NAK SIMPAN TABUNG HAJI LAH =D

Tuesday, May 24, 2011

SALMA BAKAL JUARA MENTOR - DIRANCANG ?

jangan tanya kenapa aku lambat post entri . ( macam ada orang tanya je ) . eh tapi memang ada orang tanya pun . sebenarnya aku tengah kecewa . sijil SPM aku hilang . yes aku salah letak . dan bukan sijil SPM je hilang . satu file sijil aku hilang . so sekarang ni aku tak berapa nak boleh mintak kerja . ade je kerja yang tak perlu sijil SPM . tapi tak gempak lah . kata nak kerja dekat pejabat kan . dalam aircond . kena lah ada sijil ni . dah lah malas lah nak merungut dekat blog . dekat twitter setiap saat dah aku meluahkan isi hati yang terbuku . cewah apa apa je SyedMuzzamir ni . 

seperti yang umum tau , 3 4 hari masuk surat khabar . pasal Mentor ni . semua dah tau kan finalist pada asal nya Ika dengan Shiha , tetapi tiba tiba tv3 tambah si Salma pulak . tinggal lah si Ratnah sorang sorang terkeluar . satu je aku nak cakap NOT FAIR . satu lagi aku nak cakap SUCK . jap nak tambah satu lagi NAMPAK SANGAT . logik ah . mentang mentang dari konsert pertama , Salma ni boleh kata paling gempak sebab suara paling tinggi , alih alih bila tak dapat masuk final , tv3 bukak quota pulak . cuba kalau bukan salma terkeluar , contoh lah , salma dengan shiha masuk final . ika dengan ratnah terkeluar . agak agak tv3 bukak quota tak untuk ika ? i dont think so . apa lah . mula mula permainan start dengan bersih , now dah tercalar sikit . 

kenapa aku cakap Salma logik terkeluar dan kenapa aku cakap tv3 saje memang nak bagi Salma menang . senang je . cuba korang tengok apa terjadi sejak konsert semi final pertama . nampak tak yang Salma dah mula goyah , dah mula tak sedap , dah mula nyanyi macam ntah pape , dah mula nyanyi Lagu yang tak berapa nak sedap dan kena dengan suara . dan ingat tak apa Erra kata lepas habis semifinal pertama , yang minggu ni dia janjikan persembahan yang terbaik dan tiada lagi istilah salah lagu . tapi apa yang terjadi minggu ni nampak sangat macam tak belajar dari kesilapan lampau . eksperimen ? well aku tak rasa benda tu bagus . sebab now dah semifinal . semifinal orang dah tak main eksperimen eksperimen ni . orang dah start buat report , kerta kerja kalau kita apply macam mana kita belajar Sains di sekolah rendah dulu . time final , just perlu submit report dan jawapan je . betul tak ? so bagi aku deserve kot Salma terkeluar .

silap cara Erra sebab dia pukul habis pada permulaan konsert . so bila dah dekat nak habis , idea dah kering , dah letih , dah lemau , so jadi lah persembahan macam taik . shiha maintain every week . Kak Pah tau Shiha tak berapa bagus dekat fast song . so dia tak bagi fast song . dia tau kekuatan Shiha dekat Balada dan Etnik kreatif . dia bagi Balada dan etnik kreatif . begitu jugak dengan Ika dan Ratnah . reason kenapa Salma masuk balik sebab nak meriahkan lagi persembahan dan bagi cabaran lagi dekat dua finalist pertama . seolah olah menidakkan kebolehan Ratnah . i have to admit teknik nyanyian Ratnah tak power . tapi persembahan dia tip top . menari bagai . so i guess kalau Ratnah masuk balik pun , dia boleh bagi saingan hebat di Final . 

apa apa pun , pilihan aku untuk juara mentor adalah Shiha . ika boleh laa . and andaikata Salma menang malam tu , sah sah , nampak sangat tv3 dah plan awal awal . unless , Salma buktikan yang malam tu persembahan dia luar biasa dan tak tercapai dek akal kita . okay lah , aku cerita panjang panjang pun . takde guna . bukan ubah apa apa kan . ahaks . tapi saje lah nak luah kan isi hati perasaan dan segala yang terbuku . okay kat bawah nanti aku bagitau persembahan terbaik setiap protege . di mata aku okay . bukan mata orang lain . mata orang ikut suka lah . 

Salma - Jeritan Batinku
Shiha - Memori Tercipta
Ika - Sejati
Ratnah - Raja Gelek & Cek Mek Molek 


7 comments:

MyraAyreen ^^ said...

salma memang best kot . hehe

ZWAN SABRI said...

for me, Salma atau Shiha, masing2 mmg layak untuk jadi juara.. HUHU

MySuaraBlog: Interview Kerja

Ayuni Ariffin said...

Salma or Shiha ftw hehe

wawa said...

Ika dengan shiha la kot. Salma, hmmmmm entah lah = =

nur said...

Ika pun power gak mlm semifinal. 2 tu kan..

Syuxer said...

tak minat layan mentor..apapun tahniah pada dia..:)

Arm_mj said...

suke salma gak! hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...