NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Wednesday, March 16, 2011

KENAPA MUDAH SANGAT PERCAYAKAN ORANG ?

Percaya = Trust
Trust = Percaya

ini lah dia benda yang duk terlekat dekat kepala aku lately . dia duk main main , duk joging , duk buat larian setempat dalam kepala aku ni . sampai kekadang aku tertidur terlena tersesat dalam mimpi sendiri . haish . aku pun tak pasti kenapa . kenapa benda ni ? kenapa ? kenapa ? kalau kuar Burger ke Donut ke , best jugak . orang kata makan secara imaginasi . boleh kenyang kot . secara psikologi lah . boleh lah aku kurus kan lepas ni . ekhem ekhem . oleh itu sekarang ni aku nak try rungkai pemasalahan dalam otak aku ni . macam the mentalist dah aku ni . tapi mungkin jugak macam hacker kan . sebab aku nak try godam kepala aku sendiri ni . horayy . sebenarnya kan konsep trust ni mudah je . bila kita percaya kan seseorang , kita akan rasa selesa . bila kita rasa selesa , kita akan beri sepenuh kepercayaan kepada dia . dan bila kepercayaan tu di salah gunakan , haaa tang tu timbul masalah . sebab kita akan rasa tak secure . yela dah banyak rahsia kita dengan dia. eh last last dia buat hal pulak . 

situasi dia mudah . aku bagi gambaran sikit . biar clear . aku bagitau farha ( bukan nama sebenar ) satu rahsia . dan aku dah cakap awal awal clear lagi dekat telinga dia , bahawa jangan bagitau qiena ( bukan nama sebenar lagi ) . alih alih tak sampai lima minit , qiena dah tahu . farha dah pergi cerita . gila gempak okay . macam otak qina dan farha ni bergabung je . cepat betul transmit cerita . tapi kalau rahsia yang biasa , takde hal lah wei nak heboh pun . tapi tengok rahsia lah bai . kalau setakat rahsia biasa tu , heboh je lah . tapi kalau rahsia tu ada seal kat depan tu tulis  HAK MILIK KERAJAAN MALAYSIA , SULIT JANGAN HEBOH . jangan lah heboh . tu boleh memalukan dia kan kan ? 

aku kan jenis yang mudah gila nak percaya kan orang . sebab aku anggap orang sekeliling aku ni suci murni . hati bersih macam kain putih yang baru cuci dengan febreeze . tapi aku letakkan batas lah . even aku percaya pun , takde lah aku beritahu semua . aku pilih pilih juga apa nak cerita kan . kalau cerita semua , bahaya lah kan . aku pun tak faham kenapa orang mudah sangat percaya dekat orang . kalau percaya biasa biasa je takpe . ni percaya tahap maniac . sampai sanggup serahkan segalanya . termasuk mahkota suci seorang wanita . paham lah kan maksud aku ? tu laa yang jadi kes sampai lari ke lombok bagai . dan menyesal di pertengahan jalan . bukan tu je , sekarang ni popular kes budak malaysia kena tahan dekat airport lah imigresen lah sebab bawak dadah . padahal dia taktau pun bungkusan dia bawak tu dadah . dia cuma tolong kawan dia je . haish . hati hati bang kakak semua . kalau orang mintak tolong bawak bungkusan ke apa , check dulu kandungan . ambil langkah penjagaan dulu . jangan amik dan terus blah . nanti merana diri tu . aku pun pelik macam mana orang yang kena tahan ni tak terfikir langsung untuk check apa barang dalam bungkusan tu . adoiii . 

kena ingat wei . jangan terlalu senang percayakan orang secara total . nanti diri sendiri yang sengsara . aku pernah sekali . akibat tertalu percayakan kawan yang pijak semut tak mati depan aku , siap semut tu ketawa terbahak bahak sebab geli kena pijak , rupa rupanya tikam aku dari belakang . duk jaja cerita keluarga aku . ape citer bai ? semua orang kat dunia ni baik ada sebab . setiap orang ada agenda tersendiri . kalau tiba tiba dari yang tak baik , jadi bestfriend tu , adalah benda dia nak tu . kena hati hati . jangan pakat bedal je okay . 




7 comments:

Sebona said...

febreeze menghilangkan bau lah awak... hehehe vanish baru menghilangkan kotoran. agaga

heh orang sekarang ni susah gile nak cari yang hati suci murni macam minyak seri murni tu..

kadang-kadang, depan kita baik tapi kat belakang kita dialah ketua penipu.

whitecappuccino said...

rambut sama hitam..hati lain2..

JumpZeera said...

jangan cepat percaya kat orang...
jangan jangan jangan! :D

Najeera Yahya said...

erm..sabar ye ... say pernah kena juga masa sekolah rendah ..shbt yg dianggp shbt dunia dn akhirt kelak telah menbongkar rahsia diariku ....tidak kusangka ....hurmmm

puteri ain said...

kne selaloo hati2 walau dengan siapa pun ...

farhan said...

entry yg menarik...btul jgn percayakan org sgt.terutama kwn2..huhuh.setiap orang ada agenda tersendiri

shamyheart said...

nak kawan pun kena pandai pilih jugak. tak semua orang baik dgn kita.. jangan mudah percaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...