hari tu , duk lepak lepak dengan kawan kawan dekat Medan Flat Seksyen 7 , blogger Jenol meng-inform kami tentang berita yang dia baca . katanya kahwin dekat masjid tak boleh . orang terengganu kata dok leh . take note tu , aku ajar vocab orang terengganu . so nanti senang . kalau ada yang pasangan orang terengganu tu , tak yah nak kekok kekok cakap luar luie dengan family pasangan tu okay . orang terengganu ni baik baik okay. hehe . so bila Jenol cakap macam tu , apa lagi blogger Shauki bidas terus . " tak dok eh .. bulih je " .. begitu lah cerita nya .. aku tak komen pape .. sebab aku taktau .. aku just cakap " ye ke / is that true ?? kidding kidding eh ?? " .. kita kalau tak tahu , cakap tak tahu .. tak perlu nak tunjuk lagak buat buat tahu ..
jadi kelmarin dulu ade jugak terbaca dekat surat khabar .. aku lupa pulak link tu aku letak kat mana .. cuma dia cakap boleh .. so hari ni , individu yang bertanggungjawab mengeluarkan isu nikah di masjid ni adalah Ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh .. hari ni dia nak betul kan salah faham orang .. orang duk ingat Datuk J ni , aku bahasakan Datuk J lah senang , pendek untuk Datuk Jusoh .. orang duk ingat Datuk J ni kata nikah dekat masjid ni menyimpang dari landasan agama .. dan sebagainya .. isk isk isk .. silap .. tak benar itu .. totally wrong .. Datuk J cakap lain lah .. jom baca sikit apa Datuk J kata orait .. then kita nilai sendiri macam mana ..
“Ketika mesyuarat ada seorang imam beritahu kepada saya ada pasangan nak buat akad nikah di masjid, kemudian saya kata tidak perlu buat di masjid kerana di mana-mana pun boleh selagi cukup syarat nikah.
“Kemudian saya jelaskan kalau selalu buat di masjid kemungkinan ia akan menjadi satu upacara yang bertentangan ketika di zaman Rasulullah sebab ketika itu Rasulullah tidak pernah buat akad nikah di masjid.
“Rasulullah tidak pernah buat, jadi buat apa mesti kita nak buat tapi kalau nak buat itu tiada masalah kerana Rasulullah tidak pernah melarang mana-mana pasangan yang nak bernikah tidak boleh buat di masjid,”
“Kita agama Islam tiada jurunikah, yang ada hanya wali sahaja... saya cuma tak mahu nikah di masjid ini jadi satu amalan dan Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
“Nikah di masjid ini bukan amalan Rasulullah dan Rasulullah juga tidak pernah menikahkan anak perempuannya di masjid . . . begitu juga dengan para sahabat, kalau bukan amalan Rasulullah buat apa nak ikut, lagi pun bukan wajib untuk lakukan akad nikah di masjid,”
Menurut Ahmad, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.
“Itu hanya sekali sahaja Rasulullah melakukan akad nikah di dalam masjid, bagi saya kalau Rasulullah tak buat dan bukan jadi amalan Rasulullah buat apa kita mesti nak buat.
“Tapi kalau nak buat tiada masalah sebab Rasulullah tak larang cuma saya tidak galakkan, itu sahaja,” katanya.
INI GAMBAR GOOGLE
HARAP MAKLUM
RASA MACAM NAK NIKAH
MALAM NI JE ..
ADASIAPA YANG SUDI ??
KITA BUAT DEKAT PUSAT ISLAM, UITM
7 comments:
haha...pusat islam mane tu??shah alam kah?
biasalah tu. org2 zaman sekarangkan suka mengkontroversikan sesuatu yg mereka tidak faham sepenuhnya.
owhh...
gua pun pening..
owh... macam tu rupanya...
hehe :)
tapi kan..kalau nikah kt rumah lagi best.. cewah, macam dah pernah mengalami!! hihi
owhhh... baru faham.... tak digalakkan... sbb Rasulullah tak buat...
Post a Comment