anda duk melayang tu , muka tersenyum bab garuda , kereta anda batuk batuk dan menunjukkan sindrom H1N1 .. pernah tak pernah tak ?? mesti pernah kan .. kalau tak pernah pun , buat buat pernah lah .. sporting lah sikit .. apa lah Korang ni .. mesti rasa macam , adoiya potong stim betul lah ini kelete .. eh pelat pulak .. kereta .. yes .. dah dapat feeling kan sekarang ?? bagus ..

Hari ni , aku bersama seorang kawan , pergi ke Bangsar , demi mencari sesuatu . sesuatu yang bakal merubah kawan aku ni jadi Lee Chong Wei , mahupun Lin Dan ( ayat jurujual tersebut ) .. HaHaHa .. tapi dekat mata aku yang jujur dan ikhlas ni , nama same je pun .. sebijik macam mamat Vietnam yang duk jual kain batik dari rumah ke rumah sambil naik motor , berpeluh peluh , demi mencari sesuap nasi .. Yes , itulah .. tapi ayat jurujual .. harus lah Manis , Bergaya dan Stylish kan .. correct or not ?? KOREK okay .. actually , dari Shah Alam lagi , kereta menunjukkan isyarat , bagi hint yang dia tak sihat .. tapi kita ni manusia kan .. selagi dia boleh bergerak , selagi tu kita paksa .. sebab kita tau kereta tu tak boleh bercakap kan .. cuba kalau kita, tengah sakit, orang paksa pergi kelas .. suka tak ? suka tak ?

Dipendekkan cerita , time kiteorang on the way pulang , temperature naik mencanak .. melebihi meter kereta .. oleh itu , kereta diberhentikan di tepi jalan .. fikir punya fikir .. kebetulan , Abg Mekanik datang .. out of nowhere .. macam wonderpet pulak .. tapi biasa lah .. dekat highway ni memang selalu je mekanik main pusing pusing .. good job lah kan .. so dia picit picit sikit kereta tu .. boleh lah berjalan balik .. kena tukar motor kereta .. kipas tak pusing katanya .. haa tengok , kereta tu merajuk lah tu .. sampai taknak gerak terus .. nasib baik lepas kena pujuk , dia okay balik .. kalau tak , kami tidur di federal highway lah Nampak gaya ..

Actually , ni second time jadi bila aku keluar dengan kawan aku ni .. hari tu lagi kelakar .. tayar kereta pecah .. okay melampau ..bocor .. nasib baik lepas sikit pada tol .. so senang nak mintak tolong .. call lori tunda .. aku duduk dalam lori tunda tu .. abang lori tunda tu kelakar .. cerita macam macam .. kiteorang layan je .. yang penting kan .. HON DIA BUNYI ANJING YANG SANGAT BISING .. bila dia hon kereta orang kat depan , ibarat seperti anjing mengejar kucing di depan .. so aku simpulkan setiap kali aku keluar dengan kawan aku ni , mesti ada yang terjadi .. memori tu okay .. oleh itu , sebelum anda ke mana mana , jangan lupa servis kereta okay .. jangan biar kan kereta tu tak berservis .. kesian dia .. sampai masa kena servis , kita servis .. kereta macam manusia jugak .. bila sampai waktu lapar , kena pergi makan , bila perut penuh, pergi buang sikit apa yang patut .. hehe .. 


4 comments:

armouris said...

info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

Panglima Muda said...

salam ziarah

nur said...

moralnye.. jangan kuar dengan kawan tu..hehe.. betul tu.. servislah kereta anda..
JOM KE: ALL IN ONE

Mawar Merah said...

Besaunye keto..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...