NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Sunday, April 3, 2011

Tips Belajar Untuk Final

 tips belajar untuk final eh ? layak ke aku nak bagi tips ? pointer aku pun kucar kacir . well , ni entri khas untuk diri aku okay . sebab kan aku ni jenis baca balik post yang aku buat . so bila aku boring boring , bila aku terbaca post ni , maybe aku akan jadi rajin balik . aku ni mudah lupa . mudah hilang semangat . tapi bila down , semangat datang berkobar kobar . dan semangat tu bertahan paling lama pun dalam masa 3 hari . haha . tapi tips aku ni , bukan dari aku sorang ah . aku kumpul dari kawan kawan kawan kawan aku yang sekarang berjaya dengan cemerlang nya dalam bidang masing masing . aku ? tak berapa nak cemerlang . tapi kalau rajin , boleh jadi cemerlang . tapi aku rajin ke ? no komen . jawapan ala ala artis gitu . oh lupa nak bagitau final aku start 20 april . dah dekat dah wei . ada 16 hari lagi . korang dah bersedia ke ?



1) jangan makan kepala ikan 

kepala ikan ni boleh buat otak jadi slow dan lembab . well , bukan aku yang cakap . aku takde masalah . sebab ikan pun aku tak makan . sayur pun aku tak makan . ayam je . sebab tu lah aku ni slow jugak . tak balance . tapi takpe , dah dekat final ni , aku try lah sikit sikit makan sayur aite . 
 
2) jaga makan

maksud jaga makan kat sini , bukan makan roti the whole day . tu diet nama nya . jaga makan means , if rasa nak study pukul 8pm , so petang tu jangan makan berat sangat . nanti mudah mengantuk . belajar dalam ngantuk ni tak masuk jugak . korang paksa lah macam mana pun biar mata tu terbukak , tapi dah mental kita letih , memang takleh buat apa . oleh itu , kena pandai lah susun waktu makan tu . pagi sebelum belajar tu , jamah lah sikit , roti ke , air milo ke . aite

3) air kosong kena selalu ada

air kosong ni termasuk lah air suam , air mineral dan segala air yang jernih . ala air kosong . sky juice . hee . sebab otak manusia ni macam motor jugak . kena ada pelincir . setiap sejam at least kena minum air . sebab air ni dia bekalkan oksigen kepada otak kita . oleh itu , otak kita akan dioptimumkan sepenuhnya , lalu menyerap segala input yang anda tengah baca . yang ni memang berkesan . seriously. 

4) kenal diri anda

yang ni lagi penting . kita ni kan manusia , berbeza cara nya . ada orang baca sekali je , dah faham , dah boleh ingat . ada orang , baca 10 kali pun , tak faham lagi . so kena kenal diri kita dulu . kita ni orang yang macam mana . boleh ke study last minit . boleh ke baca belek belek je . photographic memory ke kita ni . ada faham ? macam aku , aku tak kenal lagi diri aku . sem lepas , aku start study awal , pointer macam haram . sebelum sebelum ni , aku jenis study last minit , pointer tak menentu . kadang kadang okay . kadang kadang tak . so aku tak pasti macam mana . 

5) jangan bergantung kepada note orang lain

orang buat note , bukan untuk orang lain , untuk diri sendiri ok . so note dia adalah based on apa dia faham . pemahaman manusia ni amat lah berbeza . so jangan terlampau bergantung kepada note orang . yes , boleh dijadikan rujukan , tapi kena ada nota sendiri . so bila dah dekat nak exam , dah duduk depan dewan exam , belek belek nota sendiri , bukan nota orang lain . 

6) jangan tanya last minute

kalau ada apa apa yang tak faham , terus tanya kawan kawan . jangan nak simpan simpan . sebab belajar ni antara bab ke bab , dia macam ada connection . kalau tak faham bab1 , confirm bab2 nanti ada masalah . kalau ada depan dewan exam , lagi setengah jam nak masuk dewan , free your mind . jangan nak buat serabai pergi tanya kawan apa ini apa itu . nanti otak anda makin biol . bila dah biol , jadi kelam kabut . bila kelam kabut , takleh fikir dengan waras . hasilnya , jawab exam dengan kucar kacir . so bila semua dah kucar kacir , takkan lah hasil nya dapat A kan . betul tak ?

orait . cukup lah 6 . kalau bagi banyak banyak , baik aku tulis buku . dapat royalti . haha . apa apa pun , renung renung kan . selamat beramal . i wish u luck for your exams okay . doakan aku berjaya jugak eh . xoxo . haha .

12 comments:

Fyqa said...

thanks info :D

mizz_aainaa said...

thanks for the sharing..
:)

HAZWAN17 said...

boleh praktikkan ni

Akmal Ezzah Alias said...

yeah!!! saya perlu prktis ini! h0h0
tentiu3

Liey Yatiey said...

thanks for the info :) hee

Namee Roslan said...

jangan makan kat kedai tomyam.com selalu. haha

Piasara said...

"betul tu..kepala ikan tu yg sedap..kari kepala ikan lagi sedapkan..hehhehe..apapun smga berjaya"

Miss D'ya said...

nice info..hehe,moga tips ni bermanfaat buat semua.

http://miss-dya.blogspot.com

Ijah EmoTemo said...

thx for sharing :)

MoneyMakerGroup said...

tq

Emmet said...

wah, post yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

fauzi said...

nice bro, tapi tu lebih kepada cara menjadi seorang pelajar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...