NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Thursday, April 7, 2011

Cara Mudah Nak Kaya

salam tengahari . baru habis kelas . lepak lepak dekat rumah . masih berbelah bahagi . antara mau pergi kelas atau tidak . kelas pukul 2.30petang . hujan renyai renyai di luar . kalau pergi kelas , kemungkinan bila masuk dalam kelas , baju basah kena hujan . kenapa tak pakai payung ? sebab lelaki pakai payung nampak jambu . aku taknak orang kata aku jambu . tolong jangan muntah darah . ini kenyataan . bukan auta . sekian terima kasih . macam robot je aku type ni . hahaha . biasalah . bila otak duk running laju ni , macam macam lah keluar . 

dalam kelas tadi kan , aku duk risau je . sebab hari ni belajar pasal prospector . ni bab terakhir untuk subjek Association 1 ni . minggu depan test . prospector ni amat penting untuk investment . madam aku cakap , " investment is very important for your future . and at this age ( 21years old ) , is the best age for you to start investing "  .. pandangan aku terhadap investment ? tak berminat . sebab pulangan lambat . hee . aku nak benda express . kalau aku labur hari ni , esok aku nak pulangan dua kali ganda . boleh ? memang tak de lah kan . dah nama pelaburan Syed, tak kan lah pulangan secepat itu . 

madam kata lagi , orang yang bijak , orang yang buat investment . dan orang yang fikirkan masa depan , adalah orang yang buat investment . hmmm macam aku takde masa depan yang cerah je . haha . apakah ? madam suruh mulakan dengan ASB . iaitu Amanah Saham Berhad . aku tak pernah ada pun akaun ASB . dan masih lagi tak berminat nak buat . sebab aku fikir , time ade duit lah masa untuk berbelanja . bukan untuk menyimpan . bila takde duit , dah catu makanan . takkan bila ada duit , nak catu jugak . kan kan ?  

dan madam lagi suruh kiteorang apply kerja dekat Security Commision . hee gaji best kerja glamour . aku ada kawan kerja kat situ . dari Bursa , tukar kerja dekat Security Commission . aiyooo . gila best . madam siap buat sesi bayang membayang lagi tadi . aku dah siap imagine lagi macam mana aku bawak briefcase , pakai baju belang belang , kerja relaks , boleh goyang kaki lagi . blogwalking pun boleh kot . haha . so sekarang , aku rasa macam cita cita aku dari nak bukak firm , macam dah goyah . rasa macam nak kerja lain . gila macam boring okay , turun naik court , pakai baju hitam putih , bawak file banyak banyak . hmmmm . nak jadi apa eh ? pening fikir .. 

aku rasa nak jadi macam John Cena . pukul pukul orang je . ingat step . then lakonkan balik . buat muka sakit . buat buat jatuh . buat muka feeling sikit . buat reaksi marah sikit . hmmm dapat duit beribu lemon . senang je kerja . dah lah tak yah pakai baju . ohhh gila seksi . then pakai seluar dalam je . haish aurat . takpe pakai macam John cena pun okay . pakai seluar pendek je . haa sape nak ikut aku ? kalau boleh , nak perempuan eh . nak buat teman berjalan naik atas gelanggang . hahaha ..




tapi macam susah jugak . nak berlakon bagai kan . hmmm . jap aku fikir . haa kalau aku jadi macam Usop Wilca boleh ? goyang goyang tangan je pun . duk atas kerusi roda tu . senang kije . so aku just perlu fikir trademark sendiri je . nak buat apa eh ? adoii kena fikir lagi . gilaaaaa .

1 comment:

Anonymous said...

xjmbu la pakai payung..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...