Sekarang ni bila tak update blog , dah tak rasa pape . kalau dulu , tak update blog sehari rasa macam tak lengkap je hidup . haha . sampai gitew sekali kan . sekarang ni , masa aku dengan diri sendiri sangat limited . banyak sangat benda kena buat . ambil adik adik sekolah , pergi collect kuih dan sebagainya . boleh kata , 70% masa aku adalah berada di dalam kereta dan di tengah jalan . 30% lagi masa aku digunakan untuk tengok Movie , so masa untuk update blog , tiada . haha . tapi aku walau tak update , pergi jugak singgah blog orang lain .
Macam hari ni , aku pergi tengok blog taknakgemuk.com .. setelah dipaksa oleh Farha llyana semalam . aku bukak lah . mengisahkan seorang lelaki bernama Shaheizy Sam ( aku reka ni okay , aku taktau nama dia ) yang dulu nya tembam , sekarang halus mulut dah . tak caye ? tengok lah sekali lagi . kan dah kurus tu . so basically blog tu pasal nak kurus laa . ala ala pakar motivasi untuk suruh orang gemuk jadi kurus . ada part yang kelakar . “ wahai orang orang gemuk sekalian “ .. itu ayat dia .. ntah sape dia panggil .
Aku baca punya baca , aku tanya diri aku “ eh kenapa aku baca ? sejak bila aku nak kurus ni ? eh jap sejak bila nya aku gemuk ? “ .. pertanyaan aku ni boleh menyebabkan orang orang di luar sana beli cermin IKEA yang besar sekali bagi dekat aku sebagai hadiah hari jadi yang tak kunjung tiba . yelaa lambat lagi . aku takde lah gemuk kan ( statement nak sedapkan hati ) , tapi takde lah kurus .. so apa aku ? aku pun tatau .. sila google gambar aku dan lengkapkan slogan di bawah ..
SyedMuzzamir adalah seorang yang _________________________ ..
p/s : actually gambar gambar aku tu , aku edit tumbesaran dekat bahagian perut guna Adobe sebanyak 10kali ganda tu Nampak besar . ekhem ekhem .