selamat pagi dan salam sejahtera . macam ayat zaman sekolah rendah dulu , setiap kali buat surat tak formal . sihat semua ? hujung minggu ni memang dah lama aku tunggu . sebab nak tidur puas puas . tapi masalah nya bila sampai hujung minggu ni aku rasa boring gila gila . padahal kan bila hari isnin - khamis aku rasa gila gila tak sabar nak tunggu hari jumaat sabtu ahad sebab time tu aku takde kelas . nak tengok movie pun rasa lemau . nak tido pun jadi tak ngantuk . senang cerita nak buat apa apa pun rasa tak enjoy . hmmm .
eh aku nak tanya sikit boleh . macam ni , aku kan selalu juga baca novel kan . then ada satu part yang aku tak faham . ekhem ekhem . macam mana aku boleh tersentuh baca novel ni ? aku ke yang jiwa kristal ? atau memang novel tu best ? tapi takkan lah perkataan mampu nak bawa emosi lelaki hensem macam aku ni ke tahap itu ? aku ni hati jeli ? ye ke ? macam nak tahu hati kita jeli ke tak eh ? *Pening*
sepanjang korang hidup lah kan , macam aku 21 tahun , so sepanjang 21 tahun lah . kalau korang 45 tahun . jadinya sepanjang 45 tahun lah . hehe . pernah tak rasa sayu , sedih bila tengok sesuatu ? maksud aku selain dari tengok mak ayah bangun pagi , bekerja keras , nak tampung keluarga . pernah tak ? mesti pernah kan , banyak keadaan sebenarnya korang boleh rasa macam ni . aku nak cerita something . ekhem ekhem . tapi jangan cerita kat orang lain eh . lepas baca diam je eh . janji okay ?
macam ni , aku dulu pernah lah kan ada kawan yang boleh kata serasi dan seronok bila berbual . memang rapat mesej , call semua . kalau apa apa , dia lah tempat aku nak bertanya kalau aku tak faham apa apa , dia lah tempat kadang kadang aku duk cerita masalah . tapi semua ni berlarutan sampai setahun je . lepas tu , hubungan kami ni makin renggang dan renggang . sampai lah jadi tak baik langsung . dan aku tak pula cari pengganti dia . pause kejap . mesti nanti pulak yang salah faham . maksud aku pengganti kat sini macam kawan untuk berkongsi susah senang , faham tak ? okay . so kira lepas kami tak rapat tu , aku jadi tawar hati dah nak cari kawan macam ni .
sebab ? hmmm malas lah . sebab nanti rapat rapat , then hilang macam tu je . dan kadang kadang buat aku malu je . aku duk cerita semua kat dia . entah apa pandangan dia dekat aku kan . so kalau ikut , aku takde lah nak hilang kawan macam tu je . on certain events , aku mesej jugak dia . tapi jarang gila . kalau mesej pun sekeping dua keping je . honestly , memang aku sayang dia pun . dah kata rapat gila kan . kenapa aku jadi renggang ? hmm tak perlu lah kot kongsi dekat sini . tapi aku tak tahu apa sebab yang sebenar benarnya . aku ada juga dengar dengar tapi bagi aku kalau tu lah sebab nya , tak relevant lah . CHILDISH . tu je aku boleh cakap .
sem ni aku jarang gila gila nampak dia . boleh kata sekali je aku nampak . nak jadikan cerita kelmarin dulu , aku keluar dengan kawan aku . then aku nampak dia somewhere . and i was like , :'( .. tiba tiba rasa sayu .. sedih pun ada gak .. tengok dia .. aku tak tau kenapa .. tapi tu apa yang aku rasa bila aku nampak dia .. aku takde lah pergi tegur .. sebab aku dalam kereta .. semua kenangan lama datang balik .. tapi nasib baik aku dengan kawan aku .. so ter alih jugak perhatian aku dekat benda lain .. kalau tak, memang tak pasal la weh ... aku tak tau kenapa aku tulis macam ni .. tapi rasa macam nak tulis.. korang pernah alami apa yang aku alami ?? cer citer .. cer citer ( tangan tu kena goyang macam dalam cerita Hantu Kak Limah eh ) ..
12 comments:
pernah je rasa sayu. betul ah bile tgk parents susah. sbb azie pn bukan org senang.
pasal kwn tu ade juga. tp die pun macam xnak kawan dah bile jupe kawan baru. dulu rs cm nyesal je cite kt die seme. tp kan. mesti dia pun rasa cmtu gak. hehe
sayu pulak aku baca diari ni...
mesti ar malu... tba2 jauhkn diri..
dah ar bnyk info diri kita bagi...
aleh2... hilangkn diri...
T_T ---> prnah gak mcm tu :waa !!
klau jodoh xlari kemana :) tggu dan lihat kuasaNya
bakpe ni amer..jgn la sayu2..relax la..mu kan laki..org laki xleh nangis..
saya dengar kalau orang laki yang sedih,mesti sebab dia kena reject atau putus dengan awek dia..awak masuk kategori mana?hehehe
org tu perempuan ehh? tk pernah ke confront dia, tanya kenapa?
manja pun pernah juga berlaku mcm nie, tapi nak wat mcm mana mcm2 faktor menyebabkan benda nie jadi mcm nie huhu
pnah rasa sayu bila parents wat keja...
sayu?bila nak beli sesuatu tapi dah habis!sayu balik umah menangis2~
kalau akak nora, better akak terus terang lepaskan apa terbuku..yg penting kita lega..
terkejut bila baca post ni... pasal aku pun pernah experience macam ni baru-baru ni tsktsk:'(
tak apa... kita ambil semua ni sebagai dugaan, gerenti kita akan dapat kawan yang lebih setia nanti, inshaAllah :)
Post a Comment