NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, March 3, 2011

Pabila Buah Nangka Jatuh di Menara .. Aduh ..

hai . selamat pukul 8pm . petang ni kan aku pergi kuar makan dekat khulafa bistro seksyen 7 dengan kawan aku Lena . macam biasa lah makan makan . actually aku tak biasa makan mamak . ni first time . ahaks padahal mamak lah best friend aku selama aku belajar dekat UiTM ni . then we went to baskin robin . haa haa yang ni Lena belanja . ahaks . biasa lah . orang hensem harus lah perempuan perempuan yang tak berapa cantik ni belanja . nak pikat hati aku lah tu . ish ish ish . taktik kotor . bayar aku dengan baskin robin . tapi takpe . aku tak kesah . bab bab makan ni orang kata tak baik tolak . orait . hold kejap sini . aku nak cerita insiden malang aku .

kan pagi tadi aku gila excited sebab kelas takde kan . oleh itu , pukul 10 baru pergi kelas . kebetulan kelas dekat Menara SAAS  , budak uitm confirm tau kat mana tempat ni . so aku amik peluang ni singgah atm bank simpanan jap . nak keluarkan duit belanja sikit untuk minggu ni . yang tak seberapa ada tu kan . aku masuk 5 6 kali . card aku asyik reject je . memang lah kad aku tu dah buruk tapi perlu ke bank reject . kurang asam betul . aku tensen . terus blah dari atm siap maki hamun bank lagi . tengah tengah maki hamun , guess what apa jadi ? Gedebukk .. nangka jatuh dari pokok .. ahaks mana ada pokok wei .. aku lah yang jatuh .. selipar licin .. malu beb .. kau bayangkan lelaki hensem segak berbaju kemeja berselipar tak berapa nak jepun jatuh tergolek sambil membawa briefcase BONIA . aku besarkan BONIA Okay . tak main lah brand Uptown ni . hehe . 

aku pandang kiri kanan . takde orang . rezeki aku . takde orang nampak aku jatuh dengan cute nya . tapi bila aku pandang depan , opss ade awek seorang tengok pelik dekat aku . macam dia terkejut . aku pun terkejut tengok dia . aku bingkas bangun . lap lap punggung ni . check takut basah ke . nasib baik tak basah . terus undur lalu jalan belakang ke Dewan Kuliah . aku actually saje nak lalu jalan depan sebab rasa macam nak jalan ala model je depan orang ramai kan . sekali aku terjatuh lah pulak . boleh pulak macam tu . rasa dah jalan habis baik dah tadi . aduh . nasib baik beb takde orang nampak . kalau tak ? tak ke gila namanya. tapi betul lah . dan dan je boleh jatuh . time lain taknak jatuh pulak . time aku macam model tu lah dia jatuh . kaki oh kaki . kat bawah ni lah lebih kurang part aku jatuh .


yang aku pelik kan , kenapa awek tu buat muka pelik . hmm mengikut firasat aku lah kan , mesti awek tu dah lama usha aku . start dari aku masukkan kad ke dalam slot kad dekat atm tu untuk pertama kali . hehe . stalker tu . dan mesti dia duk puji puji aku kan . hensem ke macho ke . tapi sekali nampak mamat macho yang dia puja 5 minit yang lepas , jatuh bergolek . mesti lah terkejut . tapi lah kan .. hmmm aku rasa mesti dia terpegun sebab mamat hensem jatuh tapi still nampak hensem . ala ala Remy Ishak dalam iklan dashing part bergolek tu . horayyy . aku rekod tau video aku jatuh . sila tengok di bawah .


4 comments:

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, malu gila kowt klaw jatuh macam tu.. Klaw aku jadi hang, dah lama aku sorokkan muka aku kat dalam lubang jamban.. HAHA ;)



MySuaraBlog: Sperma Dan Kesuburan Lelaki

cik ungu said...

hehehe..
msti ensem sngt kan tyme 2..
smpai awek 2 pn terkezut mlht nye..XD

panda said...

kesian kot jatuh macam tuh ;)

MiZ Rayy said...

apa la awek tu... kot la nak tlong.. xdak ati prot langsong.. Kalau la aku d tmpat awek tu, msty aku tlong punya laa.. tlong gelak.. kahkahkah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...